HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Tuesday, September 6, 2011

Tentang Sarapan

Assalamualaikum ^^

bercerita pasal sarapan pagi idaman perut perut chomel sekalian. nak ikut nafsu serakah ni, list makanan boleh lawan list beli belah barang raya kat Tesco. siyes banyak. tapi tapi. nak list yang paling utama dalam kepala hotak je.

berikut adalah pemenang sarapan yang mencairkan hati yuyu :

Nasi Lemak Turun Temurun Kegemaran Ramai.
walaupun nasi lemak merupakan juara bagi sekalian sarapan. boleh bergaduh dengan bos kalau tengah makan saja nasi lemak, bos suruh berenti. kacau line wa ni. tapi, yuyu tak memilih nasi lemak walaupun sungguh pada beliau. sebab terlalu berat bagi yuyu.

berat bukan bererti nak bawa pinggan sampai tersungguh cium bontot kawan. tapi berat sebab kalori beliau tinggi sungguh. kesian perut choomel dahku. baru nak warm up pagi pagi, dah kena bekerja keras nak proses kalori yang siyes bhai tinggi kemain tu.


Roti Canai Idaman Manusia Abad Ini

makan time hujan, orang belanja pulak tu, rasa macam nak makan sampai keras perut. hoish. memang layan la roti canai. (tapi yuyu lagi suka roti telur). tapi tapi, pun yuyu tak memilih sebagai menu sarapan yuyu walaupun yuyu reti buat roti canai (main lenyek lenyek ja, jadi juga).

sebab berminyak. ni yang paling wa tak suka. baru nak makan sampai stim. dah ada minyak jadah penghalang rasa nikmat sarapan. kang tersumbat salur darah yuyu, sapa nak tanggung? pun tolak tepi. nak makan pun sekali sekala.

Cekodok Oh I You

ni paling tak leh yuyu tahan.kalau tengok belog yuyu pun dah tahu, betapa cekodok dah tertepek hebakk kat hati yuyu ni. dah sebati sebagai anak orang kampung yang di jamu setiap hari dengan cekodok. tak cekodok ikan bilik, cekodok pisang, cekodok kelapa pun orait juga. 

tapi pun sama. berminyak sungguh. sebagai gadis sopan santun kerap bermastautin kat ceruk dapur, mesti tahu, bila dah tapis cekodok ni pun, minyak belia masih banyak. jadi. tolak tepi dulu. makan pasti makan. 


jadi takkan la yuyu tak makan semua tu? rugi nikmat dunia tu. tak tak. yuyu tetap makan. mana boleh tak makan. tapi tapi, yuyu akan makan lambat sikit. makan yang lebih ringan daripada segala di atas tu

Bijirin Sarapan 

yap. macam omputih pulak makan natang ni kan. tapi ni la yang yuyu pilih setiap hari. lepas Subuh, yuyu akan amik CornFlakes, atau Oat, atau Nestum, tuang susu tanpa gula. simple pun sangat sangat simple. tapi bagus untuk perut pagi pagi yang masih lemah untuk bekerja.

tak kesian ke kat perut kita?

kalau ada pisang, yuyu akan makan pisang. bagus untuk pencernaan. bila dah pukul 10pagi lebih ke, baru yuyu memilih untuk makan makanan kecintaan sanubari yuyu tiga terhebakk di atas tadi tu. baru la rasa tak bersalah dengan perut.

sebab yuyu ni sangat sangat berpantang bab makan. setiap pagi memang susu jadi pilihan. segelas susu pun dah cukup untuk sarapan. tengah hari lain cerita. melantak la sesuka hati. pagi pagi ni, rasa belas kasihan kat perut tu tinggi sikit. perut kita juga kan.

p/s : sape la yang pasang lagu Falling In Love__Dato Siti kuat kuat ni. dah la berulang ulang. hilang idea nak taip entry.

terima kasih sudi baca :)

68 comments:

  1. oowwhhh...teliur air mate T_T


    ^^

    yuyuuuu comel!! ^^

    ReplyDelete
  2. nasi lemak selangor dengan kat belah utara lain kan..... nasi lemak selangor jugak sedap :D

    ReplyDelete
  3. baru je mensettlekan sepinggan nasi lemak buatan mama.. pergh!! selamat pagi cik yuyu comey!!

    ReplyDelete
  4. Hahaha. Terliur sayaa! :D Makan-makan juga. Pemakanan kena jaga. HOHOHOH :D

    ReplyDelete
  5. @efa nur hahhaha.. asal air mata yang terliur!!! hahahah!

    ReplyDelete
  6. @meawarghhhh! nasi lemak utara la juara nasi lemak dunia! hahaha

    ReplyDelete
  7. alolo sedanye roti canai ngan cekodok tuh. tetibe rasa lapo ^^, jemput singgah tgk entri terbaru sy : aku redha cinta ini kerana Allah

    ReplyDelete
  8. mkanan feveret juga. nasi lemak kalau smabal sedap. mmg menjadi la. tmbah lagi dengan telur mata. umphh~ sedap.

    ReplyDelete
  9. suka cornflakes with susu! pehh...makan tu je pun dah cukup untuk sarapan.hehe

    ReplyDelete
  10. cekodok ikan bilis, cekodok pisang, cekodok kelapa .??

    Cekodokk Durian Yuyu Pernah Makan takk ? Sedappp oohh =)

    ReplyDelete
  11. weeeeee
    ni bole jadi diet utk kurus ye..
    huuu
    nak itot cam yuyu laaaa
    hehehee

    ReplyDelete
  12. yuyu tak ley terima kenyataan,haha :P

    ReplyDelete
  13. Terliurrrrr! Padahal semalam semalam baru pekena roti canai instant beli kat kedai pakistan! huhu.

    ReplyDelete
  14. sy pagi2 mkn nestum..tgh hari br mencekik sepuas hati..hehe :)

    ReplyDelete
  15. sy pagi2 lagi melantak nasi+ikan sardin..

    Arghh..perutku...!

    KESIAN.

    ReplyDelete
  16. gua kalau bagi tiga yang terhebakk tu skali gus pon gua bedal je pepagi..asal perut riang gembira sudah..lemak2 lain cerita..tp body tetap mantain~wahahahaha

    ReplyDelete
  17. i miss nasi lemak...Yuyu! come to beijing and cook it for me please....

    ReplyDelete
  18. plg suke nasi lemak pepagi ... time jap g makan confirm cepat nau pencernaannyer, hahaha~~

    ReplyDelete
  19. sdapnye nasi lemak tu..mengoda btol..lapar**

    ReplyDelete
  20. banyaknye maknn bes2 kat cini..nasi lemak paling menambat hati!

    ReplyDelete
  21. tu diaaa..
    aku lak pepagi suka nasi lemak walaupun perut cumil cam yuyu..

    ReplyDelete
  22. hey..cik yuyu..ni dia link saye yg cik yuyu minx di fan page cik yuyu..terjah aww..sori saye da teramik 'cekedis' cik yuyu...uh..huahua..

    bace bismillah ni mkn nasi lomak..sebijik cmni..

    ReplyDelete
  23. cokodok mesti ada! haha
    yuyu kena tengok sini pulak!
    http://salwaismail.blogspot.com/2011/09/makanan-mesti-makan.html

    ReplyDelete
  24. alaaaaaaaaaaaaa dah lama tak makan nasik lemak.

    nasik lemak tempat eka kan murah..1.20 pakai daun pisang..simple je..sambal dan telor sikit..tu jer.....

    rasa dia memey umphhhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  25. hehe..ske mkn cekodok ye yuyu ni..kte ske jempot2 bilis tu..sdp weh mkn pns2..=)

    ReplyDelete
  26. cekodok..kegemaran alisya tu....

    ReplyDelete
  27. kite pom makan koko krunch aje , hee

    ReplyDelete
  28. yuyu,jahat tau awak..dh la akak tgh dok mengidam nak makan nasi lemak yg sedap..tapi tak jumpa2 lagi..makcik jual nasi lemak dkt rumah akak coti raya lagi...

    ReplyDelete
  29. salam yuyu...semua sarapan di atas mmg sedap2 belaka....
    cekodok pisang tu yg buat x tahan lama dah x mkn cekodok pisang...:)

    ReplyDelete
  30. cekodok tu makan petang2 mmg bagus. klu kak yuyu xnak mai kat ika. ika nak. hehe...

    ReplyDelete
  31. walaupun abac masa petang tapi tetap terliu jugak . derita tgk cekodok tuh , nak nak dan nak !!!! . hahaha

    ReplyDelete
  32. aaaah,memang tak menahan..suma sedap ^_^
    patot lah kak yuyu cumel je, dok berpantang makan upanya :D

    ReplyDelete
  33. kita pernah try makan cornflakes pagi2. tapi tak kenyang. kih3. sebab pagi2 suka makan berat so ada energy nak g kelas (ssssangat) kah3. pastu kalau makan ringan2, kawan asyik bising "patut le hang kurus" -.-"

    ReplyDelete
  34. nyumm nyumm...
    sukaa sgt tgok yuyu jaga pemakanan :)

    ReplyDelete
  35. tiap tiap hari pi kelas,masa odw nak pi kelas minum susu dutch lady sampai orang kata,still baby ke minum susu?haih tak paham dgn manusia ni.

    ReplyDelete
  36. Yuyu.. awak belajar kat KUIS kan... kawan kita duk depan bilik awak.... suka2!!!.. nama kawan kita Aisyah Nur Farah....

    ReplyDelete
  37. Hi! please do visit our blog! we sell purely handmade products such as pouch, earrings, cards et 쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^

    ReplyDelete
  38. huhu
    kiter tak pnh pn sarapan
    xbiasa
    tpi disebabkan xsuka sarapan
    gastrik sllu menular pda dri
    sobs sobs

    ReplyDelete
  39. sarapan kellogs adalah yg paling sehat kan heee ;)

    ReplyDelete
  40. kena pulak roti canai bubuh sambal.
    perghh layan.sampai kelas mata stim.
    Ngantuk sbb kenyang

    ReplyDelete
  41. kena pulak roti canai bubuh sambal.
    perghh layan.sampai kelas mata stim.
    Ngantuk sbb kenyang

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)