HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Monday, September 5, 2011

Sempat Lagi Ke?

Assalamualaikum ^^

sempat lagi tak nak buat entry pasal raya? orang lain dah siap buat entry raya part ke lapan ribu lemon, siap dah nak buat entry pasal Thaipusam, yuyu baru terkedek terketar tangan nak taip pasal raya. sobbsobb. siyes   macam dah lupa diri, rupanya diri ni ada belog.

tapi nak cerita juga.

muka basi untuk tontonan umum.

raya kali ni adalah raya yang paling sibuk di alam semesta buat yuyu. selepas balik ke kampung 26hb malam tu, nak niat tengok laptop pun susah. apa kan lagi nak taip entry baru. 27hb pagi, yuyu baru sampai kat rumah. 2 hari lagi nak raya tu!

Kuih Raya

tak sempat nak tidur, sebab ingat lagi dua hari nak raya, ajak sepupu pergi pasaraya untuk beli bahan untuk tujuh jenis kuih raya. lepas zohor terus buat tiga kuih raya sekaligus. ni baru Amerika derr. berani amik risiko mati cepat. penat penat balik kampung, terus tak rehat, pegang tepung uli uli buat kuih. 

esok nya 28hb pulak, yuyu buat Cekelat Chips, Popiah Gulung. cukup sudah enam jenis kuih buatan yuyu. sebab musabab, kat rumah, atok, emak, dan dua lagi emak saudara yuyu dah buat Kuih Sepit, Kuih Siput, Kacang Goreng Tepung. banyak bukan?

29hb pulak, kami sekeluarga sibuk dengan buat lemang, tapai , ketupat dan rendang. ni part paling tak syok sebab tengah posa, kena kerah kederat nak angkut lemang, nak tahan dengan api, nak isi santan bagai. tapi hasilnya? demam sampai tak leh nak berubat. padan muka.

Mercun & Bunga Api

walaupun yuyu adalah manusia paling sopan santun abad ini, tapi setiap kali raya, mercun wa tak leh tinggal der. boleh cacar air kalau tak main mercun. sampai sampai saja rumah, dah bagi list kat adik suruh beli mercun mercun yang ada di Rajah Namploh di atas. bunga api? puihhhh! budak kecik boleh la main. -..-'

tapi Alhamdulillah, tak ada kes kudong jari kaki mahupun ibu jari atau rumah terbakar akibat leka bermain mercun. selamat lagi. cuma berlaku kemalangan jiwa akibat tahun ni tak banyak pilihan mercun yang ada. hmm. tak best.

Malam Raya
tepat malam raya, kat kampung yuyu macam ada satu perlawanan tembak bunga api besao gedabak tu. rumah ni tembak. rumah tu tembak. rumah yuyu? wajib la tembak setiap kali raya. punya penat kusyuk biji mata tengok bunga api, tapi tak snap sekor pun bunga api.

 
hasil manusia takda darah seni tangkap gambaq

gambar sepatutnya. ihsan Google.

Hari Raya

tahun ni tahun terbaik. sebab musabab, tahun ni satu keluarga boleh sembahyang raya. seronok rasa nya. bangun kemain awal, pergi masjid. syahdu sungguh dengar takbir raya. padahal entah puasa ni di terima Allah atau tidak.

tahun ni juga, ramai yang datang beraya. duit raya tok sah cakap la. pasti la yuyu menang dalam pertanding mengumpul duit raya terbanyak. dah banyak tahun berturut turut yuyu kalahkan adik adik dan sepupu yuyu. best bhai.

rumah terbuka pulak berselerak kat kampung yuyu. sini buat, sana buat. perut adalah organ paling gembira hari tu. keje menketedarah je. beraya rumah sedara mara pulak dapat makanan paling enak di dunia, memang balik rumah, perut naik ke atas la.



sikit saja gambar raya tahun ni. tak macam tahun lepas. tahun ni yuyu tepek gambar paling sikit sebab musabab tak berkepit dengan kamera. sibuk situ sibuk sini. kamera pulak tak bawa balik charger. hmm. sayang betul.

apa apa pun, yuyu mintak maaf kepada semua kawan kawan belog yuyu, minta maaf zahir juga batin. Selamat Hari Raya ke entah dah berapa hari dah.minta maaf kalau tersalah cakap, terguris jiwa raga, dan terlebih mana mana la. halal kan semua ya.

p/s : maleh den nak hapdet panjang berkajang.

terima kasih sudi baca :)

74 comments:

  1. waaa...da update jugak akhirnya....selamat hari raya,...=)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya yuyu!
    happening gila main mercun tembak sana tembak sini..hehe;D

    ReplyDelete
  3. selalu mercun tu kita beli je tp orang lain yang main.sebab musabab adalah takut kudung jari dan nanti mak bebel sebab memekak.hahaha

    ReplyDelete
  4. yuyu,selamat hari raya,ek eleh relax la yuyu,raya ada sebulan ,sempat punya entri ni,hehehe.....wait-wait,nampak perubahan dimuka yuyu,auwwww!

    ReplyDelete
  5. wahh,pink...sya ngan twin pun tema pink tahu ni.^^

    main mercun itu best,brlawan dgn satu kampung,sape lagi kuat.hohoo..

    btw,slamt hari raya yuyu..:)

    ReplyDelete
  6. Yuyu comil..salam lebaran..
    Nunuulicious.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. tema raya warna pink eh?

    selamat hari raya yuyu..

    ReplyDelete
  8. salam lebaran utk adikku yuyu..
    fuh!!!!!!!!!!!!
    lamatak singgah sini.. rindu........

    ReplyDelete
  9. slamat hari raye yuyu... kalau ada kesempatan datang la singgah blog usang aye ye....:)

    ReplyDelete
  10. huish.. giler ar.. stu hari 3 jenis kuih.. ni memang kerah tenaga betol.. maz pun tak larat lorh.. :)
    satu hari dpt buat dua jenis jer. tu yang paling larat. hehehe.. selamat hari raya yuyu.. maaf zahir dan batin yer.

    ReplyDelete
  11. gila respek yuyu buat kuih.banyak pulak tu :)

    ReplyDelete
  12. salam...

    wah sedapnya kuih raya...boleh kirimkan kat kancil ke

    ReplyDelete
  13. yuyu!
    rindunye dgn kamu..heeee
    x terlambat lagi syg
    comey je die kan..
    heee
    camat ari aye deaa! =]

    ReplyDelete
  14. kat kg cp pon sama.. bila umum jer esok raya~~ kita org memang dah ready naek keta nak round2 kampung tengok bunga api.. semua rumah nak pasang bunga api mcm fireworks battle of the year..=_=' pape pon mat raya yuyu comel! :)

    ReplyDelete
  15. wah selamat hari raya yuyu hehe..

    cikbeskod main mercun pop pop je huhu

    ReplyDelete
  16. rumah kite tak buat lemang. tak reti. hehe



    selamat beraya lagi yuyu. ekekke ;p

    ReplyDelete
  17. selamat mengempiskan perut semula yuyu. hehe ;p

    ReplyDelete
  18. syawal kan sebulan.camat ari rayer yuyu comeiii ^^

    ReplyDelete
  19. selamat2 beraye lagi....hehe...best je bace entri ni...

    ReplyDelete
  20. Yuyu comell muka natural takde make up !

    ReplyDelete
  21. selamat hari raya yuyu.. kat kampung putri pun bakar lemang..men bunga api, mercun.. meriah.. meh lihat kemeriahan raya putri pula di sini

    http://putrilyanie.blogspot.com/2011/09/raya-raya-raya-aidilfitri.html

    ReplyDelete
  22. alaaa.. rugi x pegi masjid haritu. kalau x, mesti dah jumpa yuyu. *cuti.hehe

    ReplyDelete
  23. selamat hari raya yuyu! wah, banyak betol kueh raya, nampak sedap plak tu..nak cikit..hehehe

    ReplyDelete
  24. aummmm..update gk si comey ni hek!
    comey laa yuyu bertudung pink awww...ayu jep :)

    ReplyDelete
  25. finally ade gak update dr yuyu.selamat hari raye yuyu.huhu
    ramai betul yg dapat demam raye ni kan,myra pun same.huhu.





    yuyu,jemputlah beraye di blog myra pula.http://lalalahidop.blogspot.com/2011/09/2011-real-raye.html

    ReplyDelete
  26. Selamat hari raya Yuyu

    http://batulesung.blogspot.com/2011/09/kd-dapat-anak-perempuan.html

    ReplyDelete
  27. yuyu comey..selamat hari raya. ampun maaf di pinta!

    ReplyDelete
  28. selamat hari raya kak yuyu!
    haa..masih terasa wall post yang kak yuyu komen tadi..hee :P

    ReplyDelete
  29. selamat hari raya kak yuyu. ololo, comeynya. tak basi aihh..

    ReplyDelete
  30. selamat hari raya yuyu! hehe :D

    ReplyDelete
  31. selamat hari raya yuyu..
    wah finally dpt jugak baca entri raya yuyu..sukeee :)
    pinky gitue n rajin sungguh anak dara ni mmbuat kuih raya..kalau ieqah kat kdah mmg da p terjah umah yuyu sbb ieqah mmg suka kuih raya handmade n fresh :)

    ReplyDelete
  32. blog walking,selamat hari raya.
    jemput singgah my blog.

    ReplyDelete
  33. aku ska stail yuyu menulis.Ckup brsahaja...santai n yg paling penting...KELAKARRR!!

    ReplyDelete
  34. polissss!!meh tangkap yuyu..dia main mercun..

    ReplyDelete
  35. Selamat hari raya kak yuyu yg comelllll :D

    ReplyDelete
  36. selamat hari raya kak yuyu ! :)

    nana xx

    ReplyDelete
  37. kaw2 punya mentekedarah yuyu ni..haha

    ReplyDelete
  38. sronok cik yuyu beraya ^ ^
    salam aidilfitri

    ReplyDelete
  39. SELAMAT HARI RAYA Yuyu ^^

    MAAF ZAHIR BATIN..

    jemput mkn ketupatrendang almond london kt rumah Efa :)

    ReplyDelete
  40. ehhh! lain laks pic last yuyu tuh, hehe~~

    neways selamat ari raye jugaq yuyu :)

    ReplyDelete
  41. selamat hari raya yuyu!!...

    yuyu still dpt wit raya lg?...hehe

    ReplyDelete
  42. jihah : hahaha.. perli nampak :P grrrr~

    miss : selamat hari raya sayanggg!

    fae : nak rasa best hari raya, mai umah yuyu :p

    ReplyDelete
  43. money maker : hahahaha.. gedik nya ^^

    anak teruna : hehehe... dah lama kan yuyu tak berbelog :)

    maisarah : heheheh.. mak yuyu rilek je :P

    ReplyDelete
  44. meaw : hahahah.. siap laaa.. nak hapdet lagi panjang 2 :P

    cahaya : pink tu bukan baju raya la sayanggg ^^


    cnunu : salam lebaran sayanggg :)

    ReplyDelete
  45. dalam bulan raya lagi lambat2 wat entry pun tarak hal...raya kan sebulan...huhuhuhuuuuu selamat hari raya....

    ReplyDelete
  46. HEBATNYA KAK YUYU BUAT KUIH RAYA BANYAK2 SEKALI ! ;D

    ReplyDelete
  47. SEMPAT LAGI TEWWWW MAIN MENGHECUN YEEE ;D

    ReplyDelete
  48. YAN TAK BOLEH SEMBAHYANG RAYA LAGI TAHUN NI.SEDIHSEDIH.SOB2

    ReplyDelete
  49. Amboii, yuyu tetap maintain comel! ;D

    Beza Ain dgn Yuyu...maser raya tu, kamera Ain 24/7 bawah ketiak! huhu.

    Tak caye, ce tengok kat blog ain nih! haha.

    ReplyDelete
  50. slamat hari raya yuyu..toomeyyynyerrr dia ^^

    ReplyDelete
  51. slamat hari raya yuyu..heheh akhirnya dapat gak baca entri baru yuyu..mizz mo baca

    ReplyDelete
  52. selamat hari raya yuyu comel...bak sikit wet raya hahaha

    ReplyDelete
  53. masih belum lambat lgi... selamat hari raya..

    ReplyDelete
  54. salam aidilfitri jugak...still sempat lagi kn? ^_^ raya kan sebulan..huhu...bgslaa bz wat keje dr amik gambar byk2...at least tolong ur folks..

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)