HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Sunday, August 25, 2013

Hong Kong Trip Part 1

Assalamualaikum

best tau jadi blogger, untung-untung, orang bawa melancong free. hari tu Indonesia, lepas tu jalan-jalan satu Malaysia, baru-baru ni lepas rasa, Mary Kay bawa melancong Hong Kong. melancong sambil support model-model dari Malaysia untuk Mary Kay One Woman Can. 

syukur sampai lap hingus kat kain batik mak.


para Mary Kay One Woman Can dari Malaysia (Ayu, Reen, Shiela, Stephani) dan Singapore (Ephraim).

first time tau pijak kaki kat Hong Kong. benda paling yuyu takut adalah kehilangan kalori yang amat banyak. sana tak boleh sukahatimakbapakkau je nak menketedarah. sayang wey lemak-lemak badan yang selalu datang dan pergi macam tu je. 

entry ni, yuyu akan kongsi la apa sebenarnya yuyu buat di HongKong selama 4 hari tu. kemahen korang cakap pergi beraya, tahun ni lemang sempat makan 4 potong je tau.

Hari Pertama:

alaa, ilek je pakai baju macam nak pergi beli bawang yuyu ni kann.

pukul 12tengah hari lebih, kami semua dah sampai Hong Kong Airport. sampai je sana, terus check in hotel. Lanson Place Hotel, kalau google pun korang boleh terberanak tengok cantik dia macam mana. next entry okay, promise :)


ilek jap kat hotel, pukul 3 lebih, siap untuk manicure&padicure.

aktiviti manicure dan padicure untuk semua model, beauty consultant juga media. oh, yuyu termasuk media. ehem. terbatuk serta merta pulak. 


tang masa tu jugak la yuyu pakai inai, jadi setakat buffering bodo-bodo je mampu dorang buat, takut nanti inai jadi warna malas nak hidup kan. orang yang buat simple ni, balik la hotel lebih cepat. bagus la, rehat lama, malam tu nak dinner pulak.

masa nak makan, takut jugak dapat yang tak halal, tapi syukur la, sebab team Mary Kay seboleh boleh cari makanan halal, takde la kami yang beberapa ketol je Muslim ni rasa kebulur sangat.

tema dinner Black + Gold. tema yuyu, Lantak-Aku-Lah. 

Steve Dave, Vice President of Marketing dari Dallas. Dallas? okay lah, kena baik ni dengan orang ni, kot kot dapat handbag Coach sebijik. huhu. 


dari sebelum dari Hong Kong, yuyu dah demam, masa dinner tu, lagi rasa teruk, siap pening-pening, nak muntah, sejuk-sejuk badan, dah la esok pukul 7 kena siap tengok model training di The Space. adoi. Marina (manager Mary Kay dari Malaysia) suruh rehat lebih esok.

balik dinner, kak Shiela bagi ubat, makan, tidur sampai tak perasan tunang whatsapp beribu lemon. rindu ittew lettew. aloo, tampar kang :')


Hari Ke Dua:
model & beuaty consultant pagi pagi buta lepas Subuh dah training di The Space, media dan orang sakit ni pukul 12 lebih baru keluar hotel. sakit-sakit semalam hilang banyak dah. yuyu syak, mungkin sebab yuyu kurang rehat kot. tak cukup tidur.

sampai The Space, tengok model Taiwan tengah make up, model model dari Korea tengah buat rambut, Malaysia? dah siap dah, nak training untuk catwalk je. cepat tau. sampai kan Mr KK ketua Mary Kay dari Asia Pacific cakap, team Malaysia amat menepati masa. bangga namblas hari kami semua.

model, media, dan beauty consultant. blogger? selca dan instagram sampai lebam ye :)

model dan beauty consultant dari Philippine dan Malaysia tekun dengar Cara G share ilmu pasal kecantikan. 

ohh, Cara G ada bagi tips untuk badan cantik:

"makan bila lapar, jangan makan kalau tak lapar walaupun tu waktu makan"


untuk hari ke dua di Hong Kong ni, model model akan di nilai masa training dorang untuk photoshoot dengan Sean Lee Davies, hair styling dengan David Chung, catwalk dengan Cara G, styling dengan Christy. jadi, dengan hari tu juga la nak tahu sape #OneWomanCan tu.

dalam 2.30petang, masing masing trainig dah habis, yang Malaysia balik hotel dulu, sebab habis paling awal. aww. bagus. ada banyak masa untuk shopping. okay, yang untuk ni, tunggu next entry tau. promise! :')


Hari Ke Tiga:
hari yang paling semua orang  tunggu, tak sabar nak ke SKY100, cuba google kot kot terbeliak bijik mata korang. tapi last minit, lokasi bertukar sebab typhoon teruk sangat. tak boleh bawa props naik ke atas SKY100. ya ALLAH, masa tu rasa macam nak nangis kot. kalau tak, mesti panjang berjela lagi entry ni dengan gambar SubhanaALLAH cantik.

untuk keselamatan semua, terpaksa rela la kami akur. tapi dengar juga sokseksoksek orang lain sebab tak boleh naik SKY100. hmm.

pagi-pagi tu, terus bersuai kenal dengan orang atasan Mary Kay, saja ikut pihak Media Malaysia. abang Hafizan dari majalah EH! dan Siew dari The Chinese News. ada Chency blogger Malaysia juga, dan Shine blogger dari Singapore. 


eh! ada Yuyu Zulaikha la! -.-'

sementara kami blogger dan media ni bertemuramah dengan orang atasan Mary Kay Asia Pacific, yang model dan beauty consultant tengah kalut siap, mekap, photoshoot dan berlatih untuk catwalk malam nanti. aloo, syian dorang penat, kami siap lepak minum kat Starbuck bersaksikan typhoon kuat meniup habis serkup kepala.

lepas tu, balik guling-guling atas katil dan shopping, yang model dan beauty consultant tengah berhempas pulas lagi. alooo. syian syian syiannn!

pukul lima petang lebih, yang sepatutnya kami ke SKY100 terpaksa ke venue baru The Space. tapi takpe, tetap meriah cap Anita Sarawak walaupun sesak dengan orang ramai. dalam pukul8 lebih macam tu, acara yang semua orang nantikan bermula. semua nak tahu, sape #OneWomanCan tu yang boleh jadi model MaryKay siap photoshoot di New York nanti. hamai hamai!

satu-satunya model bertudung dari Malaysia, Kak Reen. semua sorak sorang suka dengan dia. siap jadi fav model emak Sean Lee Davies tau, elegant katanyee.


model model Mary Kay ni, adalah wanita wanita biasa yang tak tahu langsung pasal modeling. jadi event ni la Mary Kay train dorang kaw kaw. malam tu, baru nampak yang sebelum ni kayu je, masa tu nampak macam model dah bertahun tahun. taajub kuasa lapan!


TOP 8.  Sheila antara salah sorang model dari Malaysia yang dalam top 8. syabas! dan Ephraim dari Singapore. 


model Malaysia yang lain, walaupun tak termasuk Top8, dah syukur dah tau, bagi yuyu, model dari Malaysia bukan setakat cantik, tak sombong dan peramah berbanding model negara lain. okay lah, korang pemenang di hati Yuyu Zulaikha. gitu.


Fatima dari Philippine. cantik kann. ayu ayu Rozita Che Wan sangat dia.

Ephraim 2nd runner up dari Singapore, Yani 1st runner up dari Filipina dan Fatima winner #OneWomanCan dari Filipina. memang patut pun dorang memang. tahniah!


malam tu, macam takde sorang pun yang tak happy, memasing happy dengan negara masing-masing. Malaysia cara Malaysia, Korea cara Korea. rasa macam tengok citer Korea takde subtitle pulak masa tu. huhu.

dalam 11malam lebih kami sampai hotel, kebanyakan dorang shopping, eleh, kami yang media ni kan dan penat shopping *popping collar*. jadi yuyu lebih banyak keluar hotel tengok typhoon lepas tu masuk bilik kemas beg, esok dah nak berambus dah. hmm. hiba je hati.


Hari ke Empat:
ini hari last, pukul 10 kami dah siap siap ke Lantau, Hong Kong Airport. tskk. pagi pagi lepas Subuh, terus yuyu merayau sekitar Causeway Bay. tengok typhoon, tengok awan bergerak kalut macam nak kejar KTM, tengok orang Hong Kong yang memasing baru ngeliat nak buka kedai. aloo. rindu pulak.

bukan barang yuyu. serius siap hentak kepala kat dinding.


flight sepatutnya pukul 2.30petang, delayed sampai 4.30petang sebab typhoon Utor yang agak la dahsat dia. dengar kata Malaysia pun kena tempias juga, ek? Airport Hong Kong siap tutup sehari tau.

sampai je Malaysia, alaa, dah nak kena berpisah dengan semua model & beauty consultant. macam tak sedia lagi je. back to reality, takde lagi layanan VVIP di Malaysia, takde lagi  relax kepala otak macam di Hong Kong. sampai je KLIA, terus fikir pasal kerja. kerja. kerja.

panjang la pulak entry ni. tunggu tau next entry, pasal Yuyu dan Hong Kong. tunggu tau!

p/s: pemenang GiveAway Biotherm dan Christy.Ng dah diumumkan dan diemailkan kepada pemenang. hadiah pun dah selamat sampai. 

terima kasih sudi baca :)

48 comments:

  1. Amboi. jeles ni. Ala-ala nak pergi juga. tapi kita tak mcm dia. Huhuhu~ Semoga Allah memberkati sis. Sayang kak!

    ReplyDelete
  2. pjg..sanggup bace smp hbs!fuh.!

    ReplyDelete
  3. besnya Kak Yuyu dapat prgi Hong Kong .. free lg .. Bkn sng uOlls .. hehe ..
    mcm bes jd Blogger sbb dpat itu ini tp A BIT sush jgak kan !

    ReplyDelete
  4. mesti best kan kak yuyu,untung sgt..

    ReplyDelete
  5. untungla kak yuyu,mesti best kan??

    ReplyDelete
  6. aloo .. hilang x yuyu nikmat g hong kong sbb demam ?
    tp nmpak hepy je tu ... ok laa .. yuyu , yuyu tak g macam street ke ape2 je nama dia ke . kan hong kong terkenal dgn br murah2 .. ;p

    ReplyDelete
  7. woo .. bertuah yuyu .. jeles angattt .. sob .. sobb T_T

    ReplyDelete
  8. Model Fatima tu gojes btl la. Dy cantik.

    ReplyDelete
  9. wowwwww best gilo dapat pergi event camni.Untungnya cik yuyu ni haaa.. heheheh :D

    ReplyDelete
  10. seronok nye akak comel ni. dapat pergi melancong :)

    ReplyDelete
  11. bestnya kak yuyu dapat g hong kong free2 pulak tu,tuah badan ni :)

    ReplyDelete
  12. waahhh. bestnya !!! :D pergi HONG KONG tueee . wait for next entry . heee :)

    ReplyDelete
  13. waahhh..bestnye dapat g hong kong

    ReplyDelete
  14. wah bestnyer baca pngalaman yuyu! xsabar tggu part 2!

    ReplyDelete
  15. Dapat jugak Yuyu fly tengok negara orang.. Rezeki kan? =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  16. syoknya dpt join. such a golden chance and precious moment. tahniah yuyu.. =)

    ReplyDelete
  17. wah seronoknya terbang pergi hong kong.


    Entri Baru Update 3Saat Lalu : Duit Raya Besar

    ReplyDelete
  18. bestnya pergi melancong ke Hong Kong ! dah lama tak rasa jet leg . hahahaha btw, need your support for my first giveaway. I hope you can participate in this giveaway ^^hadiah sangat sangat menarik ! invite rakan blogger awak jugak yaa :D terima kasih http://suhailimustafamohdyusof.blogspot.com/2013/08/sms-first-giveaway.html

    ReplyDelete
  19. Bestnya awak dpat melancong.. aishh! Ini yg jeles nih!!

    ReplyDelete
  20. untung yuyu dpt pengalaman tgk negara org..xsemua org dpt peluang cmni:)

    ReplyDelete
  21. Seronok Kak Yuyu ye... sampai HK terus demam baik haha =p

    ReplyDelete
  22. syok gila dapat gi Hong Kong.....good experience....

    ReplyDelete
  23. Syoknyalah dapat beraya dekat Hong Kong!! Comelnya kak yuyu bergambar dengan model2 tu.. :)

    ReplyDelete
  24. Aloooorrr Yuyu paling kecik kats itu. Comel gila! Hehee

    ReplyDelete
  25. moga yuyu sukses selalu,, tunang mestila rindu,, aiyaaa

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah...bestnya dpt peluang ke hongkong.moga trip yuyu memberikan seribu kebaikan. =) take care dik.

    ReplyDelete

  27. Salam Jabat Erat Tangan Dari Kami .

    blog ini lg Blogwalking...
    Dan Kalo Ada Yang Mau Cari Alat Bantu Sex Atau Obat Kuat Dan Obat Perangsang Atau Pun Obat Pelangsing Badan Blog Kami Menyediakannya jika berkenan berkunjung ya.. makacih

    ReplyDelete
  28. amboi si ommey ni.. berjalannn aje kojenyeee... seronok tgk yuyu happy... may your life will be happy continuously! yeay! =)

    ReplyDelete
  29. seronoknya jadi yuyu..terbang merata

    ReplyDelete
  30. seronok bace yuyu update psl One Woman Can Beauty Contest Mary Kay ni!! sbb sy Beauty Consultant Mary Kay! kalau nak try products Mary Kay dgn 90 hari satisfaction guarantee,bole contact sy taw!(hanis-0193271725)

    ReplyDelete
  31. tu dia..pegi sikit balik banyak barang..hehe..pengalaman yang menakjubkan

    ReplyDelete
  32. bertuahnya badan. dapat melancong keluar. tengok dunia orang. sangat-sangat bertuah.

    ReplyDelete
  33. Yuyuuuuuu.......Kak Fiza here.....email la gegamba yg lain....ni email akak fizadtouch@yahoo.com...

    ReplyDelete
  34. Yuyuuuuuuuu...Kak Fiza ni...mana gegamba yg lain...?Email kt akak pelissssss...fizadtouch@yahoo.com

    ReplyDelete
  35. UNTUNG KAK YUYU..MURAH REZEKI SEJAK JADI BLOGGER FAMOUS :)

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)