HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Friday, April 10, 2015

Happy 1/2 Year Birthday, Habib Muhammad

Assalamulaikum



Kehadapan anak kesayangan ibu, Habis Habib Muhammad                                            10/4/2015. Jumaat. 


      Happy 1/2 year birthday baby, Habib Muhammad ♥ ♥ ♥ ibu, seronok sampai demam-demam pun, tengah pagi google macam-macam resepi puree untuk baby tau. mengantuk pun, ibu bangun awai untuk buatkan apple puree untuk baby. i love you!

walaupun dah 2 minggu kita satu family macam takdak life (sebab kita satu family sakit), tapi, hari ni, ibu syukur sangat. 6bulan ibu tengok Habib membesar depan mata, dah cukup lah ibu boleh cakap, ibu perempuan paling bahagia dalam dunia.


dari minit pertama [10/10/2014 8:41pm] ibu tengok Habib di dewan bedah, Habib nangis sikit je, lebihnya, mata besar bulat tu berkeliaq tengok sana sini. ish. time tu, ibu macam nak lari-lari nangis tepi pintu, tapi malulah kat nurse kalau dorang tengok ibu se-dramatic itu. lagipun, epidural  telah memustahilkan impian ibu nak lari sebegitu.




masa Habib 1bulan, ibu ingat lagi, ibu, ayah & maktok buatkan majlis cukur jambul untuk Habib. Habib baik sangat. tak merengek, ilek je dengan Toknyang Ndak (pencukuq rambut). sepanjang majlis, ada saja orang datang peluk cium Habib,ibu, dorang tak heran pun. hmm.

sepanjang sebulan, Habib baru blajaq tidoq pukoi 10malam sampai 6pagi, dapatlah ibuayah rehat macam orang normal. kadang tu zombie jugak kami, kalau tetiba pukoi 3pagi Habib dah excited bangun nak dilayan. ayah lah manusia paling redha melayan Habib. ibu? ibu kena jaga time tidoq, nanti cepat kedut. -.-'



masa Habib 2bulan pula, ibu, ayah & pihak Astro Ria pulak buat majlis Akikah (nanti ibu buat entry ni, amin) untuk Habib. meriah tauu. ihiks. Alhamdulillah. semua berjalan lancar. time tu, Habib asyik tidoq ja. sepanjang 2bulan, Habib baby yang naik berat badan drastik. dah 2kali ganda dari berat time lahir. tanjat ibu.


patut lah peha dah Michelin. masa 2bulan juga, ibu ajar Habib tidur berasingan dengan ibu dengan ayah. Habib ada tilam sendiri. ibu tak beli katil. save bajet. -.-' tapi Habib happy je tidur. okay juga lah Habib tidur sendiri, dah berapa kali dah ayah nak hempap Habib, ibu tersiku kepala. sedih gila.

alhamdulillah, masuk 2bulan, Habib dah tidoq pukoi 10malam, bangun 8pagi. terjaga pun dua tiga kali ja tengah malam untuk menyusu. tu pun menyusu sambil pejam mata. hehe. ibuayah happy okay. zaman zombie kami dah habis. thanks tau Habib.


3bulan, kita ada balik Langkawi, tengok rumah Mak Tok. Habib happy. Mak Tok siap bawa jalan-jalan show off kat kawan-kawan dia. apa laa. ayah bawa kita pi tengok sunset kat Pantai Chenang, Habib jangan lupa tauu. petang tu, lawa nak mampos. ibu biaq Habib tak pakai kasut, bagi Habib jalan kat pasir pantai. punya laa suka, sampai ibu amik gambaq siap full memory iPad. la ni, ibu tak tau, sapa yang suka sangat. ibu ka, Habib.

si Leopard, 3bulan :p



start 4bulan pulak, (14/4/2015), Habib dah berjaya meniarap sendiri. walaupun sampai menangis sebab tersepit tangan, petang tu, terus Habib melunjur. cepat okay. tapi seminggu lepas tu, Habib expect dah, pejam mata pun, ilek je meniarap. Alhamdulillah. ibu sayang Habib sangat.


time ni, Habib dah makin stabil, dah boleh main sendiri, ibu pun dah tau rutin Habib, dah tau juga apa yang Habib suka dan tak. kalau Habib merengek, kalau bukan sebab nak susu, mesti sebab pampers basah (Habib tak suka lampin kotoq), kalau tak pun, mesti nak uk'uk, dak pun, nak tidoq. i love you, lagi :')




masa nak masuk 5bulan, Habib teman ibu & ayah pi meeting dengan client kat Penang. kita jalan-jalan satu Butterworth & Gurney. punya lah Habib suka! tapi lenguh tangan ibu ampu Habib dalam kereta. gila la tangan ibu katang time tu.


lepas tu, kita jumpa Mak Tok, dan first time Habib jumpa Atok. Atok sampai nak pegang Habib 24jam. sempat la masa tu ayah goyang kaki lama-lama, main iPad, tidoq. balik KL, jangan harap le. huhu. ibu? aihh. ibu, solehahhh.

5bulan tu, Habib banyak pee'l sikit. dah pandai nak dengan ibu walaupun ayah dukung. dah tahu cara nak tidoq. kadang nak tidoq sambil menyusu, kadang nak ayah dodoi & zikir kuat kuat. kadang, kena ayah pelok. jenuh kamikena rotate.

tengah 5bulan, Habib dah mula nak merangkak. dah angkat tangan, angkat lutut, dah goyang-goyang ke depan. huhu. lawak tauu. ayah ada record, nanti besaq, Habib tengok naa.


ulang-alik pi Prince Court ja time ni :(

time 5bulan ni juga, Habib demam, lactose overload la, selsema batuk. banyak hari ibu nangis. kesian sangat kat baby ibu ni. orang kata, sebab baby dah nak tukaq bulan, tapi, kalau boleh, ibu langsung taknak Habib sakit, ibu tak sanggup. nasiblah ayah selalu tenangkan ibu. ayah tu terer tau bagi ibu jadi positif.



rindu time Habib sihat sangat, asyik jerit, gelak, senyummmmmm kalau tengok ibu & ayah. tskk. takpa, dah nak sembuh kannn :)



HARI ni, Habib dah ENAMbulan. Allah. ibu syukur sangat. ibu dikurniakan & dipinjamkan seorang anak yang comel, yang tak banyak ragam, yang menyenangkan hati ibuayah & semua orang.

semalam waktu Habib tengah tidur, 3 pagi macam tu, ibu main gusi Habib. aww. patut lah, dia merengekkk je. padahal demam dah okay, selsema kering, cuma kahak sikit. dah nak tumbuh gigi. siap dah ada bentuk "m" kat gusi, ada benjol & merah kat bawah gusi. aloo syiannnn dia. takpe, ibu suruh ayah sejukkan selalu teether Habib ye :)


***


kesayangan ibuayah, Habib Muhammad. ibu & ayah senantiasa cintakan Habib. kami senantiasa bersyukur ada Habib. kami bersyukur dapat tengok Habib membesar depan mata setiap masa. syukur tengok Habib anak yang sihat, cerdik, comel, & menyejukkan hatimata kami.

ibu doakan, walaupun ni baru 1/2 year birthday Habib, semoga Allah berkati hidup Habib, dimurahkan & diperluaskan rezeki Habib, semoga Habib jadi anak soleh, berjaya dunia akhirat, menyenang hati & mata semua orang, jadi anak yang cerdik, amanah, bertanggungjawab, adil, penyayang, pemurah, peramah, dan banyak lagi..

ish, demand lah ibu ni kann. tapi, ini lah yang setiap ibu nak untuk anak dia. setiap ibu di dunia. ibu yakin, mak tok pun nak yang sama dari ibu, oma pun nak yang sama untuk ayah, ibu&ayah pembaca belog ibu pun nak yang sama dari dorang.

yang penting, ibu akan senantiasa doakan yang terbaik untuk Habib. ibu tak sabar nak kita happy 6bulan lagi, 6tahun lagi, mana tau, insyaAllah, sampai 60 tahun lagi. gittuuu. ibu tuleh surat untuk cucu Habib la pulak. ihik :p

okay lahh, tak sabaq nak tidoq, Habib asyik merengek ja, sakit gusi. kesian ayah, asyik usung Habib sana sini. ibu ayah sentiasa ingat setiap saat dengan dengan Habib, sampai bila-bila.

i love you, Habib Muhammad

*oish, bapak arr panjang!*




your first love,
Ibu

30 comments:

  1. Happy 1/2 year Habib!..he's so cute and adoreable!! :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alohhh comelnye habib ni. Semoga membesar menjadi anak yg soleh ye. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

      >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

      Delete
  2. Comelnye Habib!!! Suka tengok gambar dia pakai leopard tuu... Happy 1/2 year Habib!!! InsyaAllah jadi anak yang soleh untuk ibu Ayah ye..aminnn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn. doa tauuu. tak sabar tengok dia besaq :p

      Delete
  3. Allah... terharu sgt.. rasa nk nangis pun ada.. happy 6 months habib.. moga all your wishes for him do come true yuyu.. :)

    ReplyDelete
  4. Happy 1/2 year habib. cute sangat. dah semakin tembam!

    ReplyDelete
  5. salam...
    selamat ulang tahun 1/2 ye...

    ReplyDelete
  6. Happy 1/2 year Habib !!!!!..he's so cute.

    ReplyDelete
  7. comelnye habib, hope cepat sihat ye...

    ReplyDelete
  8. Yuyu,seelok2nya awal perkenalan baby terhadap makanan bg dia try pure kurma dulu.perkenalkn makanan sunnah dulu.ank sy mula2 bg pure kurma for 3 days,lps tu bg pure lain pulak.rotate smpai dia bosan.bila dh enjak umur ke 8 bulan sy bg makan nasi blend pulak.alhamdulillah ank sy pantang nmpk kurma,mesti dia mintak.skrg dh 2 tahun.bangun pagi trus mintak nasi huuuu haru haha

    ReplyDelete
  9. ALHAMDULLILAH atas kurniaan Ilahi yg x ternilai

    ReplyDelete
  10. allah begenang ayaq mata aih baca entry ni . . baby muni baru masuk 4 bulan . . lagi dua bulan bleh la geng habib makan puree . . hehehe . muah ciked kat habib comey gila ah ! :D

    ReplyDelete
  11. salam yuyu..kite dah lama baca blog awak..saiz bdn kite lbh kurang je..boleh tau x kat mana awak dapatkan baju and kasut?suka tgk baju2 awk...tapi sy susah nk dapat saiz..:(

    ReplyDelete
  12. :) habib dah besaq! mmbesaq jadi ank yg soleh na..nnti doakn ibu & ayah :)

    ReplyDelete
  13. Comelnyaa Habib Muhammad ni! happy 1/2 bornday . muahh

    ReplyDelete
  14. happy 1/2 year habib..
    jd anak yg baik ye..
    sebaya ngn baby kite.. alolololo

    ReplyDelete
  15. masya ALLAH. Kasihnya ibu sampai ke syurga.. kasihnya ayah sepanjang masa. Happy 1/2 year birthday juga untuk Habib Muhammad. Semoga membesar seindah nama. Anak soleh dunia akhirat. aamiin

    ReplyDelete
  16. dah 6 bulan dah, hehehe tahniah . semoga sihat selalu =)

    ReplyDelete
  17. Comel habib ni.. geram je tngk... grrr

    ReplyDelete
  18. Comelnye lahai habib ni.. semoga habib dan parents sihat selalu.. :)

    ReplyDelete
  19. 10/10?besday anak kita sama yuyu tp anak akak dh stahun 6 bulan...hihihihi

    ReplyDelete
  20. baca entry yuyu nih kenapa tah kepala tringat mak abah.. klau depa bleh tulis blog mcm nih tentu mcm nih jgak doa dan harapan depa kan.. allah tak sanggup nak guris hati depa..

    ReplyDelete
  21. Happy 1/2 Year Birthday,Habib Muhammad semoga makin comel

    ReplyDelete
  22. yuyuuu..!! comelnya habib! :)
    semoga doa yuyu diperkenankan Allah, xtau kenapa ada sebak sikit baca entri yuyu yang ni.hehe

    ReplyDelete
  23. touching.. T_T indahnya perasaan menjadi ibu.... seronok lihat anak membesar didepan mata.. dulu masa mula2 macam tak yakin je boleh besarkan anak dengan tangan sendiri kann.. =) alhamdulillah.. Allah permudahkan dengan memberi anak yg senang dijaga.. best sangat..

    ReplyDelete
  24. haha,, ade jugak happry 1/2 year?? hbat2.. habib,, jd anak yg soleh ye,..

    suka lihat habib snyum,,, :)

    ReplyDelete
  25. Best sgt baca...nk buat juga la nnt utk ainul..

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)