HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Wednesday, February 8, 2012

Ini la jawapan sebenarnya.

Assalamualaikum

terima kasih Yana Sensei untuk header yang omey ni. :')

okay okay. dah mual dah kan halkum asyik tengok entry yuyu yang bergelumang dengan kemain banyak gambar(s). kan? tak tak. demi tak nak kalian semua *ececehhh* fobia juga trauma dengan entry yuyu yang asyik tepek gambar besar gedabak, maka, entry kali ni banyak yuyu menaip.

merapu. lebih tepat. nomnomnom. *sambung kunyah chewing gum dengan ohsemnya*

sebenarnya, entry ni dikarang atas dasar nak memberontak diri sendiri. konon konon, belog adalah medium meleraikan kekusutan jiwa yang makin membengkak sanubari. dahku tidak dapat menahan lagi kecelaruan ini. cis. ni malas baca novel melayu ni. berjangkit nak taip jiwang jiwang. -.-'

kalau dulu, idea umpama mencurah ke ladang gandum. kalau dulu, bangun tidur, terus tengok belog. tak sempat lap air liur. kalau dulu, masa dan waktu ni umpama beli seminit percuma sejam. rasa nak sedekah  jariah je 'masa' kat orang ramai. kalau dulu, yuyu adalah makhluk paling rajin patut dipuji. demm. terkembang hidung sendiri pulak. tapi rajin taip entry la.

tapi sekarang? tahi betul. 

nak buat satu entry haruslah mendapat kerjasama daripada Idea dan Masa. masalahnya, sape yang nak nak taip entry sekarang ni? Yuyu Zulaikha ke, Idea dan Masa? -.-'

bila ada 'masa' kemain melimpah ruah hingga lemas lemas keboringan, masa tu la kepala otak macam nak kianat dengan tuan badan. idea mula terjengkek lari sembunyi selow selow. tengok tu perangai dorang. sampaikan nak taip pasal diri sendiri pun takde idea.

namun, dikala idea berpeleseran di kepala otak membuak buak hampir tersembur tanpa arahan dari tuan badan yakni yuyu sendiri, masa tu pulak 'masa' mencemburui diri dahku. masa tu jugak la rasa dihimpit kepenatan dan kerja yang banyak. pehal tengah ada idea,masa tu la takde masa. 

rentetan kejadian 'masa' dan 'idea' susah nak bekerjasama sekarang ni, itulah yang menjadi akibat kadang kadang belog yuyu terkepam dengan entry lama sampai hampir seminggu. dan itu juga penyebab kenapa ramai sekarang asyik post kat PAGE juga da yang email (yuyuximici@yahoo.com)

'yuyu, bila nak update belog?'

'yuyu rindu nak baca entry'

'kehadapan Yuyu Zulaikha paling sopan di muka bumi, adakah dikau kekangan masa atau juga dikau dihimpit masalah idea?' a'ah, ni yuyu reka sendiri. -..-'


contoh terdekat lagi jelas. pulun laju laju taip entry ni, demi santapan anak mata korang. *tipu*, padahal esaimen Investment belambak, surah al-Nisa tak hafal lagi, esaimen itu ini jeling pun belom. padahal idea ni bergelimpangan umpama empangan mintak tangan. eh pantun takde kerat. :')

dah dah. nak baca buku. doakan  yuyu dapat kawen awal. ehh silap. adakah ni petanda jodoh dah hampir? doa bagi dapat dekan lagi semester ni. aminn.

akhir sekali, nah sebagai peringatan diri sendiri dan perkongsian buat semua. cececeee

p/s : mesti korang pun selalu jadi macam yuyu kan?

terima kasih sudi baca ^^

78 comments:

  1. onie main taip ja,hahaha......

    ReplyDelete
  2. apalagi?tukaq kaih header tu,hehehe

    ReplyDelete
  3. SAMAAA!!!! haha.
    tp klu x de idea, mmg main taip je apa2. haha

    ReplyDelete
  4. haha, kalau cam tu terpakse lah bace entry lame yang dramatis ituh heee

    ReplyDelete
  5. yeahh. sama laa. kekangan masa dan idea. haha

    wish u good;uck sis. :)

    ReplyDelete
  6. bila takda idea selalu dok menyibuk kat entry org . Haha .
    Tapi , kak yuyu kalau merapu pun best la . takde idea pun takpe . Hee ~

    ReplyDelete
  7. pb dah malas nak mencurahkan idea...sekian...haha...

    ReplyDelete
  8. comey yg header kak yanaa tu buadd :')
    kak yuyuu , header Amal pun kak yanaa yg buadkannn :')

    ReplyDelete
  9. yuyu, goodluck yuyu. !! pastu nak sambung master ! ewah. hehe

    ReplyDelete
  10. header yg sangat comel.. pe lg yuyu tukar la header baru 2

    ReplyDelete
  11. dunia student mmg bz, kdng2 enjoy =)

    ReplyDelete
  12. idea dan masa adalah dua beradek yang tak leh dipisahkan.ade idea kadang takde masa.bila ada masa idea lak takde.aishh..hangen sungguh ! haha

    ReplyDelete
  13. adeh..soklan bila nak kawen dari xila tu wat kak nad sentap..huhu..ye lah...tua setahun dari yuyu..:D

    tapi kan kan nad herran mcm mana yuyu boleh taip entry panjang kebar..:D

    kalo kak nad ...kak nad akan update apa yg berjalan atas otak jerp..hehe..

    mengarut2 belajar dari yuyu nih..:D

    ReplyDelete
  14. @onietengah berperang dengan diri sendiri.. nak tukaq ka dak :p

    ReplyDelete
  15. @nuruashia heheheh :P malu pulak nak guna... omeyy.. :P

    ReplyDelete
  16. good luck yuyu!!
    Amin...dekan lagi ye sem ni =)

    ReplyDelete
  17. hak..hakk...akak doakan yuyu kawen awal..kui3..akak kawen pon umo 23.....time nak amik scroll tu dh bergelar puan...ehemmm...

    ReplyDelete
  18. hehe. btol2. biase la kalau da brgelar student. nk hbiskn masa dengan blog tu kurang ;)

    ReplyDelete
  19. ololoo.. comel nye.. cepat tukar!

    ReplyDelete
  20. Semoga dapat kedua dua nya. Dekan dan kawin awal hehehe ;) amin

    ReplyDelete
  21. nice la yuyu header tu.. gunelahh oke..

    ReplyDelete
  22. ni mesti tengah bukak blog kan? dah shuhh shuhh study cane nak dekan ni :P

    ReplyDelete
  23. salam akak. cumelnya header, macam tuan belognya jga. good luck!! :)

    ReplyDelete
  24. salam akak. cumelnya header. mcm tuan belognya juga. wish u the best :)

    ReplyDelete
  25. baru first time walking kat blog ni. nice entri -.-'' walhal 2 kali lima je.. oh ya, jadi blogger ni memang akan dapat masalah macam ni ea? yang blogger femes-femes tu rilek je post banyak2 entri.

    and and, memang semua perempuan blogger ni comel-comel ea?

    ReplyDelete
  26. itu hari aku pergi kuis lepak2 sana..takder la lawa sgt pon kuis tu kan..ahaha

    ReplyDelete
  27. Hope that u alert this post...
    http://mrdoctorspeaking.blogspot.com/2011/11/doodle-for-miss-yuyu-zulaikha.html

    Kesian jugak dah buat untuk u... Hehehehe at least put in @YUYU DI ENTRY MEREKA!, or maybe drop on a comment for him... thanx

    ReplyDelete
  28. budak ni lagi malas hapdate yuyu -->

    ReplyDelete
  29. Akak yuyu yg comel.. kita suka sangat bc suma post2 akk taw. :)
    jmput dtg blog kita nak tak . hehhe
    tak sehebat blog kak yuyu pon ..
    http://nuramirul.blogspot.com/2012/02/aku-kembali.html

    ReplyDelete
  30. hehe samalah kita ! :D kdg2 nak post entri tp x tahu nak buat psl ape..

    ReplyDelete
  31. sangat kak yuyu!

    kalau kat dalam kelas, tergedik gedik idea nak terkeluar macam taik .. tapi bila depan lappy. alahai. sedih sungguh tau!

    ReplyDelete
  32. kawen awal?? nk kena babap ni.. haishh.. abeskan skola dl yer.. :P

    ReplyDelete
  33. comelnya header yana sensei buat tu! kiut miut =)

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum .

    saya SantaClown @ Founder D3SiG . sebagai yang baru di dunia blogging ini , saya ingin meminta tolong kepada anda untuk membantu kami dalam mempromosikan servis terbaru kami iaitu D3SiG . dalam catalan , desig membawa maksud wish (harapan) . di web kami , kami menerima perMINTAan yang diminta dan akan usaha untuk menunaikannya . setiap permintaan dicas serendah RM10.00 sahaja .

    datanglah lawat ke blog kami untuk maklumat yang lebih lanjut.

    http://d3sig-ing.blogspot.com/

    ikhlas,
    SantaClown .

    ReplyDelete
  35. nnt kalau dh kerja lagi dh x boleh nk hapdate kan?mse tu lah lgi rmai tnye sys yuyu!Wo0o...windu!

    http://cek-chiqa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  36. wa... dekan lagi? erm.. yuyu mesti slalu dapat dekan ni.. hikhikhik

    ReplyDelete
  37. untunglaa ada orang kesah bila dah lama xberupdate..hahahaa=)

    ReplyDelete
  38. btul...sy pulak bile xde idea utk update belog MAKA saye akn post PIC yg ade..& sikit je lah ayat2 NYE...haha~

    ReplyDelete
  39. tukaqqqqq,jangan duk berperangg aihhh,hehe

    ReplyDelete
  40. nak jadi frenz yuyu jugak lah.. ley x?? :D

    ReplyDelete
  41. kak yuyu~
    nak tanya ni kak yuyu ada myyearbook tak? sbb saya ada jumpa kak yuyu kad myyearbook. just nak make sure tuu akak or bukan C:

    ReplyDelete
  42. bila dah pemes cam yuyu takde hal nak tulis apepon.. kompom ramai baca punya.. anyway izinkan saya komen.. Misskonspirasi budak baru berblog.. have a nice day

    ReplyDelete
  43. style la header. meh tgk ali lukis header ali lak. jom2

    ReplyDelete
  44. awieomar.blogspot menyerbu. baru folo sini. salam kenal.

    ReplyDelete
  45. faker again ~

    http://www.facebook.com/profile.php?id=100002697297645&ref=tn_tnmn#!/media/set/?set=a.128678510584144.23489.100003259877734&type=3

    ReplyDelete
  46. ala kesiannya akak :)
    takpe takpe , baca entry akak berulang kali pun tak bosan tak . hahaha

    ReplyDelete
  47. hye gorgeous =)

    shrotlist wish for u, hopefully :

    - dpt idea & masa
    -dpt taip entry best
    -dpt dekan (amin ramai2 =p )
    -otak kmbali taat pd pmiliknya =p
    -siapkan esaimen!!! hahaha

    -last...dpt jenguk blog sy =p weee >_<"

    ReplyDelete
  48. yana header yuyu skg. simple..yg yana bagi tu pon cntik.:)

    ReplyDelete
  49. kak yuyu, ada org palsu lagi:
    http://www.myyearbook.com/members/40892811

    ReplyDelete
  50. Mm truskn perjuangan dik..kongsikn la ilmu kwan2 seagama..nk blajar ni dgn adik yuyu bleh kn..

    ReplyDelete
  51. lepas nih harap, idea yuyu mencurah curah ke ladang gandum lagi, hehe :)

    ReplyDelete
  52. hye yuyu. nice 1 :)

    http://mokomikiemushi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  53. kena banyak rehat. rehatkan otak. kalau kita tak tolong otak kita camne otak nak tolong kite ? :)

    ReplyDelete
  54. janji yuyu terus membelog =)

    ReplyDelete
  55. kurgkn entri tingkatkn prestasi..naik dekan lagi..eh, 3 kerat..hahha

    ReplyDelete
  56. yuyu pernah dpt dekan x?

    kalau free boleh la mengendap blog sy. XD
    dah lama x aktif. banyak artikel dah ditongsampahkan. tinggal seciput je.
    http://webloggysite.blogspot.com/2012/02/mari-berbasikal.html

    ReplyDelete
  57. amboi comelnya header tu. taknak tukar ke? :D

    ReplyDelete
  58. yuyu , cepat laaaaaaaaaaa tuka header comel tue. ;)

    ReplyDelete
  59. Establish sound laptop software package as well as electronics fire walls to maintain your information and facts secure additionally to out from your custody of men and women which never get little business along with it. This could demand hindering well-known web pages via workers manipulation. You shouldn't be reluctant to accomplish this. Surfboarding the net truly shouldn't be a alternative by means of the time.
    3rd, a expected existence coach has the attribute on the willingness to become trained. An individual can not just become a existence coach simply because of her or his eagerness to turn out to be one particular. A existence coach may have to undergo several trainings to become ready coach purses to find out diverse techniques that can be utilized throughout sessions with clients. The instruction procedure requires time and could take some fair volume of investment.
    six tips on finding out tennis
    The last reason could coach satchel bags be that there may be a chance to be picked up from a spot that is substantially closer for your property than the bus station by way of example. It is a very good approach for your coach vacation and also have an ideal begin. And most of us understand that what begins superior, may also end fantastic.
    The limbic technique is often known as the "emotional brain." It is the limbic system's responsibility to respond to strain by preparing the thoughts and entire body with precisely what is called the "flight or fight" reaction to a perceived threat. It can be this response that causes your heart to race and adrenalin to rush through your procedure, upsetting homeostasis (Pinel, 2009). Perceived threats will fluctuate and are dependent on an individual's experiences. Those that have knowledgeable trauma might have their flight or fight response frequently triggered by benign objects or conditions. The challenge, as soon as this stress-response continues to be triggered, will be to regain mental and emotional stability. Limbic calming would be the responsibility with the parasympathetic nervous procedure and it can be generally hard to accomplish within a timely matter.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)