HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Monday, April 20, 2015

YADAH Pore Refining Untuk Masalah Pori, Blackhead & Whitehead.

Assalamualaikum

satu hari, kami satu family siap-siap pi kenduri. orang kampung kami ni macam adik beradik, mana-mana kenduri kendara dalam kampung, kami akan tolong dari hari nak pi minang, sampai la tolong nyebok bila nak dapat anak.

satu hari sekali lagi, bila dah kat tempat kenduri sedara yuyu ni..pap! ada tamparan hebat dari bahu. eh! terkejut okay. niat nak marah, tapi...

melihat muka dia, Allah, berseri lawanyaaaa. dulu sama-sama hitam legam. la ni dia dah putih. dari kejadian tepuk bahu tadi, kami sama-sama cedok nasi minyak, sama-sama tengok pelamin, sambil borak pasal new life. gituu. masing-masing dah ada laki, dah ada anak.

dah lama sembang, yuyu terlihat kelibat asing menceracak di hidung. blackhead yang tak dapat dibilang jumlahnya. yuyu seperti biasa, kepochi:



oish, hang tak cabut ka blackhead hang. dah macam selotep duri landak  kat hidung hang dah wey..



yuyu syak, dia mesti takda pengalaman cabut-cabut blackhead guna pencabut bulu ketiak kat hostel ni :p



eh puhlis okay! jijik sangat! zaman sekarang dah moden. guna ja set YADAH Pore Refining. insyaAllah. yang degil degil tu, hilang. 

sebenaqnya, blackhead berlaku akibat sumbatan debu dan sisa kotor di pore besar kita. walaupun kita cuci enam kali sehari pun, kita hanyalah cuci dipermukaan sahaja. jadi, yang terbenam dalam pores sana, lama-lama jadi degil la (keras/blackhead).

manakala, kalau whitehead adalah sumbatan peluh dan sebenarnya juga adalah jerawat kecik yang comel. tapi, walaupun comel, ni ialah comel yang tak patut ada. kita kan nak wajah yang bersih berseri saja kann.

jadi, kalau kita tangani pores dulu, insyaAllah, black & whitehead tak muncul.

kumpulan yang paling bersatu teguh untuk membanteras masalah berkaitan pori-pori! xoxo


Pore Refining memang dicipta untuk wajah bebas masalah pori-pori. dari masalah pori besar, hingga ke masalah blackhead dan whitehead! thanks tau YADAH. kite suka sangat nak recommendkan product awak untuk yang ada masalah semua ni..

termasuk suami saya. dia punya pores, besaqnyaa. blackhead kat hidung dia, takyah cakap la. -.-' jadi, bila dapat product ni, niat nak paksa dia pakai, tapi dia sendiri offer nak pakai. hehe. bagus lah!



Lima Bintang
apa paling yuyu suka pasal YADAH Pore Refining ni, sebab dia didatangkan dengan satu set. dari foam cleanser, toner, emulsion, sampailah ke nose pack dan microfiber cleansing brush. semua product tadi, mengandungi lotus flower extract tau.

lotus flower extract  tadi akan berkerja keras untuk menganjalkan kulit kita. seraya, kulit kita akan tegang sihat secara semulajadi! yaiy! 


Cleaser dia kaya dengan buih yang penuh dengan khasiat Nelumbo Nucifera Flower Water, yang mana akan bertindak untuk mencuci sambil menganjal kulit mulus kita. bila guna je, rasa muka sangat bersih. [ 100ml RM39 ]


YADAH Pore Refining Toner yang sangat cepat meresap. muka rasa fresh dan anjal gitu bila apply. suka kan? :)  [120ml RM55]


Pore Refining Emulsion yang bertindak untuk menghalang gelaja blackhead & breakout.  [120ml RM55]


ke tiga-tiga product tadi, diperkaya dengan Mineral Water dan Nelumbo Nucifera Flower Water yang mana bertindak untuk memberi kelembapan, terus, menganjalkan kulit secara semulajadi. memang tak heranlah kalau sekali guna pun, kulit dah rasa melantun-lantun sangat :p

ni pula, mempersembahkan!

                
0.045mm Microfiber cleansing brush yang mana akan menyingkirkan lebihan sebum dengan sempurna! [RM69]



ini bermakna, peluang kita untuk muka tanpa masalah pori akan berakhir! blackhead akan hilang. whitehead? lagi la kann.. sebab microfiber yang halusss sangat tadi, akan cuci sedalam dalam pore kita. 

lepas tu, kulit semakin anjal, pores dah kecik. awww.



Keputusan
awalnya, yuyu ingat, kulit yuyu takde blackhead. dah check dah kat cermin, mana ada cacak cacak tu. licin je. tapi, yuyu try juga:

                [ 10pcs RM19]   

ehh. ngeri okay tengok blackhead yuyu. tapi, lepas pakai satu set Pore Refining, pore yuyu sendiri dah makin menghalus. arrgh! yuyu harap yuyu ada micro lens untuk tunjuk kat korang betapa bezanya pori yuyu sekarang, walau hanya penggunaan pertama lagi :'(

jadi, lepas ni, kita sama-sama cari YADAH Pore Refining , dan sebarkan kepada yang memerlukan okay. suami yuyu dah happy dah dengan masalah pori dia, sekarang, yuyu tak sabar nak balik kampung, dan bagi kat kawan yang blackhead mencacak tu. ihik :p



apa-apa pun, kalau teringin muka bebas masalah pori-pori, boleh terus kelik link ni tau, Selamat Jadi Cantik!



terima kasih sudi baca :)

7 comments:

  1. alaaaa.. baru je beli produk kt hermo.. kalau sempat baca entri ni.. mesti beli yg yuyu rekemen.. sobssss

    ReplyDelete
  2. Kena cuba ni. Dah selalu sangat dengar pasal product from yadah. =)

    ReplyDelete
  3. Menarik jugak ni....sekarang pakai product shaklee ok jugak sesuai ngn kulit hrga setimpal dengan jangka hayat produk (tahan lama) hehe

    ReplyDelete
  4. thx sharing..perkongsian yang baik..kena cuba nie.. :)

    ReplyDelete
  5. yuyu tak jmpe dah set ni... :(

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)