HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Friday, April 24, 2015

Resepi Mudah dengan Kicap TIRANA

Assalamualaikum

tiap bulan, mak akan datang KL jumpa cucu dia (Habib). cucu pertama, jauh-jauh pun, sanggup datang jenguk. kadang, tiap hari whatsapp minta gambar Habib. haih. tapi, kali ni, mak mai time kami tengah tak okay (sakit sebulan kann) sikit.

nak masak mewah-mewah macam selalu, memang mimpi laa. kalau boleh, nak suruh mak bawa sendiri ja lauk dari Langkawi. kang derhaka pulak. kah.kah -_-

jadi, yuyu punya idea masak, mestilah paling simple di alam semesta tapi sedap. masakan yuyu kali ni, paling sesuai kalau nak masak time pagi. time tengah huruhara nak pi kerja ka, tapi nak juga makan air tangan sendiri. lagi jimat lagi sihat. khenn.



presentation pun, ala-ala orang demam laa.



Resepi Daging Masak Kicap        1biji Bawang Besar - hiris untuk tumis
2ulas Bawang Putih - hiris untuk tumis
1biji Bawang Merah - hiris untuk tumis
1/2inci Halia
1 1/2 cawan Kicap Manis TIRANA
1mangkuk daging
Garam - secukup rasa
1 1/2 cawan Air
Cara-Cara      Rebus daging hingga empuk dan tos kan daging. jangan buang air rebusan daging, sebab nanti, kita akan guna. kemudian, tumis bawang besar, bawang putih, dan bawang merah. bila dah tumis dah naik bau, masukkan halia, Kicap Manis TIRANA dan 1/2cawan air rebusan daging tadi. bila dah nampak dah sebati, masukkan daging yang direbus tadi, dan biar selama 10minit supaya daging serap rasa tumis dan kicap. selepas 10minit, tambahkan garam secukup rasa. biar beberapa masak beberapa minit, dan hidang. 

Allah! senang hoi. yuyu masak ni, tak sampai 30minit. sambil tengok Habib main. lepas ni, kalau nak cepat, try je buat resepi ni. senang weh. hari tu buat, licin juga sekali makan. habis sangat, buat ja bekal anak pi sekolah. kann.

air rebusan daging penting, untuk buat rasa daging lebih.

cakap pasal kicap, yuyu guna Kicap TIRANA sebab masakan jadi lagi sedap. sangat sedap. cukup rasa lah. lagi tambah rasa lemak. kicap TIRANA siap masuk iklan TV3 baru-baru ni okay! Pak Nil pun dah banyak kali cakap pasal kicap ni.

pemilik kicap TIRANA ni anak kepada salah seorang pemilik Kicap Kipas Udang. sebab tu sedap. (tapi lagi sedap. sorry)


try buat bihun goreng guna Kicap TIRANA, lagi rasa lemak manis, lemak masin dia. 


walaupun yuyu baru tahu pasal Kicap TIRANA, tu pun lepas pihak depa bagi yuyu try sendiri kicap ni, tapi honestly, lepaih ni, dari kicap K, yuyu memang beli kicap TIRANA la. hehehe. korang patut try la, mana tau, lepaih ni, tukaq kicap macam yuyu pulak.

lagipun, kicap TIRANA murah. yang kecik RM3.90, yang besaq RM6.90 ja. jimat!

orang mai rumah, tak habis-habis promote suruh rasa kicap ni. kahkah. takmau la sorang-sorang ja makan sedap.

favorite yuyu, kicap lemak manis. 


lepas ja dapat parcel dari team kicap TIRANA, seminggu tu, yuyu dok masak masakan yang berasaskan kicap. gituu. dari daging masak kicap, bihun goreng, stik daging, ayam masak kicap, sampailah makan nasi dengan telor + kicap ja. ingat lepas ni, nak try buat char koey teow guna kicap TIRANA pulak.

bab makan nasi dengan telor + kicap, memang betoi-betoi teringat zaman kecik-kecik dulu. atok kalau yuyu malas sangat makan, dia hidang ja telor + nasi + kicap. licin ja lepas tu. dah besaq ni, rajin masak ja laa.

bagi yuyu, kalau masak guna kicap TIRANA, tak payah dah nak letak bahan banyak-banyak dah. sebab kicap tu sendiri bagi cukup rasa dah. tu yang syoq kalau masak guna kicap. teloq masak kicap paling win. senang gila dan sedap yakmat. arggh. nak buat lah hari ni. insyaAllah.


teringat zaman dulu, makan nasi + teloq + kicap. hoi. sedap dah aih!



p/s: orang Kedah tak panggil kicap, kami panggil toyu. kiut dak? :p



terima kasih sudi baca :)

9 comments:

  1. Singgah petang....
    tak pernah try lagi...
    nanti leh la try...:)

    ReplyDelete
  2. nasi teloq kicap tu paling selera sekali...tak lalu makan pun jadi lalu...betoi dak kak yuyu??hihi

    ReplyDelete
  3. Sebab tu org kedah kiut, sebab diorang panggil toyo :)

    ReplyDelete
  4. makan masi lauk telur mata dan kicap pun sodap kan

    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/keputusan-perak-lawan-jdt.html

    ReplyDelete
  5. idea memasak hari ini hahaha (gelak jahat)

    ReplyDelete
  6. btol tu yuyu,, time pagi mmg huru hara gila,, masakan gune kicap,, mudah cket.. anak-anak suke,, tp x pernah lgi try kicap gfirana ni.. bolehlah akak try..

    ReplyDelete
  7. Resepi yang paling simple dan terpantas..terutama masa last minit kan??

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)