HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Sunday, June 23, 2013

Untuk Kulit Lebih Sihat.

Assalamualaikum

okay, sambil sambil tengok Che' Ta tengah masak kat MasterChef Selebriti ni, teringin pulak yuyu share dengan korang pasal event Dove yuyu join minggu lepas. personal invitation dari pihak Dove sendiri. benda macam ni, memang rajin sikit yuyu join. sebab boleh personally kenal dengan product itu sendiri kan. 

event kali ni, Dove banyak kongsikan untuk penjagaan kulit kita. benda yang selalu kita buat, tapi benda yang selalu kita pandang remeh. okay la, kena jujur, selalu kalau bab kulit badan ni, buat bodo je, asal mandi, sental je dengan mana mana sabun, habis sangat kalau kering, tenyeh losyen.

ewhh. aktiviti tak sihat sangat selama ni. 

the pretty host, and beautiful place :')

and ever pretty yet gorgeous ladies. okay, pengsan. shawl pun tak iron. kemahenn nak gojes. -.-'

jadi, bila dapat perkongsian dari pakar pakar sendiri tentang penjagaan kulit, baru masing masing tersedar. kulit sangat penting, kau nak umur baru 30 tahun, kering kedut kedut sana sini? lepas tu kendur macam dagu opah sebelah rumah? -.-'

takut wehh. 


sebab tu penting cara mandian yang betul. kalau pilih sabun, sepatutnya, pilih sabun yang mempunyai formula pelembab. kalau tak, kulit dah tak lawa, nak rawat, memang susah la. macam ai ni. tapi takpe, lepas ni, sama sama kita mula memilih sabun yang mempunyai pelembab.

lagi lagi sabun yang ada SUSU. fungsi susu untuk melembabkan kulit tak payah nak berdebat dah. tapi kalau nak mandi susu setiap hari, mampu? 

dari situ, DOVE menemui penemuan baru, yakni mencipta mandian berunsur susu. penting untuk menjaga kesejahteraan kulit wanita sejagat. sebab memang motif DOVE selama dah 58 tahun dah untuk memberi sesuatu manfaat terhadap penjagaan kulit. kan.

dengan terhasilnya formula NutriumMoisture, InsyaALLAH, lipid dan protien kulit akan sentiasalah terjaga. jadi, takde la kulit kering kering kedut leher opah lagi lepas ni.

Dove, Nouring Body Wash dengan formula NutriumMoisture. perfect body wash for healthy and beautiful skin. trust me, it's amazing!

masa ni juga, ada ujian kelembapan sebelum dan selepas kita guna Air sahaja, cuci guna Susu, dan cuci guna Dove Body Wash. tahu tak, tahap kelembapan bila guna Dove lagi tinggi dari guna susu. apa hebat sangat la mendealah ni. kami semua taajub tahap gaban masa ni.

yaiy! lepas ni, kepada diri sendiri, ingat, kena guna body wash yang betul, cara cuci badan pun kena la betul. best pula event macam ni kan. kalau tak join, sampai mampos la yuyu sental sental dengan amat tragis sekali dengan sabun ntah pape. lepas tu, merungut kulit tak okay.

dah selesai sesi pasal kulit, kami semua ada sesi yang lagi menarik! aww. suka tau buat orang happy! nangis kang.

MEMASAK! kecintaan hati dahku! tapi team yuyu kena buat salad. takpe la. salad pun okay. kalau nampak carrot tu, tu la carrot yang Fatin parut, kalau nampak bawang dengan walnut, hamba la yang menggoreng lalu mencingcang lumat beliau. alaa. boleh kawen dah la cam ni! ^^



tapi tu la, lepas masak, tak sempat makan, sebab yuyu berebut ke event lagi satu. wuu T_T nangis dalam kete, lalu tutup muka dengan selendang tak iron itu. apakah ini dugaan dunia? overrated. 

secara personal, selepas yuyu guna dalam beberapa hari saja Dove Body Wash yang bersusu (original), hari ni, yuyu tengok banyak perubahan. bukan kipas kipas tau, ni jujur. memang tak perlu pakai losyen dah lepas mandi. lembab banyak jam juga la. korang patut try juga la, lagi lagi yang kulit kering. 

tapi ingat, pesan pakar dari Dove hari tu, waktu ideal nak mandi maksima 15 minit. ingat, jangan sental lama lama, nanti protein dan lipid semulajadi kulit akan rosak. 

terima kasih sudi baca :)

42 comments:

  1. Yuyu comeiii, tudung xiron msih kiut miut..hehee

    ReplyDelete
  2. 15 minit waktu maksima mandi? haha ok la tu. kurang sikit orng nynyi dalam bilik air.. hehe mne yg wangi yuyu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. tau punn. sabun biasa biasa dah. paling wangi hijau rasanya. tapi yuyu guna biru (original) ^^

      Delete
    2. ok nanti nak try. Hehe! Semangat!

      Delete
  3. wahhhh. meh nak sentuh sikit kulit si ahkak yuyu nih... hehehe...
    btw, makin berseri akak.. ehemmmmmm ;D

    ReplyDelete
  4. hee .. nak kena try nie ! yang mane satu ohsem kak yuyu? :)

    ReplyDelete
  5. Nak cuba juga la cenggini. Jelous la tengok yuyu je cantik. bhahahaha.

    ada page..? nak like banyak. PM saya kat sini. :)
    https://www.facebook.com/SideIncomeRm20Sahaja?ref=hl

    ReplyDelete
  6. wkt maksima 15 minit? emm..cek wkt mandi jap..hehe

    ReplyDelete
  7. Ilmu ni mmg kna share..ihikk...
    Mcm tw je event lg 1 tu... Sbb tgk baju n tdung x g**** yuyu..hee.. Tp stil ohsemmm tw.. Jeles mak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh....bkn baju..tudung je.. Eh eh... Over lak kite ni... Sorry ya..

      Delete
  8. hyeeeee...comell...terjah sini ^_^

    ReplyDelete
  9. baru nk ty... baju tu mcm event mekap2 tu je hihi

    btw! i love reading your entriessss... lawak! kah3

    ReplyDelete
  10. tekun kak yuyu memotong. tak iron tudung pun comel kiut miut lagi. hehe jelous~

    ReplyDelete
  11. doveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee doveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  12. biar kedut seribu..janji comel lol..hee

    ReplyDelete
  13. Kak yuyu nampak macam bagus produk Dove tu.. ade berape jenis sabun dove tu?

    ReplyDelete
  14. bestnya dapat gi event mcm ni.. hehehe.. :DD

    ReplyDelete
  15. Semalam nampak Yuyu kat kenduri sepupu kat Rumah Tamu Datin Halijah. Yang bergambar sekali dengan pengantin tu boifren Yuyu ke? hensemnyaaa =)

    ReplyDelete
  16. Salam..saya baru buat blog..sapa follow saya, saya follow dia balik ^_^

    ReplyDelete
  17. akak yuyu, saya nak tanya ja. penah dengar yang dove ni tak halal, means ada unsur2 tuuuut dalam tu. huhu. tapi tak sure jugak. apa komen kak yuyu pasal ni? kot2 boleh meyakinkan saya nak guna dove. teringin tu teringin jugak..cuma was was. T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee. sebenarnya, ini kenyataan dari pihak Dove, haa. :)

      Dove is memang halal, although we do not have the Halal cert because it is not made in Malaysia, but rest assure that all Dove products are plant based ingredients, do check out the official statement at - http://www.unilever.com.my/brands/personalcarebrands/dovestatement.aspx

      Delete
  18. would u mind to share cara mandi yang betul? selain mandi jangan lebih 15minit tu. thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee. InsyaALLAH, ada masa ke, ada lebih topik, yuyu akan share, okay? :)

      Delete
  19. would u mind to share cara mandi yang betul? selain mandi jangan lebih 15minit tu. thanks.

    ReplyDelete
  20. really good for skin? okay since sabun faedah nak habis, bila payday i will look for Dove body wash :)

    ReplyDelete
  21. Macam best je produk Dove ni, tapi azwa dah setia dengan Lux la plak :)

    ReplyDelete
  22. teringin nak cuba dove bila yuyu dok promote camni ... hoho

    ReplyDelete
  23. muja salu tergoda dengan dove, tapi tak pernah nk try,, haisyyy

    ReplyDelete
  24. yuyu~~ selambe je tak iron tudung..kikii..pasnie buat kelas cara2 mandi dan pjagaan kulit dgn betul ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kalut sangat akak. terus je amik tudung mana yang ada :p

      Delete
  25. MakLady tengok Yuyu ni makin manis laa... inikah rahsia nya? :P hmmm semestinya bertambah manis lagi utk si darah manis ..ye dok :)

    ReplyDelete
  26. halamakkkk..selalu mandi nk dekat sejam..ok perlu ubah lps ni..tq yuyu sudi share.. :)

    ReplyDelete
  27. yg paling best... makan tu.. hehehehe

    ReplyDelete
  28. Dove is memang halal, although we do not have the Halal cert because it is not made in Malaysia, but rest assure that all Dove products are plant based ingredients, do check out the official statement at - http://www.unilever.com.my/brands/personalcarebrands/dovestatement.aspx

    ReplyDelete
  29. cantik shawl yuyu .. kain ape tu ek ?

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)