Friday, August 3, 2012

Bersama Hijabista Cantik-Cantik di Iftar Sunsilk & Scarflet | Entry Bergambar

Assalamualaikum

kalau korang perasan la kan, banyak entry yuyu pasal yuyu dapat invitation itu ini. ini itu dan ini ini itu itu. (bapak best merepek awal awal entry ni). Alhamdulillah, macam-macam jenis event yuyu pernah pergi. dari sini, banyak yang yuyu belajar.

sebenarnya, pergi sana sini, berjumpa dengan pelbagai spesis manusia, tempuh onar rintangan halangan ujian dan cabaran (over kan yuyu. muhahaha! ) akan buat kita lebih matang dalam sesuaikan diri dengan dunia. semua ilmu dari pengalaman tu, kita takkan dapat di kelas, malah, yuyu tak rasa emak kita nak sangat melayan karenah kita untuk ajar semua. ceh. suruh solat awal waktu tu tak ikut ikut. -.-'

dan Sabtu lepas, yuyu dapat invitation untuk Majlis Iftar bersama Sunsilk & Scaftlet. hoi. bapak best. thanks Kak Ain (Living Doll versi pakai tudung) sebab sudi bawa yuyu ke JW Marriot, drive tengah malam walaupun tengah pregnant 6bulan setengah tujuhharipatjamlimasaat. 

berkali-kali kitorang sesat renteran kak Ain degil tak nak dengar cakap GPS beliau, last last, GPS beliau yang ada hati dan perasaan tu siap diam terus, belok kanan ke kiri ke, buat dekk je. ceh. tepat pukul 6.30pm kami sampai, tu pun dua dua dah gelabah masuk Al-Halabi Lounge. padahal orang lain dah chillek kat kerusi masing masing. 

.
 
Living Doll yang digempargempurkan tadi. cun kan. tapi sori bro, awek ni dah kawen arr.

kami disediakan simple game untuk memupuk ikatan silaturrahim. cari owner barang dalam gambar polaroid yang kami dapat. lepas tu amik tahu serba serbi pasal dia. tinggi, kandungan lemak, jenis darah, makanan feveret jiran pun boleh tanya. tipu.
"ya tuan tuan dan puan puan, ini adalah partner saya ya. Nana name dia.berumur 26 tahun. dia cantik, tapi saya kiut lagi ohsem. sekian" kata Yuyu Zulaikha kepada Teh Suhadah selaku emcee event tersebut.

muka mintak gule gule sebijik. well. yuyu zulaikha memang selalu eksaited dalam segala keadaan.

geng Scarflet. kak Uyun & kak Sheryll. cuba teka lokasi kami? (A) toilet (B) jamban (C) دور المياة

kami semua berbuka dengan makanan arab. mungkin anak tekak yuyu dah bebal dengan makanan kampung, jadi kali ni, yuyu rasa macam nak tambah belacan je dalam setiap hidangan. picit sambal petai ke. sedap. cuma tak serasi dengan anak tekak.

lepas berbuka, ada beberapa tutorial shawl oleh geng Scarflet. kusyuk kami semua tengok satu satu langkah, sebab musabab, lepas tu kami kena pakai sendiri untuk menang Voucher Spa. hamagad. ni yang suka ni. pulun paksa kak Ain supaya jadi lebih kreatif seboleh yang mungkin.

ini team satu. model yuyu, fashion designernya kak Ain. buat la gaya apa pun, asalkan lebih kretif dari tutorial yang Scarflet buat. dan yeahh................. (please buat buat suspen



Team Satu yakni team yuyu dan kak ain menang game ini. tskk. rasa terharu gila malam tu. berkat idea kak ain, malam tu kami dapat voucher untuk spa treatment. hoi. best tau. lobang hedong tak habis habis kembang sampai ke Subuh. 
   
   
DoorGift untuk setiap jemputan. mewah, bukan? thanks Sunsilk. aloo. sweet!

lepas event habis, kemain yuyu senyum telinga ke telinga. rasa gumbira macam dapat TORA empat kotak pulak. dari sini, yuyu kenal ramai lagi Blogger Hijabista (eceh, ada gelaran pulak). Lizza, Nana, Wani, Mediha, dan belungguk lemon lagi. kalau boleh, tak nak balik, nak borak banyak!

apapun, billion-an thanks kepada Sunsilk sebab sudi invite yuyu, dan kepada Kak Ain sebab sudi bagi nama yuyu dan drift bawa yuyu ke JW Mariott. tskk. terharu siap hingus hingus hijau sikit kuning sikit tau. T_T

____________________________________________________________________________________________________________________________


see, best kan pengalaman yuyu kali ni. macam tu juga dengan korang. kalau ada apa apa peluang, terus grab, supaya tak lepas benda benda yang sweet macam ni. once kita lepas, belum tentu kita dapat lagi. kalau tak dapat, apa salah kita berusaha. kan kan kan.

terima kasih sudi baca :)

94 comments:

  1. berbuka secara bjemaah mmg best lg2 dgn mereka2 yg skepala ^^ makanan pun laju je masuk...hahaha

    ReplyDelete
  2. wahhhh!!! best sangat amat,, serious barbie doll sangat yang kak ain tu,, yuyue pun cantik gak,, buat la entry tutorial shawl tu k,, sayang yuyue sangat amat banyak!!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. nak buat macam mana.. kena la mintak dari kak ain :P

      Delete
  3. seronoknya... mesti best sangat2 ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la sayanggg ^^ lepas ni join je tauu ^^

      Delete
  4. wah bestnya dapat pergi event ni..dapat jumpe geng scarflet lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..tapi ada peluang lagi untuk kita semua jumpa dorang ^^

      Delete
  5. bestnyee hihi. kak Ain mmg living doll yang cantik . akak yuyu lak living teddy bear yang comel . hihi :P opss terlebih pulaa ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teddy bear?? tak tak! princess la -..-'

      Delete
  6. ala, setakat ni xde terima mane2 jemputan lagi..sadisnyer..huhuhu

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat pergi event macam ni..syoknya jumpa ramai kawan baru..

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat invitation...hehehehe...

    ReplyDelete
  9. Oh yg ni yg akan keudara ke tv nanti kan.tutorial by scarflets by sunsilk tu

    ReplyDelete
  10. kak ain mmg tercantik eheheh :)

    ReplyDelete
  11. seronoknyee dpt invitation ini itu dan ini ini itu itu kannn? :D btw, comelll sangattt sangattttt dan teramattttt :)

    ReplyDelete
  12. alahai bestnya, dapat hadiah pulak tu :)

    ReplyDelete
  13. bestyerrrrrrrrr...nak jugak blh tak?tp cane ek..buntu and duduk diam jap.hihihi..pengalaman mmg the best teacher!

    ReplyDelete
  14. hamboii . comel gila kak yuyu .

    ReplyDelete
  15. Kak yuyu bila nak buat iftar untuk pembaca setia blog akak ? HAHAHA

    ReplyDelete
  16. bestnya dapat kumpul ramai2 macam ni...

    ReplyDelete
  17. bestnye yuyu! dpt peluang join bmacam2 event! :)

    ReplyDelete
  18. Yaallah sejuknya hati mata memandang.. cewahhhh.. haha. btw nice entry :)

    ReplyDelete
  19. mmg retis la yuyu skrg...

    suke tgk pic yuyu.. sejuk mata memandang.

    ReplyDelete
  20. untunglaa dapat tudungg hiajuuu kaann

    ReplyDelete
  21. gambar yang mintak gula2 sebijik tu comel gila =D

    ReplyDelete
  22. wah doorgift tu memang mewah..nak satu

    ReplyDelete
  23. huntunglaaah kak yuyu.jeless kite >..<
    akak ! pasni event ajak kite puloks laa ;)
    kekekeeh :D

    http://craftynieya.blogspot.com

    ReplyDelete
  24. waaa!! bestnyer yuyu..untung la jadi yuyu nie..hehe

    ReplyDelete
  25. Waaa best sis yuyu dapat g macam2 event :D

    ReplyDelete
  26. sis Yuyu kiut miut sangat xxD ^^

    ReplyDelete
  27. y ampun bukkkk,emangnya lambat kali ku datang ke sini, bukkkkkk....seronok sekali ya di sana! voucher tu agaknya kalau kerat dua kasi onie okay tak bukkk? hehe.... peluang yang ada mesti kena grab! jangan persiakan,kelak pasti rugi dan meleleh air liur,hehe.....

    ReplyDelete
  28. tu bukan tudung gi event blogopolis tu ke? aha !

    ReplyDelete
  29. kenyang sesaja la si kak yuyu ni..haha

    ReplyDelete
  30. ehemehem.. untunglah kak yuyu yang supa dupa kiut dapat join macam-macam event. ecah nak ikot jugak ^^ *ngada2

    ReplyDelete
  31. event ni under sunsilk ke? waa. top gitu. haha.. btw, jom ramai2 join giveaway dari mfadhlan.com. dapat hadiah cash bernilai rm350

    http://warungkopiklangz.blogspot.com/2012/07/hari-raya-give-away-julai-ogos-2012-1st.html

    ReplyDelete
  32. xajak ... nak blajaq pakai scarf gak...#ehh..

    ReplyDelete
  33. best la akak..sweet jer tgk.. :)

    ReplyDelete
  34. murah rezeki, menang game.

    cantik betul kak AIN tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak dani tu lagi la cantik! kretif pulak!

      Delete
  35. nice meeting you! And yes, Nana memang cantik~~~ muahahahahahahaha~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. ni orang cakap pasal kak nana didi la :P bukan kak nana eddy! muhahaha

      Delete
  36. kalau dpt join harap boleh jmpe yuyu ;)

    ReplyDelete
  37. untungnya dapat gather bersama2, bilalah giliran ena dapat gather begini bersama you all.. T^T

    ReplyDelete
  38. yuyu yg pic kt jamban tu sape sbelah yuyu yg pkai tudung krim tu.. mcm knal la..

    ReplyDelete
  39. bestnyer yuyu!!! ai like event gini

    ReplyDelete
  40. ALALALA.OMEY ANGAT KAK YUYU.NAMPAK CANTK DARIPADA BIASA XD

    ReplyDelete
  41. BESTNYA DPT JOIN EVENT MCM NI T_T

    ReplyDelete
  42. LAMA TAK KOMEN KAK YUYU NI HAAA.MEYH NAK KOMEN BANYAK2 SAMPAI MUNTAH XD

    ReplyDelete
  43. Alhamdulillah....Perancangan n nikmat yang Tuhan berikan untuk yuyu...sesuai dengan ke omelan nya..:)

    ReplyDelete
  44. SIAP DAPAT HADIAH.TU LAGI JELES T_T

    ReplyDelete
  45. yuyu bagi semangat terus kat saye !

    ReplyDelete
  46. korang memang nampak sweet ... bro tumpang tengok je gambo ...

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  47. hope yuyu lak masuk utusan dalam page blogger pilihan..

    ReplyDelete
  48. cun & cute..bestnya dpt join..
    singgah & follow blog yuyu..

    ReplyDelete
  49. Bestnya event bulan puasa dia.. Jelless MM tau.. =)

    ReplyDelete
  50. Bestnya event bulan puasa dia.. Jelless MM tau.. =)

    ReplyDelete
  51. Kak Atikah Uyun tu teacher saya Hehe peghomot plakk ;)

    Korg semua cute n ohsemmm xD

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)