HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Thursday, June 19, 2014

Art of Oldtown.

Assalamualaikum

familiar tak dengan gambar mural macam tu? alaa. selalu dah kan tengok kawan post kat Instagram. macam satu dunia tahu je. sekarang siap akan berkolaborasi dengan OLDTOWN White Coffee untuk 'Art of Oldtown' sempena Ipoh, Oldtown & OLDTOWN White Coffee. kemain kann.

tapi memang semua mural dari Ernest Zacharevic ni memang awesome. macam gambar tu hidup. 3D lah kononnya. 

kalau kita bercakap bab Ipoh, Old Town, kita mesti tahu pasal tempat ni adalah terkenal dengan kopi kan, dan sebab tu juga lah ada OLDTOWN White Coffee, di mana, dari situ jugalah bermulanya tradisi kopi putih sampaikan glemer hingga sekarang. macam mana rasa dulu pula kopi putih, macam tu lah rasa kopi putih dari OLDTOWN White Coffee, sebab dorang mengekalkan keaslian.

yang bestnya, nanti, bila dah Zacharevic dan OLDTTOWN White Coffee bekerjasama untuk Art of Old Town, boleh lah kita tengok tujuh (7) mural di Ipoh,Old Town. keraplah nanti balik rumah bapak mertua yuyu nanti. ihik :')

cuba teka, mana satu yang real? kopi ikat tepi tu la! huhu. nampak semua macam real je kennnn?

besaqnyaaa! sampai ke bumbung!

antara masterpiece Ernest di Ipoh, yaw!

Hummingbird! Hummaigardddd cantiknya!


hmm. tak sabarnya. tengok ni, lagi tak sabarnya nak tunggu projek ni habis siap!



kalau nak tahu lebih lanjut pasal #ArtOfOldTown hingga 26JUN2014 ni , please check Facebook OLDTOWN White Coffee okay. jangan ter-miss pulak satu benda pun. best tahu!

terima kasih sudi baca :)

21 comments:

  1. blogwalking ~

    ohh kat ipoh ke ? hish rasa macam nak pergi tengok je. hihi

    ReplyDelete
  2. Eh2, Ernest..... Macam kenal plak?hehe. Lukisan dia memang hidup tau! Kat Penang ni, kadang2 tourist datang sebab nak ambik gambar je. Dah la real abes, detail plak tu. Cepatla pusing Malaysia, Ernest oi, boleh wat alasan melancong satu Malaysia sebab nak buat collection kolaj kat scrap book. (^.^)

    ReplyDelete
  3. Sukenye tengok lukisan 3D. Nice sgt!

    Btw hi, singgah sini eh kak yuyu. ^_^ selalu jadi silent reader je. Hari ni baru nak komen. :D

    ReplyDelete
  4. Wow so amazing! bkn dkt penang je ad kat perak pn da ade 3D mural art nie...huhu,akma xmamp nk buat...atas canvas jer kita mampu....

    ReplyDelete
  5. nice. balik ipoh hari tu, tak berkesempatan ke tempat ni. maybe, next time. inshaAllah!

    ReplyDelete
  6. yang dalam video tu ernest zacharevic ke?
    ingatkan dia macam umur pakcik pakcik gitu, rupanya muda lagi, lol

    ReplyDelete
  7. Memang nampak real apa yang dilukis.

    ReplyDelete
  8. suka mee kari di OLD TOWN! dah la besaq, mmg puas mkan..blurpp..

    ReplyDelete
  9. Very interesting article, I really enjoyed every article of this blog, and I learned a lot from here. Thank you for sharing with us. Visit my Blog Dofollow Auto Approve: blackhat web traffic, free backlink, etc. http://goo.gl/31NAio .

    ReplyDelete
  10. Kagumnya ngan seni melukis Ernest ni. Tetapi mungkin juga kita boleh gunakan pelukis-pelukis tempatan untuk menyediakan lukisan 3D ini bagi menggalakkan pelukis tempatan kita. Apa pun pelukis tempatan harus mengembangkan bakat lagi. Jadikan Ernest sebagai satu ikon dan idola.

    ReplyDelete
  11. ramai kawan kawan anis g penang and tak ketinggalan tangkap gambar hasil lukisan dia

    ReplyDelete
  12. pergh...semua pakat gi sana ni...kopi tu kemain mmg awesome giler...

    ReplyDelete
  13. kak yuyu gmbr budak pnjat tk full lg..skrang dh full lg cntik huhu..

    ReplyDelete
  14. macam dekat penang..art dinding..banyak dah tempat sekarang ni..hehe

    ReplyDelete
  15. Wow! kreatif banget, nampaknya bagus kalau setiap kota tua dibegitukan :)

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)