HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Wednesday, March 27, 2013

Tapi Tua, Tapi Kiut.

Assalamualaikum

Beauty consciousness adalah sangat tidak boleh belah dari sisi perempuan. sikit sebanyak, kau adalah sangat aware dengan kecantikan kau. kan? malah jiran yuyu yang membuat self proclaim bahwasanya "elehh, aku tak penting cantik cantik ni, biar jadi diri sendiri dah"

namun, bila tunangnya datang rumah bawa ais krim goreng, tahu pulak dia touch up muka dengan bedak ruam bayi. mohon dapatlah putihkan sikit muka. hmm.

motifnya di sini, kita semua sangat pentingkan kecantikan. lagi lagi, kita ni yang perempuan. lagi lagi bab muka. sebab tu la yuyu buat entry ini untuk sama sama sedar bahawa, kita kena tahu satu benda baru untuk kecantikan kita, lebih lagi yang 20an. esok lusa 30an. lepas tu 50an.

yuyu dah jumpa sesuatu yang lagi bagussss dari yang yuyu guna sebelum ni, lagi bagus dari apa yang korang pakai sekarang, mungkinnn. :')

Februari : terpaksa guna foundation untuk samakan tone kulit & tutup garis kedut bawah mata.

dulu yuyu pakai pencerah, sekarang tak boleh dah. kulit ni dah demand lebih, makin dewasa, dengan event sana sini terdedah keburukan duniawi, tidur pukul 4 bangun 7, lepas tu study & buat kerja masa waktu diri kena rehat. no good yuyu!

sebab tu la kulit makin kusam, makin banyak kedut, pores terserlah dengan takabburnya. yuyu perasan semua tu. tskk T_T kenapa bukan selamanya muka macam umur 18tahun dulu? kenapa perlu ada nampak muda dan tua? kenapa tak nampak mudaaaaa selamanya?

kira orait la khonnn, tua tua pun boleh pakai shawl lace bagai. boleh selca. ihik ^^

dari situ, sedar, membanteras tanda tanda awal penuaan bukan bila kita dah tua, dari sekarang la! ya, sekarang masa 20an lagi. kalau tak, bila dah 30an, jangan harap la nak dapat keputusan bagus. tidak sama sekali!

semua kita perempuan, perlukan ini dengan pantas! Anti-Ageing Cream yang terbaik selamanya. tak pernah menyesal selama sebulan pakai. kalian juga harus cuba. haruslah kawal tanda penuan dan nampak cerah bermula dari sekarang :)

sebab tu sekarang yuyu guna Olay Total Effect Anti-Aging + Fairness Cream. dalam satu botol omey, buat kita nampak sentiasa muda, dalam masa yang sama bertungkus lumus cerahkan kulit. aloo. susah susah je tau. :')

bagus sangat la untuk pompuan macam yuyu. yang nak kesan terbaik tapi tak payah remeh remeh nak tepek muka. tak kuasa la.

lepas sebulan pakai cream ni, sekarang yuyu dah tak perlu pakai foundation untuk samakan tone kulit. sebab kulit dah lebih rata, dah sama tona. garis halus bawah mata memang tak boleh hilang, tapi tak nampak lebih kurang. 

tu pakai sebulan, kalau amalkan selalu? haaaa. boleh agak kann. kawan kawan pun dah perasan sekarang kulit yuyu nampak lebih sihat sekarang. tak nampak kusam lagi dah. bukan senang, tauu. kalau dulu, jumpa kawan je mesti ingat yuyu tak cukup tidur. tskk T_T 


Hujung Mac : alas dengan bedak tabur pun dah cukup

benda best, mesti la sama sama  cuba kan. cuba cari Olay Total Effect Anti-Ageing + Fairness Cream di rata rata supermarket. bertindak sekarang sebelum tanda penuan makin melampau. nanti 30tahun pun nampak macam 40tahun. hoi. peliss. sensetif tau salah umur ni.

p/s : masa kecik dulu, yuyu selalu tengok emak, emak sedara dan kakak kakak pakai. sekarang, yuyu pula pakai, dan yuyu yakin, mesti ia sangat daebak hingga mampu bawa generasi ke generasi.

terima kasih sudi baca :)

67 comments:

  1. wah!!! macm mana cara penggunaannya yuyu,, nak tahu jugak,, muja pun dah 21 sekarang,, harap sangat dah kulit time form 5 dulu,, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu. tak pe. nanti kalau muja nak pakai, cuma pakai macam biasa je, lepas cuci, pakai je macam krim biasa. jimatt. satu je :)

      Delete
  2. Ala yuyu, akak rasa awak ni memang jenis baby face je la.. tak pakai pun dah cute sgt tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. tapi realitinya.... tidakk sama sekaliii ^^

      Delete
  3. yuyu... kalau kulit jenis berminyak boleh ke guna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kulit berminyak boleh je. sebab kulit yuyu pun memang sikit berminyak ^^

      Delete
  4. wahh..kedot habih muka yuyu.tp stlh menggunakan olay,yaaa...itu diaaa da segak cantik berseri..baguih btl yuyu ni rajin mencuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. tu konon konon dah tua. terima kasih Aging Booth :P

      Delete
  5. Wah. Olay plop cik adik Yuyu. Hehe. Nice entry. Cik Yna suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. try la. mesti lepas ni teringin buat entry juga ^^

      Delete
  6. amboi dah kedut2 pun still selca.class kau yuyu! haha. anyway thanks for sharing yuyu :)

    ReplyDelete
  7. Maaf untuk yang pengkomen lain, yuyu nak publish komen tadi, tapi terdelete. tskk. maaf sangat. kalau nak tanya, komen je ye :)

    ReplyDelete
  8. mcm tertarik pulak dgn produk ni yuyu oii..wajib cuba jgk ni..ecah pon bukan rajin sangat nak tempik itu ini kat muka nih..nmpk produk ni simple je..7 in 1 plak tuh..hehe..kena try ni

    ReplyDelete
  9. Awak ni cantiklah yuyu... dan macam dah kurus sikit =)

    ReplyDelete
  10. ika rase muka yuyu bila dah tua nanti mesty maintain comel lagi.untung tunang akk =).nak try pakai olay tapi...dot dot dot

    ReplyDelete
  11. aku cakap... aku pon pengguna olay ni..aku pakai dr aku skolah form 3..smpailah skrg....comey tak kak tonnn?? comeyyyy T__T

    ReplyDelete
  12. brpa erk hrga nya??

    ReplyDelete
  13. wah kena cuba ni, biar umur agak tua tapi muka mesti mahu tetap kiut mcm yuyu. over laaa edit pic tu, dah nampak mcm nenek i pulak. huahuahua~

    ReplyDelete
  14. kak yuyu tk pakai pun nmpk cantik dahhh :D Akak, kalau boring jenguk2 lah blog kami, kitorg baru , heheh *malu* newsteptaken.blogspot.com kalau follow lg terharu, sobsss :')

    ReplyDelete
  15. Yuyu, boleh pakai siang dan malam ke?

    ReplyDelete
  16. Yuyu, boleh pakai siang dan malam ke?

    ReplyDelete
  17. yuyu yang sangat comel,,yuyu mmg comel~~

    ReplyDelete
  18. alolo kiyut nye...hehe..mane la dpt apps muke kedut tu.. nk try gak..hee

    ReplyDelete
  19. ermm betol la.cara ni senang serta mudah kn yuyu! tp....yuyu mmg cumel dah...cmne pon still nmpk cantik aje..

    ReplyDelete
  20. yuyu, nak tanya la.. kalau kulit berjerawat camne pulak??teringin nk kulit zmn dolu2.. sobs2

    ReplyDelete
  21. kak, skrg, aqis just guna pencuci muka je tau. hape je lg eh utk muka ni bila usia mkin meningkat nehhh?

    ReplyDelete
  22. yuyu..kalau muka kering & mengelupas boleh ke nk guna?

    ReplyDelete
  23. amboi nampak ketara perubahannya...comel je yuyu

    ReplyDelete
  24. hamboi...ganaihnye muka kedut2.hehe.dah balik dr jakarta ya? gimana sih disana? =) sis penah guna produk olay tp tak istiqomah.huhu.pasnie leh la try total efects.

    ReplyDelete
  25. blurpp..yurp.memang kulit ni makin sensetip.makin demand =.='

    ReplyDelete
  26. KEMAIN NEKKK MUKA TUA TU,STILL KIYUTTTTTTTTTT,AHAKS

    ReplyDelete
  27. dia ni sesuai utk all skin type ke kak yuyu? yang muka berminyak pon? pastu kalau nawwar yang umur 18 tahun ni takpe ke pakai?huhu. takut nak pakai macam2 tapi nak jugak jaga kulit. :)

    ReplyDelete
  28. sebenarnye ni iklan produk semata je kn? huhu

    ReplyDelete
  29. omei yuyu nanti tua,,mcm mak cik sebelah rumah sy je..hahax

    ReplyDelete
  30. owhh nice review yuyu :D boleh cuba nnt :) hikkss

    ReplyDelete
  31. licin dan bersih je muka kak yuyu.. jeles ena.. huuuuuuuuuuuu muka ena naik jerawat

    ReplyDelete
  32. okay foine, muka tua yuyu julaikha pada masa akan dtg. khonnn haha :P

    ReplyDelete
  33. sy mmg pengguna setia Olay...dr zaman belaja dl (start pakai semua ni time blaja di U) hgg skrg...Olay mmg terbaik..lepas pkai Olay, pakai bedak debu Safi..siap!

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  34. Alalala muka dh tua punn kout miuttt je yuyu yeee ^^

    ReplyDelete
  35. cantik sangat , alhamdulillah :D

    ReplyDelete
  36. always putting too much makeup like everyday also cam make our face become older. so avoid makeup. just be ourself. :)

    ReplyDelete
  37. kiut je yuyu . comel sokmo sbb baby face tua2 pun . hihi :)
    http://www.ciklynenur.com/2013/03/premium-beautiful-bisnes.html

    ReplyDelete
  38. Rasanya sblm ni U ada pakai satu set produk order dr Korea. Apa kisahnya selanjutnya? U pakai & promote semua benda ke?????

    ReplyDelete
  39. Rasanya sblm ni U ada pakai set produk dr Korea. Apa kesudahannya? Ni pakai yg lain pulak......emmmmmm.....iklan, eeekkkk!!!

    ReplyDelete
  40. awk tetap comel...walaupun tanpa benda nie...:)
    don't worry u still look cute n gorgeous forever...;)

    ReplyDelete
  41. how much kak yuyu?

    ReplyDelete
  42. hye yuyu! yuyu orng langkawi ya?samala kita,salam perkenalan! =)

    ReplyDelete
  43. Yuyu dear.. is this a sponsored post.. if yes please note somewhere that it is a "sponsored post" so that readers will not be mislead kay cayang.. example like done by kakak Proudduck.. whenever she has "sponsored post" she will note it. Thanks

    ReplyDelete
  44. ewah org tua pakai shawl lace lagi. Hehehe terbaik kak yuyu :)

    ReplyDelete
  45. ada kakak ni bagitahu kalau kita pakai foundation ni, sebenarnya memucatkan muka dan mendatangkan kedut. sekarang dah tak pakai apa2 foundation. cuma alas dengan bedak je. berkesan.muka nampak lebih ok compare masa pakai foundation dulu.hehe.

    apa pun kulit yuyu memang cantik

    ReplyDelete
  46. nak try tapi takut tak menjadi lah pulak. nanti sama je hitam je muka ni. hahah =D

    ReplyDelete
  47. Hi,
    I am Angeline Lee, co-owner of Party Hat team. I would like to invite you to join our Review & Reward Program. Please refer to this link:
    http://partyhatmy.blogspot.com/2013/03/review-reward-program.html

    If you are interested, please write to partyhat.my@gmail.com..You may write in Bahasa/English ..Thx hearing from you soon...

    xoxo Angeline Lee

    ReplyDelete
  48. bende ni byk chemical la syg...nmpk mcm suci je, tp bahaya penuh di dalam. heee...the best way utk hilangkan kekusaman ialah dgn cukupkan keperluan vitamin ;)) + berhati suci. (^_^)...emm lagi bagus kalau yuyu pakai product yg plant base spt organic/natural product ;)

    ReplyDelete
  49. er..yuyu?betul ke org ckp olay tu produk yg paling byk bhn kimia n sgt menghakis lapisan kulit?sbb tu kesannye lebih cpt banding produk lain.. *just asking

    ReplyDelete
    Replies
    1. err.. family yuyu okay je. yuyu pun pakai sekarang. hee. :)

      Delete
  50. lawak pulak tengok muka yuyu yang tua tu hehe....senang pakai aloe vera ja :)

    ReplyDelete
  51. Cream ni ikut juga kulit kita, ada yang menjadi ada yang tak. tapi setakat ni, banyak yang menjadi. :)

    ReplyDelete
  52. Yuyu, dah tua pun comel! Ni shawl lace yg akak hadiahkan tu kan? Nak tengok gambar yg sebelum tua ada tak?

    ReplyDelete
  53. Yuyu, dah tua pun comel! Ni shawl lace yg akak hadiahkan tu kan? Nak tengok gambar yg sebelum tua ada tak?

    ReplyDelete
  54. Perempuan dan kecantikan tidak dpt dipisahkan heh

    ReplyDelete
  55. Muka dah kedut2 pun Yuyu still nampak comel. Guna software ape tu ? hehe

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)