HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Sunday, November 24, 2013

Tabiat Pembayaran Secara Sihat.

Assalamualaikum

bulan lepas, bulan untuk yuyu shopping. SHOPPING. bayar bill dan beli barang dapur shopping jugak eh? okay la, konon-konon shopping la kan. tapi kali yang besar-besaran punya. sebab dua kali dalam setahun, mesti ada shopping secara besar-besaran. duit tu pakai pun besar-besaran juga la.

pilu je hati lepas check balik resit. T_T

tapi tu la kan, bila fikir-fikir balik, dulu punya habit nak membayar dengan sekarang punya, lain sangat. ingat lagi, masa mak nak beli barang-barang SPM, terus mak nak beli barang dapoq, mula dah withdraw duit untuk alat tulis, lepas tu, nak beli beras dengan bawang apa semua bala lagi, kena withdraw lagi. kami adik beradik, duduk bertinggung macam orang kalah judi kat tepi tangga sebab tunggu mak ke ATM terdekat. tu pun, 30minit kemudiannnn...

sadis gila. rasa macam nak heret adik balik rumah. tapi tu dulu la kan. sekarang, poket sebelah kiri bawa i/c, poket kanan bawa MasterCard Debit Card. habis citer. tak payah nak susahkan batin ulang alik ATM. tak payah nak kalut lenyek wallet dengan lesung batu jiran sebelah sebab tebal sangat duit khonnnn. -.-'

yuyu suka cara ni sekarang. apa-apa cara nak buat pembayaran kita pupukkan rasa nak guna debit card. penting untuk diri sendiri. cuba bayangkanlah.. lagi-lagi dengan MasterCard Debit Card.

kalau nak bayar bil telephone, bil eletrik, atau segala macam jenis bil lagi, dari susah-susah bawa duit berkepok, terus je banyak guna kad debit. rasanya cara tu lebih senang. tak payah nak bahagi, duit bil telepon dalam sampul surat ni, duit bil air dalam sampul surat tu.

dan rasanya sangat-sangat selamat. bila ada kita guna kad debit, duit kita lebih selamat kat bank sana nuhh dari ancaman. nak makan kat restoran, selit je debit kad dalam poket baju suami. 


lagipun, benda ni (MasterCard Debit Card) boleh sapa-sapa saja buka account kan. jadi, tak sepatutnya jadi isu la. yes. sapa-sapa pun boleh ada kad debit sekarang. kita-kita pun boleh access details account kita bila bila masa. ini berita gembira buat kalian buat. ehem-ehem *sambil jeling jeling usap dagu*

benda-benda macam ni bagus untuk financial management kita. setiap kali kita buat transaction, kita boleh check balik setiap satu. jadi, boleh la bulan depan nak plan macam mana pulak perbelanjaan kita. yang shopping banyak tu, siap la ikat perut bulan depan. ayok!


berjuta juta tempat di seluruh dunia menerima MasterCard Debit Card. nak travel sangat mudah dah sekarang termasuk restoran, hotel, ataupun online retailer. 

nak travel ke Jakarta lagi sekali lepas ni pun dah senang. tak yah risau sangat bab duit. like a bossss.



nanti kita sama-sama jadi card holder Debit Mastercard okay? janji?



terima kasih sudi baca :)

16 comments:

  1. wahhh....senangnya ad debit card..duit nanti mmg xde kena potong eh?

    ReplyDelete
  2. yuyu..izinkan sy nk promote sy contest sy ni..br first time buat contest sempena ke-3 tahun berblog... yuyu nanti join la jugak ek..

    JOIN CONTEST di http://summerlovecheery.blogspot.com/2013/11/contest-im-diva.html
    hadiah menarik menanti.. =)

    ReplyDelete
  3. Tapi kena charge jgk kan? Sekali charge brp %?

    ReplyDelete
  4. yeah... nak posing jugok macam dalam gambor tu.. hahaha

    ReplyDelete
  5. macam best aaaa :'3 eh hakak yuyu umor berapa ye? tinggi? berat? hahaha

    ReplyDelete
  6. Mcm menarik jer ni! Nak buat tp nanti tak pasal2 boleh jd boros plak..hihi

    ReplyDelete
  7. huhu...bagus mmg bagus..tp ni mengalakan kita untuk berhutang..megikut stastic lebih kurang 40% rakyat kita bankrap sbb berhutang..hanya setengah org je yg mampu nak control perbelanjaanya..setengah kebaikan di imbangi dengan keburukan..begitulah sebaliknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee. tapi ni debit card. kita spend setakat yang kita ada. tak payah berhutang :D

      Delete
  8. Myra ada maybank debit card je. Debit Mastercard takde lagi.

    Tapi memang best pakai debit card ni, senang takyah nak withdraw banyak-banyak. Takyah carik atm dah.

    Jimat masa bila kelam kabut kalau dalam wallet takde cash. Hee

    ReplyDelete
  9. segalanya di hujung jari je.. cantik posing.. hehe :)

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)