HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Monday, May 11, 2015

Diari Ibu : Yang Berubah.

Assalamualaikum

Habib hari ni dah 7bulan 1hari. dah besaq dah dia. syoq dapat tengok dia membesar depan mata. stress macam mana pun, bila tengok dia senyum, aloo, terus hilang stress. tengok ja Habib beriya nak manja dengan yuyu, aloo, terus rasa macam, hmm, tak tau nak describe macam mana.

Habib ni, Alhamdulillah. dia anak yang tak banyak ragam. meragam kalau nak tidoq, lapaq, takpun lampin basah. tu pun, kadang tak nangis, cuma, merengek je. tapi, kalau dia buat perangai, boleh tahan juga laa. -_- 

shebot dompot mot :D


selama dah tujuh bulan jadi ibu ni, ( selamat hari ibu diri sendiri. ihik :p ), macam-macam benda dah berubah:

lengah mak bedah
dulu bangun tidoq, rilek ja kami laki bini melenggang nak breakfast, lepas tu lenggang lagi, tengok movie. kadang, sama-sama layan game Carrot Fantasy. la ni, jangan harap la, Habib bangun sebelum kami, terus suami mandikan dia, yuyu bagi susu, huru-hara kami mandi pulak, siapkan makanan.

wayang
yuyu & suami gila wayang. tiap kali pi mall, kalau ada movie yang best, terus je kami tengok wayang. sekarang jangan harap la, Avengers terlepas, Hunger Game tak boleh tengok, banyak la lagi. redha je tunggu keluaq DVD. pi mall pun, sat saja, takmau Habib terlepas time tidoq dia. hari tu kami try tengok wayang, Naruto The Last, kami tengok sambil berdiri, bergilir main dengan Habib kat luaq hall. dia tak selesa. erggh. tobat takmau bawa dia lagi time kecik-kecik ni.

jalan-jalan
time Habib takda lagi dulu, yuyu kaki jalan. boring kat rumah, kami gamble je pi Genting, ada duit lebih, mula la nak travel. habis sangat, ajak suami dinner kat Mid Valley ke, takpun, tempat-tempat romantik untuk kami berdua. cecece :p la ni, dah lama tak rasa macam tu. semua kena plan betul-betul. 

makan
semalam yuyu makan beger tepi jalan, lama dah tak makan dari mengandung dulu. dah nak habis beger, baru teringat, ada kobis banyak dalam beger tu. hoi! menggelupur bagitau suami. habislah susu yuyu. bangun pagi ni, check, memang drop teruk lah susu yuyu. tskk. dah tak boleh sebarang makan dah macam dulu.

diri sendiri
jangan harap la nak cun-cun sangat time sekarang. dulu boleh la, bangun tidur, terus mandi, pakai perfume, sikat rambut cantik-cantik, bagi wavy sikit. la ni, lagi tak settle Habib, lagi tu la tak mandi. dah mandi, Habib merengek, tapi rambut berjurai-jurai, cari getah rambut takdak, memang yuyu ikat rambut dengan spender la. huhu. (mesti la spender baru). ada tak korang yang perangai tak senonoh ni?

make up
err. malas dah. kalau muka lawa nak mampos, jangan harap la nak pakai lipstick, bedak, lukis kening bagai. tapi sedaq diri la juga, kena la make up nipis sikit. padahal dulu, nak pi shopping, dah macam nak pi catwalk dah. 



macam-macam lagi la. walaupun banyak benda dah beza dari dulu, temporary berubah, insyaAllah. takmau la selamanya! tapi, banyak sangat benda best muncul bila Habib Muhammad ada. jadi, tak kisah dah la berubah macam mana sekalipun.

aloo. tahun ni, pertama kali sambut Hari Ibu untuk diri sendiri. syoq juga. macam lagi berusaha nak jadi ibu yang terbaik. gituu.

Habib dah 7bulan ni, dia dah makin besaq, dah makin pandai main sendiri, tak banyak ragam sangat dah. jadi, rutin dah sikit-sikit kembali rutin normal dulu. aww. rasa cepat sangat Habib membesar, tak puas lagi manja-manja dia time baby comel tu. :')


terima kasih sudi baca.

30 comments:

  1. hehehe kita merasai benda yang sama la . . muni skrg pon baby 5bulan memang tak mcm dulu dah tapi njoy life motherhood ni tambah tgk baby senyum2 hai la hilang smua masalh :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur kan dapat tengok dorang senyum. aww :)

      Delete
  2. alololooo comelnya habib! selamat hari ibu kak yuyu :)
    Semoga sentiasa comel :) hehehe

    ReplyDelete
  3. hahaha..part ikat rambut tu memang tak boleh blah.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selekeh kann. tapi nak buat macam mana :p

      Delete
  4. Cute miut habib..๐Ÿ˜Š

    Haha, bestkn jd ibu..๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  5. Habib, double chin tu nak pp manaa..
    Selamat Hari Ibu Yuuuu sayanggg :)

    ReplyDelete
  6. Sama ar. Hahaaa selagi baby x mandi, memang jgn harap la mak ya nak mandi. Da mandi pun, kdg2 kena mandi balik. Hahaa

    ReplyDelete
  7. i am so jealous of you yuyu!! hehe selalu stalk IG yuyu untuk tengok Habib yang semakin hari semakin comel..

    ReplyDelete
  8. kalau bf tak boleh makan kobis eh? kenapa? nak tauu.. hehe

    ReplyDelete
  9. me also jealous! pape pun selamat hari ibu. indahnya menjadi ibu diwaktu mudaa :)

    ReplyDelete
  10. comel lote..geram saya tengok!

    ReplyDelete
  11. Betul yuyu...dh ada anak kdg nak telan nasi pn sangkut...nak mandi pn main simbah je bila anak melalak. Apapun kelam kabut jd ibu....tgk wajah anak hilang penat...

    ReplyDelete
  12. Kiuttt betul habibb..memuahhh

    ReplyDelete
  13. Same la.tpi baby eyda bru 4 bulan bru nk blajar meniarap..๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  14. Same la.tpi baby eyda bru 4 bulan..bru nk blajar meniarap๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  15. Hehehe rasa nak tergelak pulak baca entry ni. Terbayang diri sendiri klu dah kawen dah ada anak nanti mesti lagi kelam kabut. Hahaha. Yang hidup single mingle tak akwen lagi ni pun kdg2 keluar rumah kejap2 mmg muka togel je.

    ReplyDelete
  16. SGT COMEL...selamat menjadi ibu baru dan selamat hari ibu .... lama2 get use la ... tp pengalaman menjadi ibu adalah pengalaman paling best

    ReplyDelete
  17. selamat hari ibu, kak yuyu. kemain ensem habib aih siap ada double chin. hehe

    ReplyDelete
  18. tu ank sorang...sabar ye..
    eh ape ke main tengok movie bergilir2 macam tu..tak dak feel lah...hihi..
    akak tak leh trima yuyu ikat rambut guna spender...hahaha.....

    ReplyDelete
  19. assalam yuyu :)
    ciksu mmg suka burger tepi jalan n pasar malam.klau nk order sesiap pesan tak nak sayur mayur. senang ;)

    ReplyDelete
  20. part wayang tu kan yuyu.. betul tau.. aka dulu pon cegitu..kaki wayang.. layan mid nite laki bini.. sekarang ni.. tak tau cerite apa pon.. kalau crite besh macam transformers avengers bagai tu.. dok upah2 adik jaga kan anak supaya mak pak boleh tengok wayang.. tu pon..pergi ngam2 time nak masuk.. lepas habes trus balik.. ni anak dah 3 tahun.. kalau anak baby..memang tak ley tinggal la.. hew hew... tunggu lah anak2 dah besar sikit kot boleh dating2 lagi berdua ngan laki.. :)

    ReplyDelete
  21. Salam perkenalan kak yuyu.. awat habib comel naww.. mata besaq, pipi toksah cakap. Kelakar yang hat spender tu >_<
    missdeen13.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. bila ada anak,memang banyak benda akan sedikit terabai.. banyak juga yang berubah mengikut anak.. apapun kita lagi happy bila dapat tengok anak depan mata, semua keperlauan dan keselesaan dia mesti terjaga..

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)