HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Sunday, June 29, 2014

Hujung Minggu Punya Cerita.

Assalamualaikum

sekarang dah masuk 6bulan pregnancy. serius rasa letih macam nak ajak korang nangis ramai-ramai, tapi happy yang amat. sambil taip entry ni, sambil rasa baby tengah tendang. aloo. hilang terus penat-penat konon nak ajak korang nangis tu.

dalam banyak-banyak benda yang berubah masa pregnant ni, ada benda yang tetap sama. yuyu tetap/ suka tentang kecantikan. yuyu suka light make up walaupun nak keluar kejap je.  yuyu suka pakai cecantik walhal-aku-cuma-nak-masak-pancake, yuyu suka ambil berat tentang skincare, supaya kulit tetap berseri walaupun muka penat.

 dan yuyu juga suka dikelilingi oleh perempuan-perempuan cantik. mintak-mintak anak nanti cantik juga. huhu. 


dan sekali lagi, yuyu sure yang kita selalu impikan kulit secantik orang Korea. Allah. kalau dapat kulit mulus macam hakak-hakak Girls Generation, sedu sedan nangis weh. takpe. syukur. tapi, ada la option yang kita harus ambil tindakan kalau nak kulit nampak lembab dan cantik.


Laneige Water Bank

sekarang akan ada Laneige Water Bank Essence_EX, Moisture Cream_EX, Gel Cream_EX, Eye Gel, dan Double Gel Soothing Mask untuk kebaikan kulit kita semua. faham?


sebab product baru dorang (Laneige) kali ni ada Biogene Technology + Hydro Ion Mineral Water. melembabkan kulit dan mengekal kelembapan yang mana sesuai sangat untuk kita kulit Asia, selalu kering. kan? kan? kan? bila dah kering, sebab tu la cepat kedut. ajak korang nangis ramai-ramai lagi sebab nampak tua cepat. tskk.


tak lama lagi dah boleh serbu beli :)


bila datang event launching Laneige Water Bank hari tu, kesedaran untuk terus dapatkan product Water Bank ni amat mendadak. kalau tak beli, sayangnya tinggal option yang amat bermakna gittew. kau bayangkan lah lapan (8) kali lebih kuat kuasa melembab dia dengan kadar penyerapan mineral ion yang pantas seperti kuda berlari-lari!

 Hydro-ion mineral yang diserap ke kulit kita tu la buatkan kulit kita sentiasa lembab. okay? tulis kat nota sekarang.

well, sebenarnya simple je kan nak jaga kulit ni kalau kita tahu apa sebenarnya masalah utama kita. yes. orang Asia memang selalu ada masalah kulit kering. tambah kite pregnant ni, macam Gurun Sahara dah muka. tak pe. tak pe.


selain Water Bank, Laneige pun ada  Brightening Sparkling Water Pop Essence & Capsule Mist. hari tu try, best best best! best spray kat muka, lepas ni rasa segar satu hari! korang patut try, please!


Brightening Sparkling Water
ada sesape cerita tak pasal Sparkling Water? femes oi kat Korea.  tu sebenarnya masalah kulit kita orang Asia ni. kalau cerita pasal Hydro-Ion Mineral Water ni, banyak Korean yang amalkan spray Mineral Water untuk melembabkan kulit dorang dan sebab tu nampak sentiasa cantik segar. kita bila lagi? kata nak kulit macam Korean. -.-'

sekarang kita try pulak Laneige punya Brightening Sparkling Water, bagus okay untuk menghindar muka dari nampak dull je. sebab dia ada carbon dioxide tau.

Sparkling Water ini sebenarnya diambik dari kawasan gunung berapi di South-Central France. Pastu dia menggalakkan perolehan sel-sel kulit mati dan juga merangsangkan peredaran darah, menjadikan kulit nampak lebih cerah dan berseri

product Brightening Sparkling Water yang best.

hari tu, kami semua try satu satu product. yuyu paling teruja spray dia. dah beli, nanti masukkan capsule, goncang untuk keluarkan carbon dioxide, dan sedia untuk spray supaya muka nampak lebih indah. gittew kau. kalau korang tengok product ni, banyak yang buat korang teruja la.

product ni juga mengawal pores, menjaga dari dead skin cell dan bagus untuk skin circulation. yuyu rasa, kita patut  ada sorang satu la. 

 punya la ajaib cleanser dia. foam dia tak berubah bentuk okay walaupun kau biaq satu jam. lepas tu, laju je dia cuci licin kotoran. 


Water Drop Tint
selain tu juga,  ada benda baru kena cuba lagi. banyak la benda baru. semua macam best je. pokai lepas ni. -.-' Water Drop Tint. tak beli memang nyesal. sebab kalau pakai, tahan apak lama. nampak macam watery je bibir i'olls. ihik. Tauuuu tak ia merupakan salah satu best selling drop tints di Korea yang menghasilkan efek yang lembab and berkilat, best kalau guna masa masa cuaca kering sekarang!

10 warna sedia untuk menjadi rebutan. tapi yuyu suka Rose Mauve!


lips nampak 'basah' je. tahan lama sangat!


Event

nampak lebih cantik dengan Water Drop Tint ni kan?

ni muka happy masa dapat goodies bag Laneige. best gila gila!

tak nak dah Camera 360 lepas pakai Laneige Water Bank ni. huhu

Seterusnya jom yuyu intro range Brightening Sparkling Water yang baru! Range ini mengandungi Brightening Sparkling Water Whipping Cleanser, Brightening Sparkling Pop Essence dan Brightening Sparkling Water Capsule Mist.

Sparkling Water ini sebenarnya diambik dari kawasan gunung berapi di South-Central France. Pastu dia menggalakkan perolehan sel-sel kulit mati dan juga merangsangkan peredaran darah, menjadikan kulit nampak lebih cerah dan berseri. Nasib baik Laneige ada produk ni, kalo tak yuyu kenalah suruh onejet tolong panjat gunung berapi tu alolololo.

tengok, benda bab-bab cantik, mesti gigih juga pi event. mesti sembul-sembul teringat satu-satu kat otak. harap entry kali ni, bagi lebih manfaat untuk kita-kita yang ada masalah dengan kulit kering atau yang nak kulit lebih lembab berseri.


Water Sharing Campaign
sekarang ni, Laneige ada buat satu program charity untuk kita semua sama-sama join. bermanfaat untuk kita sendiri dan untuk orang yang memerlukan juga. ada Water Charity Kit untuk kita semua dapatkan dan mereka akan gunakan pembelian kita untuk supply air bersih di rumah-rumah yang memerlukan.

ingat di Malaysia ni, semua dapat air bersih? hello, banyak tau kawasan yang pedalaman, ceduk air je, kuning habis. dari sini, kita boleh jimat juga dengan membeli Water Charity Kit yang affordable dan sambil jadikan saham pahal untuk bantu orang lain.

awesome lah cenggini!
please dapatkan sorang satu okay :)


cuba tauu.

okay, bagi satu pose konon-konon cun sikit kat enkorang. ihik ^^


p/s: kalau nak dapat promotion Water Bank dari LANEIGE ni, ingat tauuu, 30June - 6July, jangan lupa pergi Level 3 Entrance, Pavillion, KL okay. yuyu  pun ingat nak pergi, paling nak beli Water Bank Essence_EX dia!

terima kasih sudi baca :)

23 comments:

  1. Setuju dgn kak Yuyu. Memang kita alami masalah kulit kering. Ramai yang tak suka terdedah pada panas ala puteri lilin. :)

    ReplyDelete
  2. slamat hujung minggu buat yuyu.
    sudah 6 bulan upanyer.
    take care buat yuyu n husband.

    ReplyDelete
  3. K.yuyu ni comel sgt. Kecik je orangnye kan. Hehe. ^_^ orang mengandung dahla memang berseri2. Tambah2 berseri bila pakai produk2 cenni.

    ReplyDelete
  4. comel.. ni suka makeup2 biasanya baby girl... hehehe... org cakap pembawakkan budak..

    ReplyDelete
  5. wah..yuyu dah pregnant ke? serius x tahu..semoga dapat baby yg sihat and cantik macam mummy die..hehe..amin.

    ReplyDelete
  6. macam best je. kak yuyu memang semula jadi cantik :D

    ReplyDelete
  7. macam best je produknyerr..cantik je yuyu...

    ReplyDelete
  8. Hai Kak Yuyu yg cute. :3 Moga Kak Yuyu and kandungan always sihat. Hmmm.. if teenagers pakai, okay ke ?

    ReplyDelete
  9. ouhh cerita tentang produk kecantikan la ni hehe..
    memang cantik hehe

    ReplyDelete
  10. keciknya kak yuyu! haha comellah :) semoga akak dgn baby dlm perut sihat selalu

    ReplyDelete
  11. bestnyaaaa awokkkssss... paling best dapat goodies bag tu haaaaaa...kita plak yg nangis rasanya,haha

    ReplyDelete
  12. wahh yuyu. xpakai make up pun still okay jaaaaa =D

    ReplyDelete
  13. cantiknya...... i wish u are in a good condition always :) suka tengok yuyu.

    ReplyDelete
  14. comelnya kak yuyu :DD
    congrats for your pregnant kak :)

    ReplyDelete
  15. alahai comelnya la yuyu preggy...

    ReplyDelete
  16. betul tu yuyu...kalau spa pun, dermatologist akan selalu tekankan kepentingan kulit yang lembap, sebab bila kulit terlalu kering, pori akan keluarkan minyak berlebihan dan tersumbat hingga jadinya jerawat..suri pun selalu amalkan mist spray untuk lock moisture semasa panas terik ataupun bila duduk lama dalam bilik ber'air-cond'...

    good entry yuyu...love laneige..

    ReplyDelete
  17. You're so adorable la Yuyu! Kulit pun perfect! :D

    ReplyDelete
  18. style la yuyu pakai converse... :)

    ReplyDelete
  19. comelnya kak yuyu.. pandai jaga and ambil produk kecantikan. ni jelesss nie....

    ReplyDelete
  20. comel n satay cool...=D
    t singgah la sni ---> lensamerah.blogspot.com
    tq =D

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)