HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Tuesday, March 17, 2015

Yuyu Luvs MumsLuv.

Assalamualaikum

kalau zaman dulu, untuk berfesyen sambil menyusu, macam tak relevan. mana ada baju yang cantik, khas untuk para ibu yang menyokong penyusuan ekslusif selama enam bulan atau lebih. kalau ada pun, mana ada yang nursing friendly tapi menepati syariah. eh. geram la. hentak kaki enam kali!

yes. dulu punya baju untuk menyusu, mesti zip kat tepi. habis tu, kalau nak menyusu, kena tebalkan muka sebab malu okay nampak lemak setebal tebal alam kat pinggang tu. adoi. mana tahan malu anak nangis lagi, mana tahan malu pasal lemak tepu tadi pulak.

nasib la tak buat drama terjun tingkat sebelas akibat tidak tahan dipandang herdik oleh manusia sekeliling. ish. tak baik tau, bunuh diri.

Allah mawwah.


Ibu & Fesyen
tapi, zaman sekarang tak lagi. ibu menyusu dah boleh berfesyen! yaiy! sorak sekali lagi please. yaiy! tak ada lagi alasan patut bagi formula milk untuk jantung hati anda sebab kalau menyusu leceh lah reputasi terpaksa pakai baju errr.....(malas dah cakap)

kelik la link mumsluv.com , selain MumsLuv adalah laman sesawang inspirasi para ibu, MumsLuv juga adalah butik di atas talian yang menyediakan pakaian khas buat para ibu, yang sangat nursing-friendly, dan amat cantik. ewah. 

tak lah. ni bukan sebab yuyu ada satu nursing-friendly dress dorang. takk. ini sebab memang dah diketahui para ibu, yang kita semua patut bookmark website ini untuk kemudahan shopping setiap bulan nanti. setiap bulan ada baju MumsLuv baru! ihik. nak keluar bawa bayi, rasa semangat okay.

ehh! apa baju nursing mumsluv.com ni macam baju nak jalan jalan je ni!



Jubah Nursing-friendly saya
 eh. bukan yang yuyu, tapi yang mumsluv.com punya la. yuyu ada satu.

selesa yakmat okay. bila pakai, macam nak terbang-terbang ja. motif nak terbang masih tak dikenalpasti. kain dia berat. sedap. kalau bawa berjalan, macam princess pun ada. Allahh. tu punnn. tapi, honestly, memang best.

tak rasa baju ni diperbuat khas untuk menyusu. agak-agak kalau nak buat postwedding photoshoot sekali lagi pun boleh. tapi versi laki dukung anak, bini galas beg lampin. -.-'

ingat lagi, makcik yuyu nak pi klinik, terpaksa pakai seluaq dengan singlet Pagoda (yuyu syak, yang laki dia punya) dengan sweater Adibas (Adidas pasaq malam) pi klinik. senang selak singlet Pagoda ja kalau anak dia meraung nak menyusu. eh. tak fashionable lah awak ni makcik.

itu laa. lain kali, beli la dress lawa lawa dengan mumsluv.com. boleh posing cenggini depan rumah.


Perincian

Marissa

Nursing friendly dress MARISSA best. dia jubah yang ada lace cantik kat tangan, siap ada hidden zip untuk kesenangan kita berwudhuk. tak payah dah teruk teruk kerut muka sengseng lengan baju masa nak berwudhuk. buka zip, lipat ke atas saja.

button di bahagian dada, sesuai untuk menyusu. dah nama nursing friendly kan. ada cover sekali kat dalam, dah buka button, takde la terdedah nanti. sopan khenn. okay. ini yuyu bagi lapanjuta bintang.


Satu Ibu, Satu MumsLuv.
kalau boleh, yuyu nak gesa, setiap ibu, patut ada sekurangnya satu MumsLuv dalam gerobok pakaian. betul cakap ni, bila ada satu, rasa semangat aih nak teruskan penyusuan ekslusif untuk anak, biar apa jua rintangan dan halangan yang mendatang. gichuuuu.


IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah jauh lebih tinggi daripada yang menyusu susu formula. Habib besar nanti, jadi anak bijak naa. InsyaALLAH.


dengan harga yang affordable, insyaALLAH, nak beli MYSARAA nursing blouse pulak lepaih ni. tak sabaq nak pakai dengan skirt. cantik! boleh buat pakai pi event. hehe.

jangan lupa naaa. jenuh dah pujuk ibu-ibu untuk support mumsluv.com ni. bukan apa, untuk kesenangan kita menyusu juga, kan. takkan la yuyu sorang ja senang menyusu Habib, ibu ibu lain pun kena senang juga. taknak dah tau keluaq dengan suami & anak selekeh je. sekeh kang. kena la cantik di mata suami juga di mata anak.

p/s: jadi la role model untuk anak membesaq. boleh?

terima kasih sudi baca :)

10 comments:

  1. habib makin comel la yuyu...mata bulat dye tu geram akma tengok

    ReplyDelete
  2. aishhh...kena bli gak gamaknye. sweet yakmattt bajunye...=P

    ReplyDelete
  3. best laa dapat baju yg ngam dengan saiz. kak yuyu boleh suggest x biasanya akak beli baju/dress/jubah untuk saiz petite kat mana? saya selalu susah nk cri baju sebab rendah T_T

    ReplyDelete
  4. sekarang memang meriah dengan macam-macam fesyen ibu menyusu...alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. sweetnya yuyu ;)
    nice colour dress yuyu. :)

    hi hi dear :)
    Jemput JOINGA iPhone 5S :)

    ReplyDelete
  6. akak pun bf juga, jadi mmg nursing dress ni macam keperluan dah. Nak godek2 mumsluv jugaklah.

    ReplyDelete
  7. cantik-cantiknya baju2 kat mumsluv.com ni..harus grab satu lepas ni

    ReplyDelete
  8. wah... sini banyak choice..
    slalu beli kt calaqisya je..

    now boleh ushar kedai lain

    ReplyDelete
  9. collction mumsluv ni mmg mnarik,, mmg mmnuhi citarasa wanita,, akak pom dh try,,

    #cantik gmbar yuyu

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)