HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Thursday, September 20, 2012

Entry Untuk Allahyarham Abah. Al-Fatihah.

Assalamualaikum

kalau kira hari ni, genap lah 13tahun 1hari abah yuyu dah meninggal. abah meninggal masa 19/9/1999 tepat 9malam. kalau tolak dengan umur yuyu, yuyu pernah rasa kasih sayang abah cuma 10 tahun. abah meninggal masa yuyu darjah empat. kecik lagi bagi yuyu.


     
memperkenalkan. ini abah yuyu. muka yuyu mirip muka abah. perangai pun perangai abah.


13tahun abah pergi, tapi, yuyu rasa macam semalam saja yuyu lambai lambai tangan kali terakhir kat abah di airport Langkawi ke Singapore. abah kerja di sana walaupun abah ada sendiri kilang perabot kayu jati sendiri di Johor. abah kuat kerja. sangat kuat. 

yuyu ingat lagi, selepas abah meninggal, yuyu susah sangat untuk tidur selama dua tahun. bila tidur, yuyu akan buka tingkap, bila datang angin, yuyu harap, bila yuyu buka mata, yuyu akan nampak abah jenguk yuyu tidur. tapi tak. tak pernah yuyu nampak abah jenguk. dua tahun yuyu susah tidur. dua tahun, atok terpaksa tidur dengan yuyu. bila malam yuyu nangis sebab rindu abah, atok akan marah. tapi atok tak faham, yang yuyu tunggu abah. takpe.

abah kuat kerja, dari muda lagi abah masuk suratkhabar, abah diiktiraf sebagai usahawan muda pada umur belasan tahun. umur 19 lagi abah dah ada kilang perabut kayu jati sendiri. abah selalu manjakan yuyu dengan duit, apa yang yuyu nak, tak pernah tak dapat. yuyu ingat lagi, kalau abah kerja jauh, abah bagi RM100 untuk yuyu dan macam macam barang kesukaan yuyu. kalau pegang RM100 dulu dulu dah cukup buat riak dan takabbur dah tau. rasa banyak la budak kecik pegang RM100. kann. -.-'

tapi bila abah dah tak ada, semua macam jadi satu kejutan. apa yang yuyu nak, yuyu kena usahakan sendiri. nak minta lebih dari emak, yuyu ada dua adik lagi. sebab yuyu spesis malu minta duit selain dari abah. 

maka, selama 13tahun juga, yuyu banyak tak rasa fungsi seorang abah macam orang lain selalu rasa. fungsi abah sangat penting dalam mendidik anak anak menjadi kuat, setakat kuat di luar yuyu tak heran, tapi kuat di dalam. hati tu. itu penting. abah tak sempat membesarkan yuyu untuk jadi kuat di hati. semuanya yuyu terpaksa belajar dari kehidupan orang lain.

satu hari tu, yuyu ingat lagi, tok wan hantar yuyu ke sekolah. sebelum masuk sekolah, yuyu nampak abah kawan yuyu peluk kawan yuyu dan cium dahi, ya ALLAH, yuyu nak itu. betul. yuyu nak macam tu setiap hari dari abah. terus yuyu lari masuk tandas dan nangis lama lama sampai la ada pengumuman untuk semua pelajar beratur depan kelas.

Ya ALLAH, yuyu rindu abah dari last abah peluk dan cium yuyu di airport, sampai la sekarang.

yuyu pernah baca diari abah untuk emak. hoi. jiwang tau  . teresak esak yuyu baca sorang sorang dalam bilik. sebelum yuyu lahir lagi, macam macam nama abah rancang untuk yuyu. sedap semuanya. kepala otak abah ni kretif la kata kan. ada satu lagi yuyu baca diari abah. mengada tau abah yuyu ni :

"rindunya kat ayu, cepat la masak, dah setengah jam dah abang tunggu ayu (emak yuyu) masak di dapur"

abah, tak boleh ke abah terus ke dapur jumpa emak daripada abah bebel kat diari tu. abah ni. -.-'

kalau dengan emak abah sweet, dengan anaknya pun abah sweet. apa lagi yuyu satu satunya anak abah. anak tunggal. kalau abah ukir perabut kayu jati, abah suka ukir nama emak dan nama yuyu di kayu, siap ada ukiran hati  . sweet kan kan kan. 

sungguh. abah yuyu sungguh sweet. kalau yuyu bosan, abah selalu buaikan yuyu di bawah pokok sambil nyanyi lagu lagu kesukaan dia. emak kata suka buat suprise untuk kami. bawa sini sana. eh. sana sini. abah suka bagi macam macam. dan selalu pilih yang terbaik untuk famili. abah sentiasa cukupkan famili dengan benda happy.

sekarang, bila dah besar, yuyu harap dapat suami yang sesweet abah ni. hehehe. sebab tu nak cari bakal suami, yuyu nak yang sweet je  . muhahaha. penyejuk hati hamba. comel ape.

walaupun abah dah lama tak ada, yuyu harap sangat abah bangga dengan anaknya yang sorang ni. setiap yang yuyu buat, yuyu nak abah suka. dan yuyu harap abah suka yuyu jadi seorang blogger. seorang pelajar Keewangan Islam.


dah besar dah anak abah sekarang. :)


yuyu tahu, kalau abah ada, abahlah akan jadi pembaca tegar belog yuyu sebab abah selalu support apa yang yuyu buat. dan abah mesti sokong minat yuyu dalam keewangan islam, sebab abah tak pernah kata "tidak" untuk setiap minat yuyu.

Ya ALLAH, sebak pulak taip entry panjang panjang untuk abah ni. apapun, yuyu tak pernah terlepas untuk doakan abah yuyu tergolong dikalangan orang orang yang beriman, dah happy di sana. yuyu selalu percaya, abah selalu tengok yuyu dari jauh, dan abah happy tengok yuyu sekarang.

dan yuyu selalu percaya juga, setiap yang terjadi, ada hikmah dan sebabnya. abah meninggal pada umur yang sungguh awal, tapi InsyaALLAH, 10 tahun dengan abah, yuyu akan ingat sampai yuyu mati.

Aminn. Abah, I you. Al-Fatihah.

p/s : Lagi entry untuk Allahyarham abah SINI dan SINI

terima kasih sudi baca :)

142 comments:

  1. al-fatihah buat arwah abah kak yuyu.kak yuyu sabar okayy.setiap yg berlaku pasti ada hikmah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaALLAH. ALLAH lebih arif tentang perancangan Nya :)

      Delete
  2. yuyu punya cerita buat air mata onie turun...:'(
    al-fatihah buat arwah abah yuyu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedut balik air mata! yuyu pun tengah sedut sedut balik ni T_T

      Delete
  3. Al Fatihah . kesian kak Yuyu . tabah kan diri ea kak yuyu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaALLAH. selalu tabah untuk terus hidup sayang. Thanks <3

      Delete
  4. yuyuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!! npe buat entry sedih mcm ni! dh lah kite kat on9 kat cc..adoii mata dh merah2 cuba tahan nangis T_T'

    tabah ya yuyu, kite doakan al-fatihah utk arwah abah yuyu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ienaaaa & idaaaaaaaaaaaaaaa! sape yang komen sebenarnya ni??

      hmm.. jangan la nangis. haipp.. tu la. hargai abah korang yang tengah ada tauuu.. at least, masa konvo, dia ada datang :)

      Delete
  5. sebak bila baca entry nieyh..semoga terus tabah n kuat..n semoga impian untuk dapat suami macam arwah ayah yuyu tercapai...amin (=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn sayang. nak sangat dapat suami sweet. huhuhu. gedik kann. ala ^^

      Delete
  6. pastinya kejayaan seorang anak itu menjadi kebanggaan setiap ibu dan bapa mereka . Insyallah .
    Kuatkan semangat , kak .
    Al-Fatihah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaALLAH sayang. harap sangat abah happy dengan yuyu :)

      Delete
  7. kenangan tidak dapat dibeli , al-fatihah

    ReplyDelete
  8. alfatihah untuk arwah abah yuyu...sweet sangat abah ayu..

    ReplyDelete
  9. al-fatihah untuk sis yuyu.. xsangka, dalam senyuman sis yg comel, byk perkara yng tak sangka telah berlaku dlm hidup sis.. tabah ye sis kecik..^.^

    ReplyDelete
  10. Al-Fatihah...mlm ni mlm jmaat...bacakan yassin amalkan buat Arwah abah Yuyu Zulaikha...Tabahkan hati...camni Allah SWT mgajar hati Yuyu, mguatkan hati Yuyu...Semoga Yuyu sekeluarga sentiasa cekal dan tabah...Semoga Arwah Abah Yuyu sentiasa ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...Amin Ya Rabbalalamin...and sini saya sertakan doa buat Arwah...

    Allahumma inna nasa’luka an tusyiibanaa ‘alaa qiraa atinaa hazihii wagairihaa tawaa ban jaziilawwajran minka ‘aziiman. Waan tataqabbalahaa minnaa bifadlika waihsaa nika qubuulan hasanan jamilann jalilan. Wanasalukallahumma an taj’alaha minnaa hadiyyatan tuwasshiluhaa ilaa hadratin Siyyidina wa Nabiyyanaa Muhammadin. Ziyadatan fi syarafihii wakarahmihii.

    Tsumma tsawaaban witsla twaawabi dzaalika ilaa arwaahi aaba ihii waikhwaa nihii minal anbiyaai walmursaliin. Shallawatullah washallaamuhuu ;alaihi w’alaihim ajma’in. W’alaa aali kulli wasshahaabati walqaraabati wattaa bi’in. Wataa bi’ittaa bi’innawata bi’ihim bi ihsaanin ila yaumiddiin.

    Tsumma tsawaaban mitsla tsawabi zaalika ilaa arwaahil arba’atil immatil muj’tahidiin wamukallidiihim fiddiin, walu’ulamaa il a’aa miliina walfuqahaai wal muhadditsiina wal qurraai wal mufsiriina wasshaa daatisshuu fiyatil muhaqqiqiina wataa bi’ihim bi ihsaanin ilaa yaumiddin.

    Tsumma tsawaaban mitsla tsawabi zaalika ilaa arwaahil masyaa yininaa wawaa lidiinaa waaj’daa dinaa wajadda tinaa waikhwaaninaa waakhwaatinaa waqaraa batinaa wjiiraaninaa wajamii’il mu miniana wal mu minaati wal muslumiina wal muslimaat. Khushuu shann ilaa ruhi ESWAN BIN MARZUKI.

    Allahumaagfirlahum warhamhum wa’aa fihim wa’afu anhum.
    Allahumaj’ ‘al qubuurahum raudatan min riyadhil jannah.
    Walaa taj’ ‘al qubuurahum hufratan min hufarinniiraan.
    Allahumma in kaanuu mushiniina fazidfi ihsaanihim.
    Wainkknuu musii iina fatajaa waja’n sayyiaa tihim.

    Allahumma anzilirrahmata wanni’imata walmagfirata wassyafaa ‘ata ‘alaa arwaahihim.
    Allahumma anzilirrahmata wanni’imata walmagfirata wassyafaa ‘ata ‘alaa arwaahihim.
    Allahumma anzilirrahmata wanni’imata walmagfirata wassyafaa ‘ata ‘alaa arwaahihim.

    Birahmatika yaa a arhamarraahimin. Rabbana taqabbal minna innaka antassami’ul ‘alim. Watub’alainaa innaka antatawwaa burrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih megat untuk doa ni.. InsyaALLAH yuyu akan amalkan. tapi kalau ada dalam Arabic font, please bagi ya :)

      Delete
  11. Sedihnya citer yuyu....al-fatihah.moga ruhnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  12. betul tu yuyu.
    abah yuyu tengok yuyu dari jauh.
    dan dia rindukan yuyu.

    Alfatihah untuk arwah abah yuyu.
    moga dia aman di sana.

    sabar ye yuyu :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan syazwan kann. cuma yuyu tak boleh nampak. tskk :'(

      Delete
  13. Al-Fatihah...mlm ni mlm jmaat...bacakan yassin amalkan buat Arwah abah Yuyu Zulaikha...Tabahkan hati...camni Allah SWT mgajar hati Yuyu, mguatkan hati Yuyu...Semoga Yuyu sekeluarga sentiasa cekal dan tabah...Semoga Arwah Abah Yuyu sentiasa ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...Amin Ya Rabbalalamin...and sini saya sertakan doa buat Arwah...

    Allahumma inna nasa’luka an tusyiibanaa ‘alaa qiraa atinaa hazihii wagairihaa tawaa ban jaziilawwajran minka ‘aziiman. Waan tataqabbalahaa minnaa bifadlika waihsaa nika qubuulan hasanan jamilann jalilan. Wanasalukallahumma an taj’alaha minnaa hadiyyatan tuwasshiluhaa ilaa hadratin Siyyidina wa Nabiyyanaa Muhammadin. Ziyadatan fi syarafihii wakarahmihii.

    Tsumma tsawaaban witsla twaawabi dzaalika ilaa arwaahi aaba ihii waikhwaa nihii minal anbiyaai walmursaliin. Shallawatullah washallaamuhuu ;alaihi w’alaihim ajma’in. W’alaa aali kulli wasshahaabati walqaraabati wattaa bi’in. Wataa bi’ittaa bi’innawata bi’ihim bi ihsaanin ila yaumiddiin.

    Tsumma tsawaaban mitsla tsawabi zaalika ilaa arwaahil arba’atil immatil muj’tahidiin wamukallidiihim fiddiin, walu’ulamaa il a’aa miliina walfuqahaai wal muhadditsiina wal qurraai wal mufsiriina wasshaa daatisshuu fiyatil muhaqqiqiina wataa bi’ihim bi ihsaanin ilaa yaumiddin.

    Tsumma tsawaaban mitsla tsawabi zaalika ilaa arwaahil masyaa yininaa wawaa lidiinaa waaj’daa dinaa wajadda tinaa waikhwaaninaa waakhwaatinaa waqaraa batinaa wjiiraaninaa wajamii’il mu miniana wal mu minaati wal muslumiina wal muslimaat. Khushuu shann ilaa ruhi ESWAN BIN MARZUKI.

    Allahumaagfirlahum warhamhum wa’aa fihim wa’afu anhum.
    Allahumaj’ ‘al qubuurahum raudatan min riyadhil jannah.
    Walaa taj’ ‘al qubuurahum hufratan min hufarinniiraan.
    Allahumma in kaanuu mushiniina fazidfi ihsaanihim.
    Wainkknuu musii iina fatajaa waja’n sayyiaa tihim.

    Allahumma anzilirrahmata wanni’imata walmagfirata wassyafaa ‘ata ‘alaa arwaahihim.
    Allahumma anzilirrahmata wanni’imata walmagfirata wassyafaa ‘ata ‘alaa arwaahihim.
    Allahumma anzilirrahmata wanni’imata walmagfirata wassyafaa ‘ata ‘alaa arwaahihim.

    Birahmatika yaa a arhamarraahimin. Rabbana taqabbal minna innaka antassami’ul ‘alim. Watub’alainaa innaka antatawwaa burrahim.

    ReplyDelete
  14. al-fatihah buat abah kak yuyu. banyakkan doa. insyaAllah semua yg terjadi ada hikmahnya .

    ReplyDelete
  15. salam takziah yuyu...semoga arwah ayah yuyu d tempatkan bersama-sama org beriman..amin

    ReplyDelete
  16. kak yuyu...
    siesly, anis nangis bace entry k'yuyu. sedih..
    sabar ae k'yuyu.. walaupun anis xkenal k'yuyu sangat. tapi, anis tahu k'yuyu seorang yang kuat. be strong ya.. :')

    insyaallah, sentiasalah berdoa untuk arwah abah k'yuyu ya..

    al-Fatihah.. :')

    ReplyDelete
  17. sebak rasanyer baca entry yuyu nie,al-fatihah

    ReplyDelete
  18. al fatihah. mengalir air mata saya. :'(

    ReplyDelete
  19. yuyu... sedihnyeee.. nangissss dah niiiiii :(((

    yuyu mmg mcm arwah abah yuyu, kuat, rajin, muka sepesen, mata sama.. yuyu ank tunggal, kt blh bygkn perasan tu.. mesti rindu sgt sgt sgt.. semoga terus kuat syggggg. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. aloolooo.. fad niiii.. ishh.. muka yuyu sama abah. cuma hidung je tak. abah mancung sangat. yuyu peset -.-'

      Delete
    2. huhu. anak abah juga.. bila yuyu cerita mcm ni kan, teringat sem lps yg kita ada dtg tido blik yuyu beberapa kali, cerita2.. kdg2 dgr yuyu cerita, nak nanges je rasanya.. nthla, tersentuh. tp tahannn.. huuu

      Delete
  20. Salam..

    Semoga abah kita diletakkan bersama golongan orang2 yang beriman..amiin..

    ReplyDelete
  21. anak abah dah besar,, tapi kecik,, hehe,, al-FATIHAH untuk beliau,, mesti dia bangga ngn yuyu,, insya ALLAH, :)

    ReplyDelete
  22. takziah tau..sama la kita..tapi sye waktu form 2..ermm..sama2 la kita berdoa agar arwah ayah kita ditemptkan di tempat org2 yg beriman..

    ReplyDelete
  23. sabar ya kak yuyu..insya-Allah,mesti kak yuyu akan dpat seorg suami yg sweet macam arwah ayah kak yuyu...

    ReplyDelete
  24. takziah... al-fatihah untuk arwah...

    tetiba terkenang arwah mak..=(

    ReplyDelete
  25. Allah....sebak aunty baca entry anak ini..selalunya aunty sbgai silent reader je tp kali ni trpanggil nk tulis sikit
    Sabar ya syg...ingat ni Allah lbh syg kan arwah sbb tu Dia ambil awal..yuyu jgn lupa doakan setiap saat utk arwah...hadiahkan Alfatihah pd arwah...yuyu kena kuat semangat ya sekuat semangat arwah ya...yuyu kan anak abah...mesti sekuat dia k
    Itu je aunty nk pesan..kiranya aunty bertuah dpt kasih dr ayah aunty sampai umur tua gini...bila aunty lihat anak2 aunty sndr..mmg aunty tak sanggup kehilangan diaorg...sbb tu aunty sebak sgt pd kehidupan yuyu..diusia semuda 10thn dh kehilangan kasihsyg abah yuyu...ya Allah sedihnya aunty...
    Yakinlah apa2 dr Allah ada hikmah nya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih aunty sudi baca entry yuyu. aunty patut syukur masih ada abah. at least, abahlah akan pertahankan aunty sampai aunty tua. saya? saya belajar sendiri. saya tumpang dari orang lain :)

      Delete
  26. pengalaman membuatkan kita semakin dewasa dalam kehidupan, pengalaman juga membuatkan kita semakin kuat dan tabah ... ape pun yg pergi tetap pergi, doakan terbaik untuk mereka, kerana doa anak2 yg taat dan solehah sgt2 mustajab dan dapat membantu mereka ke Syurga, ya! tanpa mereka, siapalah kita ... mungkin ade yg lebih teruk nasibnya dari kita,bersyukurlah kerana kita masih mempunyai seorang ibu ... ;)

    ReplyDelete
  27. Ala...sedih nye bace entry yuyu nie.. alhamdulillah, emy yakin arwah abah yuyu mesti bangga dengan yuyu.. yuyu membesar sihat mcm orang lain..yuyu tabah harungi hidup tnpe arwah abah yuyu. Emy kagum dgn yuyu. :)

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. kak yuyu..kita senasib..tp ayah saya baru je meninggal dalam dua bulan yg lalu..
    Al- Fatihah ..

    ReplyDelete
  30. alfatihah..yN doakan moga roh arwah abah yuyu di tempatkan bersama dgn org2 soleh..amin

    ReplyDelete
  31. Al-Fatihah tuk yuyu :) sebak baca but smga tabah hati yuyu tuk lalui pjalanan akan dtg :)

    ReplyDelete
  32. Doa anak yang soleh akan dipermudahkan, InsyaAllah. Banyakkan berdoa yuyu. Sabar dan kuat.

    ReplyDelete
  33. kuatkan hati yuyu..kalau rindu sedekah kan alfatihah untuk arwah abah yuyu..

    ReplyDelete
  34. kak yuyu sangat tabah..sy tak dapat bayangkan kalau sy yg ada kt tempat aka skarang..

    ReplyDelete
  35. akak,tarikh yg sama dgn arwah abah syera meninggal & 12 tahun dia pergi.

    ReplyDelete
  36. teresak-esak sy baca entry ni. Al-fatihah utk arwah

    ReplyDelete
  37. Doa dari anak yang solehah , insyaallah:) teruskan hidup kita :)

    ReplyDelete
  38. al-fatihah utk arwah abah Yuyu Zulaikha

    ReplyDelete
  39. al-fatihah.. semoga beliau ditempatkan di tempat orang beriman insyaAllah, amin..

    yuyu are strong and ndependent girl! #RESPECT!

    ReplyDelete
  40. al-fatihah...
    me paham sbb me pun dh kehilangan ayah 3 thn yg lps...selalu rasa mcm tak percaya ayah dh tak ada :(

    ReplyDelete
  41. Al Fatihah. Sedih pulak bace entry ni ..

    ReplyDelete
  42. Kuatkan semangat ye..Buktikan awk mampu berjaya dengan semangat ayah..;)

    ReplyDelete
  43. be strong dear..Al-fatihah...kirim salam kt family..=)

    ReplyDelete
  44. Sumpah. Ini sangat sedih Yuyu. Seriously, tak boleh baca cerita pasal arwah2 dan kematian. Sedih sgt. Al-Fatihah. :(

    ReplyDelete
  45. Al Fatihah utk arwah...sayu la plak n3 pagi Jumaat nih...issss

    ReplyDelete
  46. Al Fatihah. ada iras lah dengan arwah abAh

    ReplyDelete
  47. Al fatihah buat abah yuyu. InsyaAllah akan berjumpa jua satu hari nanti. perpisahan dnia pun hanya sementara, disana jua kekal abadi. sebagai perempuan kita kena jaga diri elok2, taat perintahNya supaya abah, abg, adik lelaki, suami tidak kita tarik ke neraka Nauzubillah. take care ya yuyu. anak yang baik akan senantiasa mendoakan kedua org tuanya. =)

    ReplyDelete
  48. Semoga Yuyu pun akn jadi kuat dan tabah mcm arwah abah yuyu. AMin.

    ReplyDelete
  49. sedih jer bile bce entri yuyu nih... :(
    smuge arwah abah yuyu ditempatkan bsame glgn yg beriman..Amin.....

    ReplyDelete
  50. Salam,

    Wajah yuyu persis abah yuyu la...

    Bila rindu dia, doakan untuk dia, sedekahkan pahala Al-Fatihah untuk dia.

    Dia pergi menghadap Ilahi, Yuyu teruskan hidup dangan tabah.



    **Dah komen, nak kiss..

    ReplyDelete
  51. alfatihah...sedey la baca entry nih......

    ReplyDelete
  52. sedeynya bace cte yuyu..
    sye, p0n xpnh merasa kasih syg se0rang ayah.. sbb dr umor 2bln mak dgn ayah sye dah berpisah.. lgsg xpnh fhm ksh syg se0rg ayah.. dan pnh dlm hati nie kosong, lgsg x kysah ble 0rg lain d'manjakan dgn ayah.. sbb aye ade se0rg mak yg kuat. mak yg dah wt segala2nya t0k sye dr sye lahir smpila skrg.. jujur sye pnh membenci ayah sye, walaupon sye x pnh knal dia.
    tp sye akn sedey ble bce kisah berkenaan ayh. sbb aye pnh ade arwah ayah tiri, skrg sye ade ayah mertua.

    ReplyDelete
  53. Al-Fatihah buat allahyarham.. Semoga rohnya tenang di sana.. Yuyu, kita mengalami nasib yang lebih kurang serupa.. Bak (ayah) MM pergi buat selama2nya ketika MM berusia 9 tahun.. Years ago.. Semuanya ada hikmah.. Rajin2lah buat solat sunat hadiah untuk arwah Yuyu.. InsyaAllah, ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman..

    ReplyDelete
  54. al-fatihah...muka akk mcm muka abah akk la

    ReplyDelete
  55. yuyu.. abah yuyu meninggal sbb ape ye? sakit ke?

    apepun, Allah lebih menyayanginya.. sbr ye yuyu... selalu doa utk abah kat sana oke.. :)

    My pun sebak baca.. sob sob....

    ReplyDelete
  56. Al-fatihah.....moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Pok Cik Mat Tak Berapa Gebu. heeeeee ^^

      Delete
  57. Al fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.... banyakkan bersabar ye.. akak juga pernah rasa kehilangan ahli keluarga jadi akak amat amat faham akan perasaan Yuyu :(

    ReplyDelete
  58. Salam yuyu...
    tersentuh akak baca blog yuyu arini..xpe yuyu..Allah lebih sayangkn abah yuyu..Semoga dia ditempatkan di kalangan org beriman..aminn..yuyu tabahkan
    hati ye..do the best for all that u did..InsyaAllah, yuyu akan berjaya
    dalam setiap apa yg yuyu lakukan..jgn lupa sedekahkan Yasin & Al-Fatihah
    untuk arwah abah ye..take care dear..:)

    ReplyDelete
  59. Al-fatihah..
    Bertabah ye Yuyu.

    Arwah suka menulis di dalam diari, sekarang Yuyu pun suka menulis but in blog.
    Same interest but different method.
    Memang anak abah :)

    ReplyDelete
  60. walking here with a smile. take care.. have a nice day ~ =)

    Regards,
    http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

    ReplyDelete
  61. al-fatihah utk arwah abah yuyu..


    muka yuyu mmg mirip beliau..


    yuyu, akak menangis baca entri ni

    ReplyDelete
  62. Saya bace entry ni terus tertarik nak bace due entry lain yg awk linkkn tu.sebak bace.series!dgn entry awk ni bg kesedaran utk org lain utk tros mnghargai org sekeliling.

    Al-fatihah utk arwah abah awk.

    Keep on to be strong in future.insyaallah diakhirat nnt setiap kerinduan awk akn trbls.

    ReplyDelete
  63. Moga abah Yuyu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
    Al-Fatihah untuk abah Yuyu..
    Amin.......

    ReplyDelete
  64. al-fatihah utk arwah ayah yuyu .
    sebak bace entry ni ..
    be strong dear !

    ReplyDelete
  65. Gambar menjadi pengubat rindu . Kenangan jadikan hiburan ..
    Al-fatihah <3

    ReplyDelete
  66. hmmm serius tengah nangis teresak2 baca entry nie. kita sama yuyu. abah kita pon meninggal time kita darjah 4. sobsss. :'( Al-Fatihah utk arwah abah yuyu ngan arwah abah kita. hmmmm rinduuuuuuu !

    ReplyDelete
  67. Al fatihah buat arwah abah yuyu..

    *sebak sungguh

    ReplyDelete
  68. yuyu kuat smgt tau... doa ank amt pntg bt ayh yuyu kt sana... :)

    ReplyDelete
  69. sudah menjadi kewajipan seorang anak mendoakan ibu bapanya sama ada masih hidup ataupun da meninggal dunia.. :') yang hidup pasti akan meninggal juga suatu hari..

    Al fatihah buat abah akak yuyu..amiinnn..

    ReplyDelete
  70. sabar je la yuyu.sebenarnya yuyu kira untung sebab dapat rasa kasih sayang abah yuyu walaupun kejap.saya?diorang dah cerai semenjak saya baby lagi.kata mak, ayah jahat.sampai sekarang tak pernah kenal sapa ayah saya.teringin jugak nak rasa ada ayah walaupun kejap:'( ohmai,nak nanges pulak.papepon..yuyu be tough ek.kalau saya boleh hidup tanpa ayah dari kecik,yuyu mestilah lagi boleh.kalau rindu abah,ingat balik time korang suke2.mesti sweet:')

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishh. mana ada ayah jahat la. hehehe. takpe, mana tahu, satu hari nanti jumpa balik ayah awak kan. yang penting doa kita untuk dorang, InsyaALLAH, jumpa nnti di syurga <3

      Delete
  71. Al-Fatihah.... semoga rohnya dicucuri rahmat di alam sana.. yuyu kena rajin sedekahkan alfatihah kepada dia kerana doa anak2 yang solehah sangat diperlukan..

    ReplyDelete
  72. Touching baca entry ni kak yuyu.
    Sungguh sweet dan hebat abah kak yuyu.
    Moga moga abahmu ditempatkan dlm kalangan mereka yg beriman.. :)

    ReplyDelete
  73. *cover air mata jap .

    dah lah baca entry nie depan mak . huhu .
    walau macam mana garang pun abah kite , dye tetap sayang kite kan .

    since mun dh masuk belajar nie , abah dah tak marah mun macam dulu . dulu abah suka marah marah mun tapi sekarang dah tak marah . rindu nak dengar and tengok muka abah marah . huhu XD

    ehh , ter - story kat sini pulak XD

    harap kak yuyu tabah . semua orang ade orang untuk sokong kak yuyu :)

    be strong , girl !

    assalamualaikum ,

    www.munviolettaxious.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. marah sebab sayang mun. abah kita nak yang terbaik dari kita. kalau tak marah, nanti melampau pulak kita jadinya kan :)

      Delete
  74. Kak yuyu , tabahlah dengan dugaan ni kak :)

    ReplyDelete
  75. sebak rasenye bace entry ni..abah yuyu mesti bangge dgn yuyu sbb jadi anak yang kuat, tabah dan insyaAllah solehah..

    ReplyDelete
  76. terima kasih semua yang sudi sedekahkan doa untuk Allahyarham abah yuyu. semoga rohnya tenang di sana, dan ditempatkan dalam golongan orang orang yang beriman. Aminn <3

    ReplyDelete
  77. sedihnya..baca entri ni..
    tapi best la kak yuyu..sekurang-kurang kak yuyu tak macam fie..
    arwah kakak fie pulak meninggal dunia time fie xlahir lagi .
    sedih sangat xdapat jumpa arwah kakak fie .
    dah la kat skolah , kebanyakan kawan2 fie ada kakak .
    fie jealous sangat kat dorang .
    btw , semoga arwah abah kak yuyu gembira kat sana ye..
    setiap yang berlaku , pasti ada hikmah .
    AL-FATIHAH..AMIN.. <3

    # tengah dok lap hingus ni :(

    ReplyDelete
  78. kak yuyu mesti terus kuat tau. jadi sekuat abah kak yuyu. selalu doakan yang terbaik untuk abah kak yuyu k.

    kita nangis baca entri ni ;(

    ReplyDelete
  79. yuyu seorg yg kuat..i noe dat..InsyaALLAH

    ReplyDelete
  80. aku yg bc ni pun sedih. yg experience sendiri tentu lg sedih.

    ReplyDelete
  81. huhu sedihnyer entry ni.al-fatihah

    ReplyDelete
  82. Al-Fatihah kepada ayah Kak Yuyu ;'(

    ReplyDelete
  83. Al-Fatihah...

    Yuyu, u made me cry tonite... be strong! I can see, u are strong :)

    ReplyDelete
  84. Salam,yuyu.. sabarlah yer.. Tuhan lebih syangkan abah yuyu... Sangat terharu baca entry yuyu.. :'( zati pun salu berangan macam yuyu nak dapat suami yang baik macam abah zati sendiri.. mesti abah yuyu sagt romantik.. bertuah yuyu..

    ReplyDelete
  85. Sedehnya baca entry kak yuyu kali ini . Pada masa yang sama, ecah tabik spring kat kak yuyu sebab tabah hadapi semua ni . Papepun, kak yuyu beruntung ada ayah yang sweet amat . Al-Fatihah . :')

    ReplyDelete
  86. Assalamualaikum

    Nayli bersyukur sangat masih ada mak dan ayah.Tapi akak yuyu seorang yang tabah.ALLAH S.W.T takkan berikan ujian kepada hambanya yang tak boleh hadapi ujian tersebut. Be Strong okay :)

    ReplyDelete
  87. Yu.. 1st time akak comment nih.. tak pasal je nangis di hari Ahad yg osem nih.. risau pulak anak akak tengok ibu dier nangis2 mesti dia ingat akak risau result UPSR dia.. hahaha..

    Berbalik kpd topik.. Yu kuatkn hati dan semangat yea.. anak akak pun 'tiada' ayah juga.. so i know & understand..

    Take care dear..

    ReplyDelete
  88. sedihnya entry ;( semoga rohnya dicucuri rahmat . aminnn .

    ReplyDelete
  89. Stay strong dear...
    Always support you from here...:)

    ReplyDelete
  90. Yuyu, alfatihah utk arwah abah yuyu,.surely your late dad will be very proud of my dear. Take care

    ReplyDelete
  91. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  92. al fatihah
    semoga arwah tenang disana :)

    ReplyDelete
  93. alfatihah.
    sy pun bru jugak hilng ayah wpun doe ayh tiri
    die ta pernah lgsung jentik sy ape lg pukul.
    sama2 kite doakn mereka ye. semoga arwah di tempatkn di klgn org yg soleh .:)

    ReplyDelete
  94. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  95. al fatihah buat arwah ayah yuyu... sungguh sedih ;)
    tetibe ingat kat ayah..

    ReplyDelete
  96. al-fatihah , mengalir airmata bca entry ni..

    ReplyDelete
  97. ya allah kak yuyu, sedehnya bace entry.al fatihah buat arwah atah kak yuyu sampai mengalir airmata beku atenn nih. sabarlah kak yuyu, ramai orang kat luat yang menyayangi kak yuyu dan atenn pon boleh peluk dan cium dahi kak yuyu. boleh tak ? hehe :)

    ReplyDelete
  98. alfatihah. tabahkan hati. kentalkan jiwa. semoga arwah ditempatkan dlm kalangan yg beriman. amin...

    ReplyDelete
  99. al-fatihah..semoga abah yuyu ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...

    ReplyDelete
  100. kak yuyu,samelah dengan neeza...cuma dapat merasai kasih sayang seorang ayah sehinggalah umur 10 tahun and kemudian arwah pergi untuk selama-lamanya ='(
    semoga kak yuyu terus tabah..al-fatihah

    ReplyDelete
  101. AlFatihah utk ayah yuyu..semoge rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg soleh..

    ReplyDelete
  102. Kak Yuyu, mintak culik gambar kak Yuyu dengan arwah abah kak Yuyu eh. Nak masuk kan dalam entri kat blog Linda.

    Arwah abah kak Yuyu mesti sangat bangga dengan kak Yuyu. Semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang beriman. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  103. sayu, sebak end up jatuh jugak air mata saya ni. kak yuyu, kita sama. cuma arwah abah saya pergi waktu saya umur 4 tahun. tapi alhamdulillah memori tu masih ingat walau time tu kecil lagi. moga arwah abah kita berdua bersama kekasihNya ameen. Allah aturkan semuanya indah belaka :)

    ReplyDelete
  104. Ya Allah...sedihnya baca entry yuyu ni...nanges dah akak ni haa...hukhuk!! Yuyu tabahla ya. Ada hikmah kenapa Allah amek abah yuyu masa yuyu kecik2...mungkin yuyu xkan jadi yuyu yg skrg ni kalo abah yuyu ada lagi, sape tau, kan? Al-fatihah buat abah yuyu...

    p/s: baca entry ni buat akak sayang abah akak lagi dan lagi..hehe

    ReplyDelete
  105. KESIAN KAK YUYU RASA ADA AYAH SEKEJAP SANGAT

    ReplyDelete
  106. RASA SYUKUR SANGAT ABAH MASIH SIHAT.KENA JAGA DIA ELOK2 T_T

    ReplyDelete
  107. SUKA TENGOK GAMBAR KAK YUYU YANG FIRST TU :D

    ReplyDelete
  108. Al Fatihah untuk arwah....moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yg beriman.. Aaaminnn

    ReplyDelete
  109. Alfatihah buat arwah .. Sdih sgt baca ... Yuyu sama mcm alyn umur 10 thun abah dah mninggal ..

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)