Assalamualaikum

konon konon, selepas Magrib, yuyu nak study untuk final exam esok. niat di hati kudus la kononnya. namun, apakan daya, selalu niat dengan perbuatan tak nak bersatupadu. lepas buat entry, baru study kot. hikhikhik. tergelak sopan sopan la pulak.

maka, entry kali ini, cuma nak tepek gambar besar gedabak hasil dari lepak di PWTC Jumaat lepas. a'ah jumaat lepas. hari ni dah Ahad, kira, dah basi dah la kan. tapi masih ohsem. okay lah tu -.-'

akibat nak menaip entry dengan rasa serba salah atas masih huru hara kepala otak tak baca habis lagi buku Fiqh Muamalah padahal esok exam pukul 2.30petang, jadi, tepek gambar lalu buat caption macam nak tak nak je taip, kira orait lah kan

di atas pentas serba megah yang paling kacak tu lah Che' Det. kalau tak sebab beliau, takdenye  yuyu kemain gigih drift ke PWTC walhal petang tu ada test Financial System. jangan buat gurau. kipas susah mati Che' Det ni!

bro, lu tengok wa pehal? oh. tengok Reshmonu ek? sorry sorry.

penat yuyu pakai kemain ohsem hari tu. Tun tak pandang pun. sampai hati. sampai hati. sampai hati Tun!
*sambil jengkek jengkek lalu lari nangis belakang langsir tingkap mak*

ni la Lyssa! akhirnya jumpa juga kitorang. comelkan beliau. rasa macam janggal pulak jumpa blogger hebakk. rasa macam nak delete belog ja. 

atas dasar tamak tak hengat, sofa tengah yang Tun duduk, yuyu saja kuasai. tolonglah. kalau boleh, nak saja angkut sofa tu bawa masuk KTM. dan mempersembahkan, Myra (hijau), Yasmin (biru), Lyssa (kelabu), dan JeLo Ohsem Zulaikha (hitam merah). bhahah. sila teruskan cocok cocok kerongkong.

gathering hari tu jumpa Bro Framestone macam kurus tak ketahuan hala, mati mati ingatkan telan Jus Dr.Rozmey sekotak sehari. kali ni jumpa pulak macam _____________ (sila isi ayat yang berpadanan ikut sukahati korang)

                    
ni benci amik gambar berdiri ni. terserlah lah kurang inci aku. cis.

Abang Ben Ashaari. seperti perumpamaan Melayu "kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tak nampak" -.-'

alaa. biasala tu perempuan. 

p/s : dah dah, nak rempit lagi tiga bab. pundi kencing pun dah tak stabil dekat dekat nak exam. 
p/s lagi : doakan yuyu dapat dekan ye! doa banyak banyak. tolong la.paksa ni!
p/s lagi lagi : untuk tutorial tudung yuyu tu, nanti la yuyu buat ye..

terima kasih sudi baca :)

Sabtu di Konsert Avril Lavinge | Entry Bergambar.

by Yuyu Zulaikha, 9:13:00 PM
Assalamualaikum

kehadapan saudara saudari sekalian,

surat ini adalah warkah yang dihasilkan atas desakan, ehh, atas berontakan ( sebab musabab dah brutal sangat cara hati saya mendesak. tak boleh tidur saya dibuatnya) hati saya setelah empat hari tak update belog. hmm. macam mana nak mula ya? perlukah saya memberi sebab musabab yang utuh untuk kelamaan saya. ha? kelamaan?

masalah yang timbul sekarang, untuk siapa saya buat surat kiriman tak berapa nak rasmi ni

baiklah, tujuan saya menulis warkah ini, hanyalah ini menonjolkan ke-eksaited-an saya tempoh hari di konsert Avril Lavinge! siyes saya eksaited. berpunca daripada eksaited melebihi isipadu inilah yang membuatkan saya hampir terkedu untuk meneruskan menulis warkah ini.

baiklah, saya mula ya bercerita.

hari tu, 18hb Februari 2012 saya telah diberi dua tiket percuma daripada TuneTalk. barang percuma selalunya saya tak pernah tolak. hikhik. tapi, sehari sebelum konsert tersebut, ABANG EYRIQAZZ telah membudimankan hati beli memberi 2 ekor ketol Media Pass kepada saya.

saya jerit macam ni "arghhhhh" setelah dapat tahu akan kegembiraan tersebut. ia umpama dapat betis percuma peha. i loike ♥   


maka, malam itu, saya telah memilih teman baik saya yakni Liyana untuk mentemani menemani saya. kot kot orang culik. bolehlah beliau tolong sekeh orang tu. dia kuat. tak macam saya. sobbsobb.

inilah Media Pass yang saya gempar gempur kan itu. dan tak lupa juga, pada konset itu, saya telah membawa seketul jerawat di hidung sebagai bahan takkala kebosan. ada juga benda yang nak dikutilkan. terima kasih jerawat. -.-'

dan dua keping gambar di bawah ini saya kepilkan demi menunjukkan kegembiraan saya. mana tidaknya, saya kan meminati lagu lagu Avril. buktinya, saya pernah didenda berdiri atas kerusi sekolah atas perangai huduh saya menulis lirik lagu SkaterBoy dalam buku Matematik. :'(

        
apa lagi yang mampu saya lakukan melainkan senyum telinga ke telinga? dan saya memilih untuk pakai se-simple mungkin sebab kawan saya cakap "helloo yuyu, you nak pergi konsert kot! bukan nak pergi jadah event" oh lupa. akhir sekali, dia ada sebut "duhhhh yuyu, konsert je kot"

sebab itu saya memilih untuk memakai se-simple gambar itu.

sejurus sampai di sana (Stadium Merdeka), saya telah terjumpa Kak Pen Merah dan Ziana Zain. ehh! bukan! Ziera Zain la. saya lupa pulak nak tanya Ziera Zain, beliau ni ada bau bau macang dengan Ziana Zain ke ha? mengikut firasat saya, mungkin tidak. sebab suara tak sama pun. nanti saya cuba tanya.

Kak Pen Merah ni, saya lupa pulak nak tanya nama benar beliau. tapi saya yakin, Pen Merah bukanlah nama beliau di surat beranak mahupun bukan di lesen memandu. beliau ni sporting. baik. beliau telah beri banyak tips kepada saya untuk menjadi blogger berjaya

ini lagi sekali dapat betis percuma peha. dah la dapat tengok Avril, dapat pulak tips tips berbelog. feuhh. tak sangka. 

saya, kawan saya, kak Pen Merah dan Ziera Zain ditempatkan bahagian Media. ada kerusi, lengang dari orang ramai dan  tak terhempet nasi hempet terkepet kepet. walaupun jauh, tapi selesa sangat sangat. siap ada makanan lagi tau. 

kembang lobang hedong saya dibuatnya.

inilah permandangan dari tempat Media yang kami duduk. dah mende alah kaler hijau itu adalah cara moden menggantikan pemetik api rokok yang mat mat romeo selalu nyalakan di konsert takkala Amy Search mendendangkan lagu Rozana. felling siot. eh. siot tu bukan mencarut kan?

tapi, selepas hampir setengah jam di tempat Media, tiba tiba... *jeng jeng jeng*

tiba-tiba, stuff TuneTalk telah memanggil saya untuk membawa saya ke tempat VIP. dimana, ia adalah bahagian paling hadapan dekat dengan pentas dan lengang daripada manusia. tahu tak apa perasaan saya? sekali lagi. dapat betis percuma peha. tiga peha dah saya dapat. hikhik. 


bila dah di hadapan, inilah permandangan pentas Avril membuat persembahan. saya dapat lihat jerawat Avril. saya dapat lihat Avril lupa cabut sehelai bulu ketiak. huhu. tipu.

tapi, disebabkan saya hanya menggunakan kamera biasa biasa Olympus, maka, kuality gambar telah membataskan saya untuk ambil gambar yang cantik semasa Avril bergelimpangan di sana sini di pentas. hmm. gegar jadinya. 

ini pulak abang abang bodyguard. mulanya, saya ingat, saya nak rempuh saja pagar itu, lalu menyanyi dengan Avril. saya tahu, Avril pasti menantikan saya, tapi memikirkan ukuran lilit dada abang abang bodyguard, saya terpaksa menyimpan hasrat tersebut. sobsobb.

akhirnya, konsert telah berakhir pada 11 malam. saya rasa berpuas hati sangat sangat. saya dapat tengok Avril dekat dekat. dan dapat dengar banyak lagu lagu yang sedap. sedap suara Avril yang real. macam suara saya. kalau beliau dendang Ghazal, pasti beliau menang peringkat Negeri. 

fuhh. setakat ini saja surat saya kali ini. dan sebelum terlupa, sedikit selingan semasa konsert tersebut.

ini gerombolan manusia beratur untuk masuk ke dalam stadium. banyak bukan? nasiblah saya dapat Media Pass. terus je ke destinasi tanpa bazirkan peluh. ohsem.

ini gambar saya di tempat VIP. tak ramai orang bukan. best. saya masih mampu eksaited senyum telinga ke telingan walaupun di akhir konset. 

dan ini gambar saya lagi. berpeleseran di tepi jalan sementara menunggu kawan saya yang sibuk cari kereta. haish. penat saya tunggu. selamat la ada belon ini. 

apa pun, saya berterima kasih sangat pada abang EYRIQAZZ atas susah payah anda mendapatkan Media Pass untuk kawan saya. haish. kalau takda abang EYRIQAZZ bermaksud, saya terpaksa menjadi Lone Ranger di konsert tersebut. sorang sorang. pilunya.

baik lah. sekali lagi, setakat ini saya warkah saya kali ni untuk saudara saudari sekalian. 
Pecah Kaca, Pecah Gelas
Sudah Baca, Harap Balas

Yang Benar,
Yuyu Zulaikha


***

p/s : selalu la guna TuneTalk, boleh pergi konsert free!

terima kasih sudi baca ^^

Sabtu Bersama RTM ♥

in , by Yuyu Zulaikha, 2:30:00 PM
Assalamualaikum

hik.hak.huk.hek.hok. yuyu tengah bunyi gelak macam macam jenis demi efek gedik yang nyata. sebenarnya malu nak buat entry berbaur lobang hedong besar susah nak kempis ni. tapi tak buat, rasa bersalah dengan sanubari. memang meronta ronta suruh buat. 

nak tepek gambar banyak banyak. nak taip seciput kuih siput saja. sebab yuyu malu. tak mampu taip lagi dah. :') betul tak tipu. a'ah. tipu sikit je. hik.hak.huk.hek.hok. *silalah lempang bagi yuyu normal balik*

Jumaat lepas, yuyu dapat jemputan dari RTM. Radio Televisyen Malaysia. hok kita selalu tengok TV1 & TV2 tu. kalau tayang siaran langsung bola, mesti la dari RTM, kalau nak tengok tok wan umum hari raya, mesti la tengok RTM. kan kan kan 

yuyu dapat jemputan untuk jadi panel rancangan Generasi -Y Musim Baru. respon pertama yuyu adalaha menolak jemputan. berikutan yuyu sedar, yuyu adalah dari spesis manusia yang pemalu. cukuplah sekadar buat tak malu kat belog.

namun, akhirnya akur. yuyu terima jemputan itu untuk topik diskusi "Teguran Membina Bukan Menjatuhkan". maka, Selasa lepas, yuyu pun ke Angkasapuri, dimana tempat mereka melakukan sesi rakaman. yuyu malu. hik.hak.hok.huk.hek. :')

tahu tak, yuyu tak dapat tidur semalam demi reality Tv Generasi -Y ni saja? yuyu dah rasa lutut yuyu makin rasa macam nak bersepai.

buat buat kushuk. padahal tengah menatap muka Hos itu. abang Muaz. beliau hensem. beliau pandai buat lawak sampai yuyu gelak hampir bunyi gelak kuda. 

ada band. ada yuyu. ada penonton. 

sebelum aktiviti bermula, yuyu takut sangat sangat sangat sangat sangat sangat kuasa namratustujuhplohlapan. yuyu gundah gelisah. takut takut nanti tak dapat menjayakan ia dengan lancarnya. jenuh talipon producer enam kali seminit. 

Abang Raja (Motivator), Dya (Blogger), JeLo Zulaikha dan Abang Muaz (Hos). 1jam perbincangan tak cukup. yuyu nak 1hari. 

Kakak RTM tu baik. dia bawa yuyu ke bilik make up. bawa yuyu makan. jemput yuyu kat surau. baik tau. tu Abang Producer Sham. dia pun baik. yuyu ingat beliau adalah Rosyam Nor. baru ingat nak mintak number talipon.


omey nyee Dya! ♥

diskriminasi ketinggian. sobbsobb 

kami sedang membajet Korean-look. jenuh dah buat mata sepet. akhirnya berjaya. jyeah! -.-'

inilah pengalaman baru yuyu. walaupun hanya 1jam tapi macam macam yang yuyu dapat dari sini. yuyu kenal banyak orang orang ohsem. yuyu dapat. yuyu dapat ilmu! 

dan Alhamdulillah. bermula 3.30 petang, selesai 4.20 petang. semuanya berjalan dengan lancar. takda kecederaan jiwa tiada kemalangan hati. siyes. rasa seronok sangat. macam nak buat karangan Bahasa Melayu tentang keseronokan pengalaman tu lalu hantar pada cikgu Normah. cikgu Bahasa yuyu dahulu. pasti beliau teruja.

walaupun mulanya, yuyu takut sangat sangat, siap turun habis mood yuyu sampai saja di studio, bila jumpa krew dorang, dorang sangat sangat sporting. buat yuyu gelak. Abang Raja & Abang Muaz tak habis habis buat lawak. Dya pulak menenangkan yuyu. syukur. 

jadi, Besok, SABTU, TV1, Generasi-Y, 2 hingga 3 petang, yuyu naktengok tivi sambil tutup muka dengan kusyen kereta abah. lepas tu gelak hik.hak.huk.hek.hok sorang sorang. korang tengok juga tau tau tau. 

p/s : lepas dengan RTM, dapat lagi satu rancangan. InsyaALLAH kalau takde aral sesaje melintang, yuyu jadi panel lagi.

p/s lagi : gambar selebihnya akan yuyu upload di PAGE yuyu.

terima kasih sudi baca ^^

Sabtu Lepas | Entry Bergambar.

by Yuyu Zulaikha, 3:47:00 PM
Assalamualaikum


   

Korang tak rasa sesuatu dengan belog yuyu ke? tak rasa ke lewat ini, yuyu seringkali  menge-post entry berbaur banyak kemain gambar. a'ah. yuyu baru perasan. dan ini membawa maksud, lewat ini, yuyu kerap sungguh berpeleseran. a'ah. tu pun yuyu baru yuyu perasan. 

kalau sebelum ni, kemain yuyu bersusah payah mengaplikasikan sistem kitar semula gambar yang ada. sampai dah muntah cekedis orang tengok gambar yang sama. a'ah. tu yuyu tahu. yuyu sedar.

maka, entry kali ni sekali lagi entry berbaur gambar kemain banyak. rentetetan kecintaan hati bila dapat Baucher Buku 1Malaysia. esaimen banyak bukan penghalang ajak classmate menyemak kat Pesta Buku di PWTC, Sabtu lepas.

a'ah. berapa ratus langsung aku nak "a'ah" kat entry ni. -.-'

disebabkan membaca buku adalah nilai murni yang sebati dengan jiwa yuyu, maka, yuyu selalu idamkan beli buku banyak banyak tanpa keluar sesen pun. jadi bila dapat Baucher Buku 1Malaysia, rasa umpama menunggu pungguk jatuh ke riba, tetiba, hambik yuyu, pungguk jatuh juga ke riba yuyu.

walaupun diri sendiri tak tahu natang ape pungguk itu sebenarnya. adalah pungguk itu meteor atau mungkinkah pungguk tu burung? -.-' adakah entry ni nak cerita pasal pungguk? bukan ke nak cerita pasal Pesta Buku kat PWTC tu?

kali ni, yuyu bersuka ria dengan Baju Kurung. baju kebanggaan Malaysia. siyes, dah makin tua, makin rasa semuanya nak simple. Baju Kurung adalah pilihan yuyu. dengan tudung Syria, bukan penghalang untuk yuyu meneruskan misi ke PWTC.

dari kiri, JeLo Zulaikha Ohsem, Roi, Epah dan Wajik. :')

kitorang menuju ke PWTC guna KTM. bukan sebab rasa ohsem bila kena himpit himpit bercampur maki bila terpaksa bau ketiak Bangla dalam KTM, tapi, masing masing masih bergelar pelajar. kereta sorang mampu la beli. nasiblah sampai juga. 

usia 23tahun, bukan penghalang untuk yuyu meneruskan hidup dengan riang-ria nya. hehehe. padahal yuyu lah paling tua antara dorang semua. 
tanpa pedulik manusia lalu lalang. kitorang meneruskan niat nak tangkap gambar depan cermin kedai perabot. 

yuyu tak kecik pun! T_T sosbbosbb. sampai hati. salah dorang. sape suruh dorang tinggi sangat. hmm. 

sampai saja di sana, cari dulu tempat nak melahap. KFC menjadi pilihan sebulat suara sebab masing masing nak makan ayam sedap. perut yuyu bantai saja. asalkan boleh telan. sarapan tetap sarapan. taknak nanti ada tragedi sorang sorang kepala lutut nak lucut. tak mo.

ayu kan yuyu. tolong lah puji sekali. please! *-*

hmm. jangan kutuk gigi yuyu. T_T nak pakai braces, tapi dapat tentangan hebakk oleh ramai orang

cantik kan dorang. semua ni pandai pandai tahu. tak pernah tak dekan. ada yang pointer 3.90 je setiap semester. jeles. -.-' yuyu bajet, dorang yang pandai pandai ni, kalau nak makan kepsi pun, pulun baca buku, buat nota. tak pun. 

sampai saja di Pesta Buku, PWTC, ramai sangat manusia bergelumang di sana. dah semak kepala otak tengok jumlah manusia di sana. pagi pagi pun manusia kemain belungguk di sana. tapi, booth buku tak ramai sangat. 1 floor saja yang ada booth. 

sampai di sana, yuyu dan tepu otak. tak tahu nak beli buku apa. walaupun seminggu yang lepas, sampai tak dapat tidur, akibat eksaited nak ke Pesta Buku.

selepas lapanratustujuhpuluhtigapointenamsatu kali yuyu fikir,  Ensiklopedia Solat menjadi pilihan yuyu. boleh improve solat sikit lepas ni. sebab kunci kejayaan dunia dan akhirat seorang hamba ALLAH adalah menjaga solat. InsyaALLAH. lagipun buku tu mahal. berbaloi la guna Baucher free.

sebelum terus balik ke kampus, sempat kami ke The Garden, sebab musabab dorang nak cari novel di The Borders. dorang je la beli. yuyu dah lali dengan novel. ada 3 novel lagi, beli tapi tak baca. 

sempat makan Tteokbokki di foodcourt The Garden. konon konon nak tukar selera anak tekak. 

   
Tteokbokki & Sup Madu. mengikut firasat deria hidung yuyu, mungkin tu sup madu. akhirnya kitorang akur, tekak kitorang lebih rela makan cekodok. memang tak boleh bajet Korean lepas ni. cis. 

dan inilah buku buku antara yang berjaya dibeli menggunakan Baucher Buku 1Malaysia. maaf. sebab novel Sophie Kinsella, tak ada langsung membantu naikkan CGPA kitorang. ni la ciri ciri pelajar yang menyalahguna  kesenangan yang diberi oleh kerajaan.

yuyu pula hanya memilih Eksiklopedia SOLAT, dan Chicken Soup for Woman's Soul sebagai penghabis Baucher Buku tersebut. ada RM50 lagi. hmm. nak beli apa lagi ye. 

p/s : korang baca ke apa yang yuyu taip, ke tengok gambar je? -.-'

terima kasih sudi baca :)

Suatu Ketika Dahulu.

by Yuyu Zulaikha, 9:44:00 PM
Assalamualaikum

suatu ketika dahulu. set kat kepala hotak cepat, semuanya kaler cekelat macam gambar ini.

yuyu ingat lagi, masa tu awal tahun 2008. tuan tuan dan puan puan sekalian, jangan segan silu berpatah balik ke empat tahun yang lampau dahulu. ala. zaman di mana lemak lemak tepu kat perut masih lagi tidak melebihi isipadu macam sekarang. 

a'ah. 2008. masa tu tengah ngorat ngorat anak dara jiran. sekarang dah jadi bini. 

namun, apakah motif yuyu sekarang? apakah kaitan yuyu dan anak dara jiran dan juga lemak tepu tu tadi? hmm. ni malas buat pendahuluan ni. inilah puncanya pendahuluan tidak bekerjasama dengan isi penting. mungkin ini masalah idea overexcited nak berbakti selepas enam hari tak buat entry. ye. faham tu.

berbalik kepada tujuan sebenar.

ingat lagi, awal tahun 2008, kalau rasa sedih cekedis tumpah kat kelas, nak cerita kat Sang emak macam malas, anak anak sang emak dua ketol lagi nak letak mana? nak cerita kat rakan taulan, takut dorang tak layan. boleh terjun kerusi tau. frust pabila isihati diabaikan. sobsobb.

nak cerita kegumbiraan sanubari kat Pak Leman jiran sebelah rumah pabila abang KFC hok paling ensem abad ini kenyit mata, rasa segan silu pulak. nanti cerita sikit, menggelabah pulak yang lebih. demm tak cool la macam tu.

maka, belog lah medium paling cool untuk mensemburkan segala isihati. masa tu la. siap dekat sidebar, ada widget Hamster terkedek kedek berlari, ada widget ikan bergelimpangan di tasik tipu tipu, ada widget jam hello kitty comel kemain. amannya tengok belog sendiri.

tapi sekarang? 
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________(tidak melebihi 100patah perkataan)

boleh la isi sesukahatiginjalgigigerahamlimpaususbesar korang. mestilah warganegara juga melebihi 18tahun ke atas. untuk 18 tahun ke bawah, sila dapatkan pengesahan daripada ibubapa atau penjaga.

kalau salah taip sikit kena hentam. kan kan kan? hanya manusia yang diciptakan dengan perasaan kalis makihamun saja yang dapat meneruskan menaip entry entry emo tak ketahuan hala. ciri ciri seperti ini adalah spesis manusia yang berfikiran positif.

kadang kadang yuyu sendiri tak faham, kenapa perlunya nak maki maki sesama blogger. siap sanggup meng-anon-kan diri demi bajet ohsem maki maki sambil makan kopok lekor, walhal manusia lain tak tahu, anon manakah yang berani itu.

di sini, ingin saya menyeru kepada sesama kita *sambil dengar lagu dangdut Inul tersesat dalam laptop. mesti emak bluetooth ni*, jagalah hati sesama kita, kalau nak orang jaga hati kita sendiri. tak perlulah nak menjatuhkan orang, kalau rasa diri sendiri nak maju kehadapan.

eceh. macam pesyarah pulak.

walaupun dah banyak kali ada syarahan sekolah menengah buat pasal "berbuat baik kepada masyarakat justera kau akan bahgia" dan berbuih mulut motivator cakap "ciri ciri orang cemerlang adalah orang yang tidak menjatuhkan orang lain",  tapi, tetap, benda yang sebaliknya kita nak, akan jadi.

haish. malas layan.

walhal, dah bertisu dah lap air mata dah ni. mencik betul. dah la. nak siapkan esaimen Real Estate Finance pulak. sobbsobb.  

a'ah, entry ni entry kiasan. 

terima kasih sudi baca ^^

Patut Beralih Arah.

by Yuyu Zulaikha, 9:43:00 PM
Assalamualaikum




tahu tak yuyu menggemari Avril Lavingne umpama menggemari makan cekelat DAIM sambil tengok Running Man? tau tak yuyu ni membesar dengan lagu lagu Avril? tahu tak emak yuyu pernah baling botol susu kat yuyu takkala yuyu giat menjerit lagu Complicated Avril dalam shower.

tahu tak semua tu? tahu takkkkkk?

yuyu minat Avril. sebab orang cakap, yuyu ohsem macam beliau. bhahaha. tersembur jambu dalam mulut. *diri sendiri pun tak dapat terima pendustaan ini*

baru baru ni, yuyu dapat khabar angin sepoi sepoi tak reti bahasa bahawa Avril nak buat konsert di Malaysia. SABTU ini. ya Sabtu ini di Stadium Merdeka. tindakan yuyu sejurus kawan bagitau khabar itu adalah yuyu terus meng-histeria-kan diri. jerit jerit jerit. dengan harapan manusia sekeliling tahu yuyu sedang kagum.

tapi, harga tiket telah menjadi penghalang detik detik pertemuan kami berdua. yuyu bersedia untuk redha. hmm. kawan yuyu je la yang pergi. yuyu? yuyu hanya pergi membawa diri yang gundah gulana. walau kagum bagai nak rak macam mana pun, kalau datang bab duit, yuyu lebih sanggup cium duit dari cium Avril.

tapi kawan yuyu cakap, beliau tak keluarkan segerombolan duit untuk beli tiket konsert Avril tu tapi hanya bayar sedikit atas hasil usaha beliau setia dengan TUNETALK. ye ke? TuneTalk bukan company yang organise mende mende konset ke?

yuyu buat sedikit researh. ohh. beliau (TuneTalk)  merupakan syarikat Telco rupanya. sejibik macam Meksis juga Selkom dan Diji. ohoo.

yuyu gelebet habis Website Telco di Malaysia. ingat nak gelebet website Telco Somalia, tapi yuyu tahu, yuyu waras, ia tiada kaitan sama sekali dalam hidup yuyu. uhuk.


siyes yuyu mencintai ini. ia murah! tak pernah curang. tak pernah rasa ada yang semurah ini.


tapi tuntas. terasa bagai Cipan mengada ngada nak dok dalam tempurung.



TuneTalk ni super murah! lagi murah dari yang lain la korang. ke mana mana telco pun dengan harga yang murah. Per Minit! bukan Per setengan minit macam selalu kita guna! paham!!! *siap hentak kaki kat meja*


patut lah student sekarang mula beralih ke TuneTalk. patut la student ramai pergi konset setiap bulan. walhal tiket mahal. guna TuneTalk, collect point, dalam redeem tiket murah! guna TuneTalk, dapat 20% tiket konset! guna TuneTalk,yuyu kat Kolompo dapat jenguk emak tumis sambal kat Langkawi naik flight murah!

*mengikut terma dan syarat. bhahaha. dah macam agen Tunetalk pulak. padahal nak cakap tengah frus tak tengok konset Avril!

rugi tak guna beliau sebelum ni T__T mencik. ye. bermula dari sekarang, yuyu akan beralih nak guna TuneTalk!  nak pergi konset artis best best setiap bulan guna redeem point TuneTalk! bulan depan kononnya Avenge Sevenfold!

yang penting, nak guna TuneTalk sebab nak jimat duit nak minang pakwe hensem. hewhewhew. pakai  number Telco lain asyik cekik kredit je. #$%^&* betul.

dah dah. nak charge battery kamera. nak mintak kawan tangkap gambar Avril banyak banyak. nanti boleh tengok sambil nangis hentak kaki. sobbsob.



terima kasih sudi baca ^^

Ini la jawapan sebenarnya.

by Yuyu Zulaikha, 9:42:00 PM
Assalamualaikum

terima kasih Yana Sensei untuk header yang omey ni. :')

okay okay. dah mual dah kan halkum asyik tengok entry yuyu yang bergelumang dengan kemain banyak gambar(s). kan? tak tak. demi tak nak kalian semua *ececehhh* fobia juga trauma dengan entry yuyu yang asyik tepek gambar besar gedabak, maka, entry kali ni banyak yuyu menaip.

merapu. lebih tepat. nomnomnom. *sambung kunyah chewing gum dengan ohsemnya*

sebenarnya, entry ni dikarang atas dasar nak memberontak diri sendiri. konon konon, belog adalah medium meleraikan kekusutan jiwa yang makin membengkak sanubari. dahku tidak dapat menahan lagi kecelaruan ini. cis. ni malas baca novel melayu ni. berjangkit nak taip jiwang jiwang. -.-'

kalau dulu, idea umpama mencurah ke ladang gandum. kalau dulu, bangun tidur, terus tengok belog. tak sempat lap air liur. kalau dulu, masa dan waktu ni umpama beli seminit percuma sejam. rasa nak sedekah  jariah je 'masa' kat orang ramai. kalau dulu, yuyu adalah makhluk paling rajin patut dipuji. demm. terkembang hidung sendiri pulak. tapi rajin taip entry la.

tapi sekarang? tahi betul. 

nak buat satu entry haruslah mendapat kerjasama daripada Idea dan Masa. masalahnya, sape yang nak nak taip entry sekarang ni? Yuyu Zulaikha ke, Idea dan Masa? -.-'

bila ada 'masa' kemain melimpah ruah hingga lemas lemas keboringan, masa tu la kepala otak macam nak kianat dengan tuan badan. idea mula terjengkek lari sembunyi selow selow. tengok tu perangai dorang. sampaikan nak taip pasal diri sendiri pun takde idea.

namun, dikala idea berpeleseran di kepala otak membuak buak hampir tersembur tanpa arahan dari tuan badan yakni yuyu sendiri, masa tu pulak 'masa' mencemburui diri dahku. masa tu jugak la rasa dihimpit kepenatan dan kerja yang banyak. pehal tengah ada idea,masa tu la takde masa. 

rentetan kejadian 'masa' dan 'idea' susah nak bekerjasama sekarang ni, itulah yang menjadi akibat kadang kadang belog yuyu terkepam dengan entry lama sampai hampir seminggu. dan itu juga penyebab kenapa ramai sekarang asyik post kat PAGE juga da yang email (yuyuximici@yahoo.com)

'yuyu, bila nak update belog?'

'yuyu rindu nak baca entry'

'kehadapan Yuyu Zulaikha paling sopan di muka bumi, adakah dikau kekangan masa atau juga dikau dihimpit masalah idea?' a'ah, ni yuyu reka sendiri. -..-'


contoh terdekat lagi jelas. pulun laju laju taip entry ni, demi santapan anak mata korang. *tipu*, padahal esaimen Investment belambak, surah al-Nisa tak hafal lagi, esaimen itu ini jeling pun belom. padahal idea ni bergelimpangan umpama empangan mintak tangan. eh pantun takde kerat. :')

dah dah. nak baca buku. doakan  yuyu dapat kawen awal. ehh silap. adakah ni petanda jodoh dah hampir? doa bagi dapat dekan lagi semester ni. aminn.

akhir sekali, nah sebagai peringatan diri sendiri dan perkongsian buat semua. cececeee

p/s : mesti korang pun selalu jadi macam yuyu kan?

terima kasih sudi baca ^^

Kekasih Hati ♥

by Yuyu Zulaikha, 3:03:00 PM
Assalamualaikum


I wonder

"If Prophet Muhammad (SAW) visited you, just for a day or two
If he came unexpectedly, I wonder what you would do?
Oh I know you would give your nicest room, to such an honored guest
And you would surely serve him, your very very best.

You would be your finest, cause you're glad to have him there
That serving him in you're home, would be a joy beyond compare.
But when you see him coming, would you meet him at the door
With your arms outstretched in welcome, for your respected visitor?

Or would you run to change your clothes, before you let him in
And hide some magazines to put the Quran, where they had been?
Would you still watch those movies, on your TV set
Or would you switch it off, before he gets upset.

Would you turn off the radio, and hope that he had not heard
And wish that you did not sing, that song word by word?
Would you hide your worldly things, and take the Hadith books out
Could you let him walk right in, or would you rush about?

And I wonder...if the Prophet (SAW) spent, a day or two with you
Would you go on doing the things, that you always do?
Would you go right on and say the things, that you always say?
Would life for you continue, as it does from day to day?

Would your family conversations, keep up their usual pace
And would you find it hard at each meal, to say a table grace?
Would you keep up each and every prayer,without putting on a frown
And would you jump up early, to say your Fajr at dawn?

Would you sing the songs you always sing, and read the books you read
And let him know the things on which, your mind and spirit feed?
Would you take the Prophet (SAW) with you, everywhere you plan to go
Or would you maybe change your plans, just for a day or so?

Would you be glad to have him meet, your very closest friends
Or, would you hope they stay away, until his visit ends?
Would you be glad to have him stay, forever on and on
Or would you sigh with great relief, when at last he has gone.

It might be interesting to know,
the things that you would really do
If Prophet Muhammad (SAW) came, 
To spend some time with you. "

(UNKNOWN) 


* * * 

Salam Maulidur Rasul buat semua Umat Islam di seluruh dunia.

Sama-sama kita banyakkan berselawat ke atas Baginda Rasullah s.w.t. Kekasih ALLAH yang telah membentuk kita semua menjadi 'manusia'. Kekasih ALLAH yang memberi cahaya kepada kehidupan kita semua.Sama-sama juga kita memperbanyakkan Sunnah Baginda. 

Semoga rasa cinta kita pada Rasullah semakin hari semakin menebal dan sedikit sebanyak kita dapat meneruskan perjuangan Baginda baik dari segi dakwah secara menulis, kata-kata juga dari perbuatan kita. InsyaALLAH.

terima kasih sudi baca :)

Ini Baru Happy | Entry Bergambars

by Yuyu Zulaikha, 12:36:00 PM
Assalamualaikum


copppppp! coppp! nak paksa LIKE wall ni boleh tak? please. please please. kalau tak mintak tolong korang, nak mintak tolong sape lagi? opah yuyu takde fesbuk. emak sibuk basuh baju. adik banyak kerja sekolah. adik laki sibuk main game. jiran yuyu outstation kat Beijing dua minggu.

takde sape sape. T_T sobbsobb. korang je. LIKE tau. terima kasih ♥ dah dah, memang tahu, bab nak promote diri sendiri memang fail.

baiklah. berbalik kepada tujuan asal pulun tolak buat esaimen demi taip entry ni.

ni la punca pelajar pada saat ini senyum telinga ke telinga. sebab ni la.

kalau orang tanya yuyu, "kenapa dah lama tak update belog?" "asal dah tak aktif berbelog?" jawapan yuyu yang penuh keyakinan dalm diri adalah

"baca buku, baru beli banyak banyak guna Baucher Buku 1Malaysia. ingat senang ke nak dapat"

rasa macam dah takde jawapan lain yang seyakin jawapan tu. -.-'

ya. yuyu akur. hari pertama dapat Baucher Buku, Yuyu Zulaikha adalah antara manusia yang tengah malam nak tidur pun, kepala otak asyik fikir hala tuju hujung minggu. Border ke, MPH ke, Pesta Buku ke. sampai terbawa kepada mimpi.

mimpi hujan buku melimpah limpah jatuh ke bumi. bangun bangun tidor, ingatkan pelop segerombolan buku jatuh ke bumi tadi, dah berbunga dah hati. rupanya pelop bantal je. cis. mencik T_T.

sejak zaman jahiliah lagi, satu satunya sifat murni yuyu adalah Membaca Buku. (kembang hedong aku).  korang patut contohi sifat ni. sebab, nanti bila ada orang kata "aku stress la dengan kerja aku, banyak. macam nak blah je cari keje lain"


dengan bangganya korang boleh jawab.


"ni la masalahnya kalau, ko tak plan masa dengan baik. gunakan 1jam untuk plan  semua kerja ko, dah ko akan save 3 jam setiap hari, keje ko tak kan tertangguh dan ko  takkan serabut macam ni"

"mana ko tau?"
"aku baca dalam buku 100 Ways to Motivate Yourself" 
*sambil popping collar, dan berlalu dengan megahnya*


kan.kan.kan.

maka, hujung minggu lepas, yuyu gagahkan diri berpusu pusu naik KTM ke MidValley. beratur kemain panjang bukan pengahalang untuk beli buku guna Baucher percuma. sanggup redah pijak pijak kaki mamat kat MidValley. sape suruh potong barisan kat kaunter. -.-'


sebahagian buku yang berjaya dibeli. selebihnya dah ada orang pinjam. tak sempat nak balut lawa lawa. -.-'


maka, lepas dah berjaya habiskan bebrapa buah buku, tiba tiba, ada perasaan bersalah kat belog sebab musabab, tinggal lima hari tanpa berita. hmm. ni la peribasa cakap tanam tebu di pinggir bibir. cakap nak jadi blogger tegar. 


dah tua dah. nak bajet comel pun rasa serba salah -_-'

               
halwa mata korang. ececehh :')

P/s : ini bukan buku Porno. ini novel mengisarkan kehidupan satu keluarga yang kehilangan ibu. yuyu baca sampai dah kemarau air mata yuyu ni.

peneman di kala dihimpit oleh kesesakan KTM, peneman takkala bersedia beratur panjang kat kaunter. :')

ada dua baucher yang yuyu tak guna lagi. saja simpan ketat keta dalam purse. nak guna dua baucher lagi Sabtu ni kat PWTC. Pesta Buku. 

ada kawan yuyu yang tak suka baca buku,siap bagi kat kawan kawan. free free macam melepaskan plastik aiskrim di jalan raya. mudah. padahal yuyu ni, kalau boleh nak kepit kat ketiak. takut orang amik dengan niat. wuu T_T ingat senang ke kerajaan nak jadi pemurah macam ni.

emak dah pesan dah kat yuyu awal awal. "tak payah beli buku galak galak (novel), tak payah beli buku make up! beli buku sekolah (buku rujukan) dah la! kesian kat Kerajaan keluar duit.". hikhik. comel kan emak yuyu bebel. tapi yuyu bebal. beli juga. 

dah dah. korang dah baca entry ni, dah tengok gambar yuyu yang ohsem(sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri), sekarang, LIKE  tau Video ni. please.

p/s : fuhh. lega. dah update.

terima kasih sudi baca :)
© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS