HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Thursday, March 12, 2015

REWARD 2 : Fikcles TTDI

Assalamualaikum

ini yang tak syoq ni. minggu ni busy. dah update entry ni, edit pulak gambaq-gambaq dia, jenuh telan ayaq liuq sorang-sorang. sedu sorang-sorang. suami basuh pinggan. Habib tidoq. sekali lagi. jenuh telan ayaq liuq sorang-sorang. 

sorang-sorangggggg (siap ada bunyi gema dalam gua)

macam dah pernah kata, second reward kami suami isteri untuk lalui detik-detik menjadi parent baru adalah berbentuk makanan juga. ewah. bukan tak reward naik star cruise ka, sweet-sweet pergi Korea ka. tapi yang berbentuk makanan ni, orang kata:

gendang gendut tali kecapi;
kenyang perut, senanglah hati


orang kata lagi, makanan FIKCLES kat Taman Tun Dr. Ismail adalah sedap baq angg. dengaq nama macam restoran hipster. mesti golongan sapu pomade satu kepala yang datang ni. 


kenapa nak sangat kami reward diri di sini? sebab rare okay restoran kat TTDI ni onwer dia orang Islam. orang Melayu kita-kita ni. kira hebat habeh la dapat makan kat restoran Melayu kat TTDI. Fikcles pulak tu. 

ewah. promote ke apa ni? 


Menu
 bagi la can nak flatlay sikit.


bagi yuyu, makanan kat Fikcles sesuai untuk semua. kalau yang tekak Melayu boleh, tekak western pun boleh. ada lontong okay. sedap gilewwww akak yuyu. kata seorang followers yuyu di Instagram. 

tapi yang akak yuyu dan laki akak yuyu makan, lagi sedap apak gileww.

Salmon (RM28.90) 


mula-mula, ingat nak makan Spagetti Marinara depa. sebab, tu antara chef's choice. tapi, suami pulak bertegas suruh makan Salmon juga. katanya, "baby lebih baik makan salmon, dapat lah bekalkan Habib extra DHA"

ewah suami. sempat pulak dia nak mukadimahkan aku bab sains makanan ni. 

Wallahi. Demi Allah. itu salmon paling sedap yuyu pernah rasa. tak tau la sebab betoi-betoi sedap atau sebab akur dengan perintah suami. ganjaran buat isteri solehah :p . dengan creamy mashed potato dia. Allahhhh. nak juga paksa korang rasa la at least sekali seumur hidup. sedap dap dap hingga ajak suami lagi. 

Grilled Chicken Maryland (RM25.90)


ini, suami yang order. ingat nak rasa la walau secubit, baru nak niat minta sikit kat suami, tengok dah habis. ceh. apaa laa. sedap sangat kata diaa. ayam lembuttt gilewwww. hmm. kot la nak tinggai secoet kat bini dia.  takpa naaa. next time, nak try juga order ni. 

well. semua sedap ni. malas la nak taip kat sedetail mungkin. kang engkorang kata macam promote pulak. ish. apa ni. tapi kalau tak bagitau detail, macam susah tido malam pulak nanti kang. rungsing lagi gelisah.


Banana Nutella Grilled Sandwich (RM8.90). ini desert kami. sepinggan ni share dua. kenyang yakmat. 



Bukan Sekadar Restoran
sembang punya sembang, Fikcles juga menawarkan tempat ilek lagi cool depa ni untuk buat event. rugi pulak tak buat akikah kat sini hari tu. makanan dah la sedap, tempat dah la lawa, parking dah la senang dapat. dah dah la tuu...



nak letak candy buffet kat luaq ni. tang cermin tu, nak letak photobooth. oish. lawa jugak noo. 

sinilah tempat paling chillek kita boleh lepak sambing menikmati makanan bertaraf hotel. 

macam bukan restoran orang Melayu Islam ja tengok. haish. apa ke kretif sangat depa ni.

kalau buat baby shower kat sini, pun best juga kann. size restoran yang okay sangat buat event unuk kawan & sedara terdekat. 

macam laki yuyu jaa. bontot tu, bukan bontot Habib Muhammad kaa?

kot kot, next time nak buat event, boleh contact depa naa. sebab la ni, trend okay buat event kat restoran. private launching product kaa. restoran lawa pulak tuu.

Selpiaqqqq Time
 dah nampak dah dak Habib Muhammad ni ikut gaya sapa. pantang nampak kamera. dan dan nak senyum

ini owner Fikcles. Kak Huda. Islam. Melayu. mudaaa. ada chef yang apak hebat masak. chef FIKCLES adalah penolong Chef Zubir Masterchef u'olls. sorry. anak i'olls suka photobomb.

thanks naa kak Su (dia pun blogger juga okay : www.surayasulatin.blogspot.com) sudi recommend. menjadik juga reward kami kali ni. next reward, kalau makan kat sini lagi pun tak kisah. i u


apa apa pun, korang kena selalu update dengan Fikcles ni. depa selalu sungguh buat promo tu promo ni. la ni kalau pi makan kat sana, update siap check in lagi, tunjuk ja kat depa, kita dapat 10% diskaun. 

untuk yang kerja area TTDI tu, boleh try promo save budget depa untuk makan tengah hari (12pm-2pm). sorang, RM12.90 jaa. nak apa lagi?

jangan lupa naa. save details ni dalam henset siap-siap :

FIKCLES
address : 11, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur
contact number : 03-77324885
Operation hours : Tuesday-Sunday (8am-11pm), Close on Monday


please selalu update dengan depa tauu :


terima kasih sudi baca :)

9 comments:

  1. waaa macam sedap jer... anyway jemput datany blog una k.. http://soshesay.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. menariknya tempat tuh.. makanan dia tu buat org dekat sni lapar sekali lagi. T.T

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum yuyu,

    yuyu nampak 'sihat' dah skg :v

    ReplyDelete
  4. Macam best je tempat ni. Bak kata you, makanan dah la sedap, tempat dah la lawa, parking dah la senang dapat hahah I should come here sooon!

    http://glidingfingers.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. enjoy jer tempat lepak macam nie...
    Do follow my blog yer : http://madamsurianie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Terlioq ak tgk chiken grill dgn sandwich tu..adoii..kat mana nak dpt benda ni belah kedah wei..meronta ronta ank tekak..

    ReplyDelete
  7. https://www.airbnb.co.kr/rooms/15625440

    In Korea:)

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)