HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Thursday, April 10, 2014

Dah Sarapan ke Belum?

Assalamualaikum

dulu masa kat sekolah, sebab dah dekat nak UPSR, cikgu kelas gelabah habis dah. prestasi ujian bulanan dengan trial UPSR, jauh bagai nak rak. secara negetif la maksudnya sampai cikgu gelabah tu. antara yang jatuh prestasi adalah penulis entry ini sendiri. kita dari dapat number 2, lepas tu dapat number 9 (kot).

apa cerita?

lepas tu cikgu buat survey. yang mengulangkaji pelajaran lepas waktu sekolah, dok sebelah ni, yang balik sekolah lepas tu main masak-masak, dok sebelah tu. atas dasar nak nampak pelajar contoh, kita ni dok la sebelah yang bagus tu, walhal hakikatnya, adalah tidak sama sekali, jadi, survey ini tidak telus lagi.

cikgu kelas buat lagi. sapa yang sarapan sebelum datang sekolah, dok sebelah ni, yang tunggu waktu rehat je, dok sebelah tu. yang ni lebih telus, sebab masing-masing tak tahu apa motif cikgu tanya bab sarapan. kita ni, duduk la bahagian tunggu rehat je.

padahalllll...

setiap pagi tok sedia nasi goreng dengan MILO panas. tapi takkan makan, sebab kita ni pengawas Rancangan Makanan Tambahan (RMT), nanti pi sekolah boleh makan free. tapi tetap takkan makan, sebab bila dah orang beratur panjang, kita ni pun malas la nak makan. sepanjang-panjang orang beratur, panjang lagi alasan dia.

gelabah cikgu kelas makin tak dapat dibendung. yuyu ingat, ilek lah cikgu, UPSR je punn. kelas number satu, dapat punyalah 5A. tapi kalau Math pun dapat 60% je, Penulisan dapat 50%, kau ingat boleh? cikgu kelas kata, penumpuan kami di kelas amat lemah.

cikgu suruh check latihan, ada antara kami yang "haa? ada ke latihan cikgu suruh buat?" *yuyu lah tu T_T *

jadi, cikgu buat konklusi, UPSR dah nak dekat, tolong tolong tolong:
*selalu buat ulangkaji
*jangan tinggal tusyen setiap hari
*minta doa emak abah
*jangan lupa sarapan!
*bagi tumpuan penuh dalam kelas.




secawan kecik MILO panas untuk breakfast event kali ni. muka kami berdua nampak happy je, kenyang lettew. 

tapi kali ni, ada sebab yuyu highlight besar-besar bab sarapan tu, sikit je antara kita tahu tentang kepentingan sarapan. bukan untuk sekolah saja, tapi dalam kehidupan kerja dan harian kita. peranan besar sarapan orang ingat setakat alas perut. tidak sama sekali.

sekarang bila selalu terdedah dengan campaign dan event, banyak yang ketengahkan bab how important breakfast is, jadi kita ni nekad untuk bagi yang terbaik untuk bakal anak nanti. breakfast di pagi hari walau apa jua sekalipun rintangan dan halangan.

sekarang dah aplikasikan di rumah, suami sebelum kerja, bawak bekal sarapan ke office. yuyu kat rumah, nak tak nak, akan makan juga. enkorang tahu tak? kita akan merasai positive energy sebaik saja kita sarapan setiap hari. positif energy lah punca kita memulakan aktiviti harian menuju kejayaan. ecewah.

pagi yang lebih energetic dengan MILO. takkah begitu, korang? 


banyak dah kajian dibuat, student yang ambil sarapan sebelum ke kelas, akan mendapat lebih positive energy, mereka akan beri lebih tumpuan dan mendapat lebih tenaga berbanding yang tidak. jadi, boleh faham kan, macam mana kita nak berjaya sebagai pelajar mahupun sebagai seorang manager yang disegani, kalau kita mulakan hari kita dengan lemah dan kurang tumpuan. simple :')

kalau hari-hari kita dimulakan dengan mendapat positive energy, pagi pun baru tapi dah rasa segar dan bersemangat nak buat itu ini, tak kah itu akan memberikan kita postive impact dalam setiap apa yang kita ceburi?


tak payah susah-susah buat Pavlova, letih-letih buat ayam golek untuk bagi seisi keluarga sarapan yang enak. Sandwich Pisang dengan Milo panas kan dah sedap sangat dah tu. 


thanks MILO sebab selalu ingatkan rakyat Malaysia akan kepentingan sarapan dalam kehidupan.



tahun lepas MILO punya usaha, buat marathon di UPM, setiap peserta dan tetamu akan diberikan sarapan sedap. tahun ni jangan lupa pula MILO Breakfast Day 20April2014 7pagi ada marathon lagi sekali, tapi kali ni di Perbadanan Putrajaya.

kalau nak mencabar jom la try 7km run, kalau nak rilek santai dengan family, boleh pilih 3km punya. yes! satu family boleh join tahu. macam mana? yuyu pregnant, try jalan-jalan je la kot 3km dengan suami. korang join juga tauu.

ingat lagi, dulu sekolah, kalau nampak je lori ni kat padang sekolah, ALLAH, syurganyaa. mula ambik satu gelas MILO, lepas tu turunkan sikit tudung sampai muka, malu la beratur lagi sekali. -.-' 

kalau nak tahu lebih, boleh kelik sini untuk keterangan lanjut : MILO Breakfast Day 

p/s : ingat tauuu, 20April ni di Perbadanan Putrajaya! yuyu dan suami dah tenyeh kalender dah.

terima kasih sudi baca :)

38 comments:

  1. memang wajib ambik sarapan waktu pagi biarpun hanya sedikit :)

    ReplyDelete
  2. Sarapan pagi saya mesti ada MILO..Kalau tak de tak lengkap. Ingat dulu masa sekolah, seronok bile van MILO datang,siap beratur banyak kali sebab nak MILO sejuk tu.hihihihi

    ReplyDelete
  3. miza letu,!
    malas beno nak sarapan..haha
    pastu tgah hari makan bnyak gila3..
    adehh...hahaha >__<

    ReplyDelete
  4. hahah.. same la kite yuyu.. tak cukup 1x nak ambik.. pastu beratur lagi.. sampai abg lori tu cakap.."eh, td awk dah amek kan??" pastu mati-mati taknak ngaku cakap dah.. pastu buat muke nak nanges sket.. teros abg lori milo bg 2 cawan lg.. hahah..

    ReplyDelete
  5. da register!! jumpe yuyu kat sane k.. (>_<)'

    ReplyDelete
  6. da register!! jumpe Yuyu comel kat sane k.. (>_<)'

    ReplyDelete
  7. kenapa milo yg dlm van milo tu sgt sedap.

    sampai tua ni masih ingat keseapan milo tu..
    x sama dgn yg beli, bancuh sendiri. serius.

    ReplyDelete
  8. Zai mmg amik sarapan setiap pagi. Tak boleh xambil. Kalo x perut berbunyi2. Hehe

    ReplyDelete
  9. alaaa nak join tp semua da full.. T_T

    ReplyDelete
  10. Setuju sangat-sangat sebenarnya..sarapan sangat penting sebelum memulakan tugasan atau pelajaran..ianya memberi kita untuk memberi tumpuan..ikhlas dari www.tepakku.com

    ReplyDelete
  11. milo kat lori dgn milo bancuh sendiri memang berbeza... sedap sangat milo lori tu mcm dah kena jampi je.. hahaha

    ReplyDelete
  12. hehe.. comey yuyu dgn milo camtu ;)

    ReplyDelete
  13. Hehehe cute betul ibu hamil ni kat tepi van MILO tu .. Bertambah2 comel la YuYu ...
    Jom minum MILO ..Jongan lupa setiap pagi ambik sarapan ...
    Moga hidup lenih bertenaga dan ceria ..

    ReplyDelete
  14. Nak tenyeh calendar jugak ah ceni nak jumpa yuyu 20 April nanti hehehe

    ReplyDelete
  15. saya tak boleh kalau tak breakfast.. wajib nak breakfast sebelu g kerja..

    ReplyDelete
  16. nak kenyang lebih lama... campurkan milo + ESP from Shaklee. Bukan je kenyang, bertenaga sepanjang hari, boleh kurus, kulit pun cantekss uols.

    Liyana 0173743670

    ReplyDelete
  17. Minum milo anda jadi sihat dan KUAT~~

    ReplyDelete
  18. Jana pendapatan dgn cara mudah !
    Bagaimana ?
    Msg me 0129672280

    ReplyDelete
  19. Sedapnyeeee milo!!
    yuyu nnt jengah page sis ye
    http://vitasemulajadi-putrajaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  20. Sedapnyeeee milo!!
    yuyu nnt jengah page sis ye
    http://vitasemulajadi-putrajaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  21. Sedapnyeeee milo!!
    yuyu nnt jengah page sis ye
    http://vitasemulajadi-putrajaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. Adakah anda rasakan yang sekarang ini air yang anda minum selamat & bersih dari sebarang pencemaran yang akan membahayakan kesihatan anda sekeluarga????

    Jika tidak inilah jawapan pada anda yang inginkan air yang selamat serta bersih dari sebarang pencemaran untuk kesihatan sekeluarga

    SISTEM PENULENAN AIR COWAY (Produk dari Korea)

    Air bersih untuk seisi keluarga. Penulenan air sejuk dan panas Coway sememangnya direkacipta untuk membantu setiap anggota keluarga anda kekal sihat.

    Dengan hanya RM110

    bulanan dan 0% faedah, anda mampu memiliki penapis air ini mengikut Skim Sewaan Coway.

    PERCUMA UNTUK ANDA!!!
    Jaminan selama 5 tahun
    Service percuma setiap 2 bulan sekali - 5 tahun
    Penukaran penapis/ alat ganti setiap 6 bulan secara percuma - selama 5 tahun
    Produk akan menjadi milik anda selepas 5 tahun

    berminat? boleh hubungi 0133357200

    ReplyDelete
  23. Dik mana citer pasal honeymoon

    ReplyDelete
  24. Do visit for info http://tasks4job.com/?refer=196203

    ReplyDelete
  25. Milo minum selepas habis joging wauuuuu --- laju ambik kat VAN yg tersedia tu

    ReplyDelete
  26. Milo memang minuman feberet..lagi2 time kita pantang..lapar je carik milo cecah biskut kering..hehe..tp takut minum banyak2, takut sembelit :p

    ReplyDelete
  27. wahhhh,,dodullu memang syaza suka milo,,tp skrg ni beralih arah kepada Esp Shaklee tu..best buat brekfest..kenyam sampai petang..ohh, ni blog syaza yang baru tau,,dah follow sis yuyu..

    syaza baru je tulis http://syaza-nur.blogspot.com/2014/04/ku-sudah-jatuh-cinta-dengan-shaklee.html jemput baca dan follow semua,,

    ReplyDelete
  28. sy suke bfast dlu.. tp budak kat ipg ni plek.. g exm pn x mkn.. heran giler dgn kkuatan mreka.. huhuu

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)