HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Friday, February 28, 2014

Majlis Akad Nikah | Entry Bergambar

Assalamualaikum

dua bulan lebih dah majlis akad nikah nya. sekarang baru kite terkedek-kedek nak buat entry gambar bersepah-sepah. alaa. apa ni. tapi, dua bulan ke, enambelas bulan ke, hati ni tetap rasa macam semalam je baru nikah. gila la. suami baca, mesti dia belanja makan, perenggan ni. 

sebelum nak settle semua benda benda nikah ni, dua bulan makan hati asyik tak cukup tidur, tak cukup rehat. semuanya buat sendiri, maklumlah anak sulung, yuyulah kakak, yuyulah abang. yuyu lah bagi sokongan padu pada diri sendiri, yuyu lah kehulu kehilir cari barang tu barang ni. semuanya

13/12/2013 Jumaat, malam, detik paling istimewa, paling tak boleh lupa, walaupun paling tak boleh belah penat dia. yuyu tak nak la taip panjang-panjang, pengantin lama je ponn. alahh. 


Persiapan:
dari pagi lagi dah tengok orang kampung dah sibuk dirikan khemah, tok tok, makcik makcik pulak sibuk sediakan bahan mentah untuk malamnya. dari pagi lagi dah nampak sibuknya dorang. yuyu macam biasa, waktu ni pun tengah settlekan bab hantaran. 

6.30petang : tuhan nak mudahkan majlis rasanya. masa ni "uzur" lagi. jadi, awal-awal lagi boleh make up. tak la lambat sangat kejenya.  masa make up ni je la satu satunya saat yuyu boleh rehatkan badan, lelap mata sat. boleh faham la kan macam mana sibuknya yuyu dan persiapan? ya, waktu tu saja rehat. 


Semua gambar adalah daripada Official Photographer : THE PUTEH PRODUCTION

                  
kawan baik jadi mak andam. Love Bunga Querida. make up artist paling fav selama hidup ni. dia ikut apa yang kita nak. magic gila tangan mak andam ni.

best tau kalau mak andam ni bff kita, kau gelak macam kerbau pun, kesah pulak dia. please kalau korang nak cantik masa majlis penting korang, pilihlah si Bunga ni. hasil dia di berjuta juta gambar yuyu nanti :)


semua persiapan dah rapi. termasuk persiapan hati. insyaALLAH, ALLAH akan mudahkan yuyu untuk mencintai bakal yuyu. susah, tapi yakin ALLAH tolong. yakin yang ALLAH akan buatkan kita tak menyesal bila kita buat sesuatu yang ALLAH suka. 

cuma tinggal sarung kasut, pegang handbouquet dan sedia untuk ke masjid Nyior Chabang, Langkawi sejurus selepas Magrib. 

bab kasut, dari kasut nikah, kasut sanding, kasut honeymoon, kasut hantaran semuanya adalah khas daripada fav shoe heaven selama ni, Christy Ng. tak menyesal pilih Christy Ng. orang puji dari awal sampai ke habis. hambek!



Nikah:
8.00malam: sejurus semua selesai Magrib, inilah masa paling genting. satu family terus ke Masjid Nyior Chabang. Ya ALLAH, dalam kereta lagi dah macam-macam zikir yuyu cuba amalkan. dengan harapan semuanya akan dipermudahkan dan suami yuyu dapat lafaz dengan lancar.

tips orang tua tua, sebelum majlis nikah, banyakkan zikir, banyakkan doa. semua tu untuk pelancaran majlis. pelancaran lidah bakal suami. moga-moga sekali lafaz saja.


the happiest wife-to-be


dikelilingi keluarga, sedara mara dan kawan-kawan rapat, hati ni jadi lebih tenang. walaupun takut juga sebenarnya bila nak tukar status ni. bukan benda main-main. bukan macam dulu masa main mak mak, kalau tak nak jiran sebelah rumah jadi suami, boleh pilih kawan hujung kampung juga. lepas tu esok main suami style lain pulak. 

tak tak. ni suami sehidup semati. 

                     
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, kami Izwan Safuan dan Asmidayu Zulaikha Eswan sah menjadi suami isteri. ALLAHuakbar!

tup tup sah je jadi isteri, terus rasa cinta membuak-buah kat suami. entahlah macam mana boleh jadi. tapi, dari situ juga rasa macam berat sangat tanggungjawab lepas ni. 

emak yang sentiasa di tepi, nampak lebih relaks dari sebelum ni. sebab sepenat-penat yuyu, emak adalah orang yang lebih penat dari yuyu. kalau tak ada emak, entah la apa jadi dengan majlis yuyu.


bayangkanlah semua benda emak buat, ada pula yang dengki dengan emak, hantar "mahkluk" pula ganggu dia. Ya ALLAH. apa la manusia hati busuk sangat. tapi ALLAH nak tolong, mak kuatkan juga malam nikah tu, bangun dan buat rilek je. selesai majlis, jadi lagi. hmm. sabar je la

                              
tak ada doa lain waktu ni, selain ALLAH memberkati pernikahan kami, memurahkan rezeki rumahtangga kami dan memberi kebahagian pada kami hingga akhir hayat. Amin Ya Rabb. 

 

kami boleh pegang pegang tangan dah! huhu. ^^

Wedding Ring untuk kami suami isteri. pilihan kami, Love Collection daripada Poh Kong. berkilau sampai sekarang :')

satu lelaki hebat dalam hidup (tokwan) dan satu lelaki kegemaran sepanjang zaman (suami). I u. 

        
kami dah jadi suami isteri! syukur yang amat amat. bertungkus lumus selama ni untuk saat ni saja. saat selamat dinikahkan. 



bermula chapter hidup kami yang baru. suami isteri. seronok, terharu, penat, sedih, semuanya ada. selagi yuyu mampu, yuyu akan buat yang terbaik untuk rumahtangga kami. yang terbaik sebagai seorang isteri dan bakal ibu.

(ehem ehem. entry nanti nanti kite bagitau status perut buncit kite ni okay. ihik! )


                   

please, doakan kami yang baik-baik. berkahwin pada umur 24 ni bukan lah satu benda yang mudah. yuyu bukan orang kaya, bukan ada ilmu agama menggunung lagi. bertatih lagi. jadi, masa baru berkahwin ni juga, kami sama-sama usaha yang terbaik untuk masa depan dan rumahtangga kami. susah juga. tapi ingat, rezeki ALLAH tu ada di mana-mana saja. 

sungguh. bila ada kawan baik masa majlis kita, perasaan lebih tenang. sebab dorang kan selalu bagi sokongan pada kita. thank Ida, Iena, Fatin, Bunga, Ieqah, Fadhila, Nyuu, Nisya dan Farah. majlis lagi ceria dengan kehadiran korang. ceria hati kite. bunga bunga matahari dalam hati ni tauu. 


                     
Puan Yuyu Zulaikha. 



Alhamdulillah. selesai juga entry nikah yuyu. lama bertangguh tau. dari sibuk-sibuk pindah rumah, sibuk honeymoon, lepas tu sibuk morning sickness pulak. tskk. hari ni perut selesa sikit, mampu lah buat entry. semoga sikit sebanyak dapatlah jadi bahan bacaan inspirasi korang okay.

opss sebelum tu, ada satu video official majlis yuyu, dari The Puteh Films. video kecintaan hati kami suami isteri sampai mati!


untuk majlis pernikahan yuyu, mungkin korang nak contact dorang, yes, please contact, sebab mereka takkan buat korang menyesal di hari bahagia. paling bersemangat nak kawen, dengan kehadiran semua ni:

Photographer : The Puteh Production
VideoGrapher : The Puteh Films
Wedding Ring : Poh Kong  (Love Aventura)
Make Up Artist : Love Bunga Querida
Persalinan Nikah : Leana Samlan (lea.samlan@gmail.com)
Hand Bouquet : Leana Samlam (lea.samlan@gmail.com)
Kasut Nikah : Christy Ng.com

insyaALLAH, next entry, yuyu akan cerita pasal majlis bersanding pula ya. kot. huhuhu. tengok kesihatan perut ni dulu ye.

terima kasih sudi baca :)

94 comments:

  1. Tahniah yuyu..klu ikut double congrats la ni sbb slmt disatukan dan now mother to be..alhamdulillah..congrats once again

    ReplyDelete
    Replies
    1. aloo. terima kasih awakkk. doa yang baik tau. lagi lagi untuk baby :)

      Delete
  2. Replies
    1. aloo. jangan la sebakk. sebak sekali kangg!

      Delete
  3. The best ! Perasaan nak kahwin membuak buak je. :)

    ReplyDelete
  4. wahh bestnyaa.. semoga bahagia n kekal hingga jannah kak yuyu comel.. sukanyaa tengok, sweet sgt video tu. tak sngka dah nak jd mommy dah pn.. semoga dipermudahkan semuanyaa.. aminn..

    p.s, nak kawennn jugakk.. hahaa

    ReplyDelete
  5. congrats kak , semoga akak sentiasa sihat and dpt baby omey2 macam kak yuyu >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn. semoga baby nanti sihat dan sempurna <3

      Delete
  6. wahh bestnyaaa.. congrats kak yuyuu.. semoga bahagia selalu n kekal hingga jannah.. sukanyaa tengok, video tu sweeeet sgt, tak sngka kak yuyu dah nak jd mommy dah pn.. hee semoga dipermudahkan semuanyaaa.. aminnn..

    ps: nak kawenn jugakkk hahaa

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. alaa. tak jadi nak makan buah. baca komen ni lama lama la :p

      Delete
  8. best nye kak yuyu naik helikopter dengan encik suami.. :)

    ReplyDelete
  9. Salam. Maaf bertanya..boleh ke kita buat shoot yg cium dahi tu di khalayak ramai...sbb ustaz kata xboleh..sorry jika salah..harap dpt memberi jawapan..sy btul2 ingin tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. hmm. minta maaf. yuyu tak pasti bahagian hukum ni :'(

      Delete
    2. apa pulak x boleh ? xkan cium dahi pon orang awam tgk dah berahi ? lain la kalau cium mulut -..- ade je nak condemn !

      Delete
  10. kak yuyu sentiasa pengantin baru. semoga kak yuyu sentiasa bahagia dan dipermudahkan segala urusan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. okay la kalau pengantin baru lagi, entry sanding, tak nak la publish lagi :p

      Delete
  11. As Salam,

    Congratulations Cik Pn Yuyu,semoga dipermudahkan menjalani alam motherhood....salam perkenalan.Selama ni,duk jadi silence reader jer...ari nie tergerak hati nak beri komen...

    ReplyDelete
  12. Kak Yuyu ke Aunty Yuyu eh ? hehe congrats sbb dah jadi mother to-be :) semoga sihat2 and anak selamat dlahirkan ^_______________________^

    ReplyDelete
  13. tahniah Puan Yuyu .. hikhik.. =D Barakallah.. in sha Allah bahagie till Jannah .. Aminnnn..

    ReplyDelete
  14. tahniah kak yuyu..semoga kak yuyu dan suami sentiasa dirahmati Allah..amin..anyway congrate juga sebab dah jadi bakal ibu..jaga diri elok2 ye..

    ReplyDelete
  15. mabruk yuyu . semoga bahagia sampai jannah Allah :')

    ReplyDelete
  16. tahniah kak yuyu.. semoga dapat baby yang comel macam akak...

    ReplyDelete
  17. yuyu tantek! congratzzz again hokeyh! muke dah mekap macam ayu raudhah la pulak.. manisssss sangat.. =)

    ReplyDelete
  18. alaaa nangis tengok..bestnye kawen auuuwhhhssss T_T
    moga kekal hingga ke jannah kak yuyu ! =)

    ReplyDelete
  19. Bestnya video yuyu. congrats on your weeding :) semoga berkekalan hingga ke Jannah. Aaminn :)

    ReplyDelete
  20. Tahniah kak yuyu, suka tengok make-up akak :)

    ReplyDelete
  21. Congratulations yuyu! Make up sangat nice. Baju nikah dengan tudung flowery tu sangat padan dengan yuyu ;)

    ReplyDelete
  22. hehe tanniah yuyu
    from Mcd brp DT team

    ReplyDelete
  23. xsbr nk tgk perut puan yuyu besar mesti cute giler...hope yuyu,suami & baby bahagia sampai syurga :)

    ReplyDelete
  24. Congrats ! May your marriage till jannah. Insyallah. Be a good wife forever.. :)

    ReplyDelete
  25. Yuyu jutaan tahniah taw..ya Allah tgk korang kawen ni rs membuak2 nk kawen jgk hahaha nway slmat mjadi ibu plak n moga dimurahkan ag rezeki korg berdua♥

    ReplyDelete
  26. yuyu take care..mabrukk.. may alla ease ur life.moga ibu yuyu baek.fi hifzillah..;)

    ReplyDelete
  27. congrats yuyu...

    1. on ur marriage...semoga berbahagia dan dapat bercinta sampai syurga...
    2. on ur pregnancy...awal2 ni bersabar je la...sebab perubahan hormon...jap je tu, utk sesuatu yg lebih indah beberapa bulan dari sekarang... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ALLAH. terima kasih sangat. doa la selalu. tau :)

      Delete
  28. sweetnya tengok kamu...Alhamdulillah..check perut tuu.dah ada isi ya...syukur alhamdulillah.
    semoga hubungan kamu dan suami berpanjangan sehingga jannah..aminn

    ReplyDelete
  29. alaaaa nk tengok video tu tapi tenet lambat lak.. :(
    btw tahniah la cik puan yuyu. pasni dah blh update blog dgn baby pulak.. =)

    ReplyDelete
  30. sweetnya....:)
    tahniah yuyu n husband...:)
    semoga kekal bahagia hingga ke syurga...
    semoga bertambah murah rezeki + happy always... (^__^)
    Semoga mendapat anak2 yg comel2, bijak pandai & soleh/solehah...

    ReplyDelete
  31. cantiknya subhanallah <333
    bestnyaaa aaaaaa

    ReplyDelete
  32. Congratulations on your first big step together. May Allah send his blessings to you and the family you are about to start :)

    Jom Terjah : Muslim Niaga : Platform Dropship Produk Islamik



    ReplyDelete
  33. teringat la akak pregnant dulu. kita ni sama size je yuyu.. bila akak pregnant perut dh nampak holiday kat langkawi.. orang langkawi macam tengok akak mcm alien yg comel tgh pregnant pulak.. maybe depa pk.. anak sapa la sekolah tak abis dah kawen kemudian ngandung.. siap kat 1 mall tu akak pergi.. salesgirl tu dia nampak akak terus berlari kat kawan2 dia suruh tgk akak yg katek tgh pregnant. Hope yuyu selesa la sekiranya di pandang macam tu bila perut dh boyot nanti.. macam akak x selesa sangat. rasa mcm org kecik ni mcm alien. apapun yuyu sgt comel.. jaga baby baik2 yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. masalahnya, tak pregnant lagi orang dah suka tengok saya macam saya ni alien. jadi dah terbiasa. kadang kadang terasa juga, tapi kadang kadang, saya tak endahkan je. sebab memang tau, sampai bila bila pun macam tu

      Delete
  34. Tahniah yuyu...semoga bahagia ke syurga..bru perasan,yuyu dgn husbnd dua2 klu senyum mesti nmpk gigi penuh.,comey sngt.dpt baby nanti mesti sweet mcm mak ayah dia.hehe

    ReplyDelete
  35. Yu, Video tu...SUPERB :) moga kekal ke akhir hayat. Make cute little children ok.

    ReplyDelete
  36. So sweettt kak Yuyu dengen husbandd. XD

    ReplyDelete
  37. congrats yuyu! alhmdlh dh selamat jd isteri org...moga perkhwnn yg terbina berkekalan hgga jannah...aminnn

    ReplyDelete
  38. Semoga pernikahan yuyu akan kekal sampai syurga..amin :)

    ReplyDelete
  39. Video mmg best la yuyu...ms akad nikah tu tetiba plak bgenang airmata...mcm kami plak ada kt tmpt tu...mybe teringat saat akad nikah dl.

    Jaga diri k.moga smua dpermudahkn

    ReplyDelete
  40. tahniah.. selamat pengantin baru yuyu.. moga jodoh berkekalan ke akhir hayat... amin..

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum yuyu, barakallah. alhamdullilah. comel sangat korang. yuyu jaga diri baik-baik tau. sheila masukkan yuyu dalam bloglist preggymom 2014. heheee ramai rakan blogger tengah mengandung, seronok sangat baca pengalaman mereka. hehehe.

    ReplyDelete
  42. olo...comelnya yuyu..baru akak tau fullname Asmidayu Zulaikha... cantik nama secantik orangnya...tahniah adik comel

    ReplyDelete
  43. tahniah yuyu..akak doakan yang baik2 saja untuk kamu sekeluarga.aminn

    ReplyDelete
  44. NEKKKKKKKKKKKKKKKKKK,BAHAGIA KITA TENGOK NEK JADI WIFE ONEJET....

    ReplyDelete
  45. Alhamdulillah, sama canti sama padan, moga yuyu dan suami bahagia hingga ke syurga, amin..

    ReplyDelete
  46. Congrate.. cinta ke jannah
    Insyallah

    ReplyDelete
  47. sangat antik..waa terharu tengok gambar yuyu

    ReplyDelete
  48. Congrats YuYu <3 KISSES & HUGS!

    ReplyDelete
  49. congratulation yuyu...hope perhubungan kamu kekal until jannah :)
    so sweet video tuh..ai like it

    ReplyDelete
  50. wah yuyu..nama pon sama.nikah pon tarikh sama..tahniah yuyu..semoga perkahwianan diberkati hingga ke jannah..tahniah mummy to be..doakan saya pulak..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMINNNN. kita doakan. semoga makin ramai umat Rasullah. <3

      Delete
  51. tahniah yuyu...blog ini tersenarai dalam favourite bloggers Mawar Putih. jemput singgah blog ain jika ada masa..http://whiteroses2013.blogspot.com/2014/03/favourite-bloggers.html

    ReplyDelete
  52. tahniah kak yuyu .. wahh . naik heli tu... jelesnyaaa ... mcm mana dapat naik heli.. nak juga masa kahwin nnti .. cer jawab sikit.. heheh.. ke org sponsur ... wahh ,,, meriah .. dah la akak comel je kecil molekkkk... tahniah sbb nak dapat bbyy

    ReplyDelete
  53. video tu best sgt yuyu.. boleh nampak cinta di setiap detik dalam video tu. haha. terjiwang plak ayat. any way congrates dear. semoga bahagia sentiasa dengan yuyu n husben. =)

    ReplyDelete
  54. Tahniah Yuyu! mesti dapat anak nanti kiut miut cam Yuyu and husband.

    ReplyDelete
  55. Alhamdulillah..Tahniah Yuyu & husbnd..Double happiness!jaga kesihatan ye..Mabuk2 tu perkara biasa utk bakal2 mak ni..Makan makanan yg berkhasiat,rehat yang cukup k..Semoga baik2 aje sampi melahirkan..Smga berkekalan hingga ke jannah...

    Salam perkenalan,
    Nana
    http://mummysoffya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  56. tahniah yuyu.... mom to be.... rajin2 membaca surah2 Al-Quran untuk ibu hamil ye... take care... yuyu n baby.. kahwin muda ni banyak cabaran dan kebahagiaan jugak...

    ReplyDelete
  57. bestnya...semoga yg terbaik buat yuyu & husband

    ReplyDelete
  58. Tahniah! Selamat pengantin baru.

    ReplyDelete
  59. tahniah yuyu :) skrg dah dapat title mommy to be hehe..jaga diri ok :) semoga kesihatan baby dan yuyu baik2 aje.. kite kawin 25 okt..beza sebulan lebih je dgn yuyu..tapi rezeki baby Tuhan bagi yuyu dulu :) semoga nnti tiba pula rezeki kite :) apapun, semoga happy slalu ok, untuk bby, untuk diri yuyu :)

    ReplyDelete
  60. Tahniah Yuyu.. Semoga dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat dan dipermudahkan waktu mengandung dan bersalin. Video clip memang ohsem la yuyu.. Paling suka scene Onejet angkat yuyu dekat unggun api.

    ReplyDelete
  61. ttak terlambat nak ucap tahniah yuyu.. semoga panjang umur murah rezeki. semoga berkekalan ke anak cucu. amin amin. :) yuyu chomel.

    http://iluvtour.com jemput singgah

    ReplyDelete
  62. Alololo comelnye keciknya kak Yuyu. Btw so suit both of you. Congratulations! May Allah ease your marriage

    ReplyDelete
  63. alamak,, terlambat baca,,, sweetnya,,, moga kekal hingga syurga :D

    ReplyDelete
  64. Yuyu yang comel. Tahniah dengan kehadiran nyawa baru. Jaga diri taw. Tadi godek2 insta tengok buku yang comel tu baru teringat blog Yuyu yang lama tertinggal.

    ReplyDelete
  65. baru dapat tau yuyu dah kahwin.. tahniah yuyu :) hihihihi

    ReplyDelete
  66. tahniah Puan Yuyu...terharu acu tengok video nikah ni...smoga dpermudahkan segala nye...dan smoga kekal berbahagia hingga ke Jannah...amin...

    ReplyDelete
  67. tahniah puan yuyu.. :)
    nak tanye la yuyu punya baju nikah buat kat mana? maklum lah kita ni pun bdn kecik.. huhuhu susa nk cari size kn

    ReplyDelete
  68. Dah lama tau Yuyu kahwin. Tapi hari ni tetiba rasa nak singgah sini.
    Selamat Pengantin 'Lama' Yuyu.
    Sekarang pun dah ada anak kan?
    Suka baca blog dan fb Yuyu. Sangatlah menyentuh kalbu

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)