HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Thursday, June 2, 2011

Sah Ko Kapir! | Haa?!

Assalamualaikum ^^


dunia belog. hal besar di besarkan dan akan terus menjadi lebih besar. kadang kadang benda kecik pun menjadi besar. bukan sini nak buat entry pasal tumbesaran baik yang sihat dengan adanya Mamil Gold. tak tak. bukan juga nak citer pasal badan besar makan beger lagi la besar. pun tak juga.

tapi, seperti sedia maklum, ala, tipu la kalau korang cakap korang tak tahu pasal Kesah Apa Aku Bukan Virgin. macam dah satu dunia dah tahu isu ni.

bukan kah entry tu di buat pada Disember 2010? betulkan yuyu kalau salah. tapi sekarang pulak yang di besar besar kan. sampai kan hampir seluruh blogger di Malaysia ni buat entry pasal tu. sampai kecoh habis. sampai habis kena hentam budak tu. sape la yang mulakan besarkan semua ni ha?

bukan yuyu nak sebelah kan budak tu. tapi yuyu kurang minat sikit sikap membesar besarkan lagi benda yang dan sangat besar ni.

kenapa tak ambil cara sound secara pukal kat budak tu daripada buat entry sampai semua orang tahu, lalu ke belog budak tu, lalu maki hamun dengan ayat entah pape, terus dorang pulak buat entry, dan perkara ni terus berkembang macam MLM. -..-'

kenapa ya? yuyu bukan apa. bila dah sampai tahap macam ni, siap ada orang buat Face Facebook Account budak tu, siap maki hamun, panggil panggilan yang keji, lepas tu, sebarkan semua ni dekat orang ramai. memang kena bagitahu semua ya?

korang tahu tak yang benda ni banyak sudah orang tahu, sampai kan kawan kawan dia pun mesti la wajib lagi tahu. dan mesti juga semua ni sampai kat mak bapak budak tu. apa perasaan korang kalau korang jadi mak bapak budak tu.

"elehhh, biar la.. biar dia tahu sikit perangai anak dia macam mana"

tu tak kisah, yuyu sendiri pun nak mak bapak dia tahu. tapi, apa pandangan kawan kawan mak bapak dia, pandangan jiran tetangga mak bapak budak tu? tak kesian ke kat orang tua tu? atau korang nak guna alasan ni? 


"entah entah mak bapak dia pun lebih kurang dengan dia"

korang tahu ke sapa mak bapak dia?

yuyu perempuan biasa, yang pernah rasa umur 14 tahun, yang pernah rasa nak buat macam macam. nak enjoy. darah muda yang selalu goyah. yang selalu nak sangat menjadi hebakk di kalangan semua. yang selalu sangat cuba macam macam benda.

tapi, jujur yuyu cakap, dengan tindakan sebar menyebar semua ni, takkan buat kan budak tu lebih bagus dari biasa. mana tahu kerana tekanan, dia bunuh diri ka, tak pun memberontak menjadi lagi teruk. sapa tahu kan? budak.

kan lebih bagus kita gunakan pendekatan lebih baik dengan budak tersebut. tegur secara tegas, dan tutup mulut. biar sendiri sendiri saja yang tahu. siasat dulu, betol ke tu semua budak tu yang tulis? macam mana kalau orang lain yang kena kan budak tu?

tak ke korang rasa bersalah kat budak tu?

yuyu ada baca komen di entry tersebut. haishh. macam macam ayat. ada satu komen macam ni "sah ko kapir!". tak rasa kah kita kafir bila kita menkafirkan orang lain? ada juga komen ini "muka ko huduh la, jijik aku tengok". agak agak apa yang yuyu nak komen pasal ni?

lepas tu, ada satu satu komen "malam ni main dengan abang pulak ya?". haaaa??? bukan sini yuyu nak jadi baik, cuma yuyu tak suka budaya besarkan besarkan hal ni. bukan nak baikkan keadaan, tapi mengkeruhkan lagi keadaan.

sama la isu liwat la, isu hutang la, tak pun isu artis pakai separuh bogel, pasal saya gay, saya okay la. macam macam -..-' satu satu entry akan menyusul. berjuta juta maki, fitnah dan doa buruk yang di beri. hmmm.. sapa la yang mula kan tu ya?

kalau benci atau jijik mana pun kita kat orang tu, kadang kadang kita kena fikir orang yang tak bersalah yang paling dekat dengan orang yang bersalah tu, contoh nya, bini, mak bapak, tokwan, cucu cicit, cikgu Sejarah, penghulu kampung dan sebagai nya.

macam mana budak tu nak membesar dengan baik. macam mana dengan hubungan budak tu dengan kawan kawan nya? dia tegakkan maruah diri konon nya. dah nampak lah situ yang beliau "jahil" bab maruah. tapi, kena kita kena bagi kat budak tu sesuatu yang "jahil" juga ya?

dah dah. malas yuyu nak berpanjang panjang di sini. kalau boleh, delete la enty pasal semua semua tu. kalau nak betulkan budak tu, betulkan lah dengan cara yang baik. hmm.

kalau ada benda yang salah, sila tegur yuyu ya. entry ni cuma nak luahkan selepas rasa tak seronok dengan dunia sekarang. apa kata serah kan semua ni kepada yang MAHA KUASA. Dia saja yang patut menghukum~

p/s : pehhhhhh.. first time yuyu zulaikha buat entry tak puas hati ni! pecah rekod! tulis diary!


terima kasih sudi bace :)

117 comments:

  1. btol2 kak yuyu oi....kita mesti guna la care yg berhemah siket..sian bdak 2..mmg la dia ade bua salah..Tapi Allh bleh angkat martabat seseorang bila2 mase ke dia nak..esok lusa mungkin dia yg masok syurga plak..itu jer komenku sejujrnya

    ReplyDelete
  2. btol2 kak yuyu oi....kita mesti guna la care yg berhemah siket..sian bdak 2..mmg la dia ade bua salah..Tapi Allh bleh angkat martabat seseorang bila2 mase ke dia nak..esok lusa mungkin dia yg masok syurga plak..itu jer komenku sejujrnya

    ReplyDelete
  3. betol tuu ... kite sepatotnye tegor dgn care baik..tp budak tu silap..sepatotnye x perlu bukak pekung sendiri ...

    ReplyDelete
  4. kapir = orang yang menyerang islam secara agresif.sedangkan org bukan islam yang datang di bumi islam berhak mendapat layanan seperti tetamu..

    adoi.senang je paggil orag kafir erk.

    aceli bende ni dah 2-3 hari kut.makin kencang orang bercerita.ct ade jugak terbaca komen kat blog tu.semacam hal yang mereka cakap sampaikan ct tak tahu yang sedang komen tu agama apa.

    ReplyDelete
  5. takpe Kak Yuyu pecah rekod tulis diary pon..Yana pembace setia..huu^^
    ade ke yang cakap "sah kau kapir" tuh..haiyoo..dah keterlaluan tu..at least nak tegur kita buat ayat jangan terlampau HEBAKKK lah kan..hehe..entahlah..bagi Yana,baik duduk diam2 tutop mulut :)

    ReplyDelete
  6. yuyu, tu lah orang melayu. pantang nampak orang lain buat silap. biar ajelah budak tu sorg yang letak otak kat lutut. ni dorg pn sama otak letak kat lutut. kan dalam Islam dah bgtau jangan aibkan orang lain. Ni siap maki2 lagi. entah apa2. bimbing la budak tu jgn bg dia buat maksiat lg. ni lag caci maki dia. adoii. kesian budak tu. esuk lusa masa depan dia ntah mcm mana.

    ReplyDelete
  7. nih bukan diari ker??ahahaha....

    ReplyDelete
  8. nice. ini barulah cara yang betul. sentiasa positif. jangan menghentam budak tu dengan gelaran tak patut.

    ReplyDelete
  9. rilek la Yuyu..
    mulut orang mana bisa ditutup dgn meatball..

    ReplyDelete
  10. btl tu yuyu ! sy pon tgk besepah page that girl . smpati bkn bmkne skong ape yg die dh bt , tp bg peluang . kte xde hak nk mghukum >.<

    ReplyDelete
  11. Betul tuhh, saya pun 14 tahun, masih "jahil" lagi bab2 niyh, tapi tak payah lah sampai maki2 budak tuh, kesian dia.

    ReplyDelete
  12. "Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa, termasuk juga kita yang sedang menyalahkan yang lain....peace no war..."

    ReplyDelete
  13. itulah budaya blogger.bila sorang kecoh pasal isu ni,semua kecoh.padahal tak tahu sumber dari maa,apa yang sebenar jadi.

    x caya tengok lepas ni mesti kecoh isu cerai prince william ni.kalau nk main SEO boleh,tapi biarlah fakta dan kita sendiri baca sumber tu dari mana.bukan terikut2 entri blogger lain

    ReplyDelete
  14. kesedaran sivik dah luntur..pesalah dn penunding jari pn da xpkir kebekan kbrukan byk pihak... ^^,

    ReplyDelete
  15. btul tue yuyu. sapelah kita nk hukum sesama manusia. hamba kpd NYA. mmg xlyk lgsung.

    tp tuela, mnusia mmg ska brsikap mcm tue..


    <~a href="http://boongakecik.blogspot.com">boonga kecik punya entri lak..<~/a>

    ReplyDelete
  16. dah muak sik bace entry sal bdk 2 jew kat blogger arini, huhu~~

    tp tetap sokong yuyu :)

    ReplyDelete
  17. hmm..kalau nak menegur org..kena cara yang betul. Cara orang boleh terima..bukan yang main boohh aje.. peace :)

    Jom baca ni :TV Al-hijrah kini di saluran Astro 114. Kitab Cinta dan Cinderella Man the best.

    ReplyDelete
  18. sabar ikan yu..eh silap..yuyu..ehhehe..*saje bg yuyu tenang*jangan serang sern!hehhehe... Tu la manusia yuyu...suka sangat mengadili manusia kan. Well.dyerang rasa dyerang tak pernah melakukan kesilapan. tapi siapa tahu yang dyerang melakukan kesilapan? cuba la dyerang update kat blog kesilapan dyerang?! hah! nak tak nak dyerang pula yg akan dijadikan isu..so far, sern malas la nak ikut isu tu...huhu.dah biasa berhadapan dgn org mcm tu....tp mentaliti masyarakat malaysia...silap sikit hentam..hentam tu tak ringan..datang segedabak! hah, amek kaw!okayla...aku plak nak buat enty sini.ahahha...balas jgn tak balas!hahha..

    ReplyDelete
  19. yaaa,onie sokong tu,sebab apa..benda yang dah besar tu tayah la besarkan lagi, yg komen ngengada,yang komen mintak doa yg tak elok dengan kata kesat tu dorang tak pikir ke sape yang lagi jahil?seolah-olah orang tu tak berfikiran matang menyelesaikan sesuatu masalah ni..

    kita sebagai manusia kadang-kadang selalu melakukan kesilapan,sepatutnya kesilapan tu kita perbetulkan dengan cara yang baik,bukan terus dengan kata-kata atau umpatan orang...

    onie ,kalau bab nak nasihat orang tak pandai la jugak sebab yela,kadang-kadang diri kita tak sempurna, nasihat orang tu ada yang boleh diterima ada yang tak..dari situ kita cuba mendalami diri sendiri...jangan tau nak perbesarkan benda alah semua ni...

    onie tengok dari pagi tadi tak abis-abis dengan entri non-virgin tu...kita jadi penulis blog jangan senang-senang nak aibkan orang even orang tu buat macam tu...

    apa yang cik yuyu kata tu onie sokong jugak la,kita bukan nak sebelah kan dia,yela kalau mak bapak dia tau cane? dalam hati onie macam tertanya2...dari sibuk cerita pasal orang baik kita jaga diri kita sendiri,jangan jaga tepi kain orang...sama-sama kita doakan satu hari nanti dia dipermudahkan dan peroleh hidayah, insyaAllah..

    ReplyDelete
  20. Baca komen2 kat situ kesian lak dia... Takut bunuh diri lak budak tu. Semua buat silap tp rasanya dari dok maki2 dia better nasihat elok2. X perlu kot dok post sal dia kat FB semua.

    Setuju sangat dengan Yuyu. Siap ade page Facebook dak tu. Cam ape dah aih.

    ReplyDelete
  21. kalau kita nak menegur orang pun kena pada caranya,bukan main tegur jer..kita pun pernah seusia budak tu,mesti kita faham..jiwa muda,semua benda nak dicuba..cuma bukan menyebelah mana2 pihak..Isalam sendiri pun ada mengajar kita bagaimana nak tegur sesorang tu,bukan dengan cara menghukum terus..budak tu pun silap jugak,benda semacam tu pun tak perlu dihebahkan,Allah sendiri memelihara aib kita sebagai manusia,jadi kenapa perlu kita sendri buka pekung didada..cuma,apa yg baik jadikan panduan,tu jer..:)

    ReplyDelete
  22. setuju tu! buat entri bende yang xbaik dan besar2kan kompem budak tu popular. dah popular paham2 la sendiri.

    ReplyDelete
  23. tepuk dada..tanya selera.. masing-masing dah besar. pandai menilai baik buruk.

    oh duniawi~

    ReplyDelete
  24. btul skong apa yg k.yuyu kata..lg pon kita bukan tahu betul ke x dia yg tulis smua tu..entah2 ada orang nak kena kan dia..guna muka dia lepas tu tulis itu ini sbb nak malu kan dia ke kan...!!

    ReplyDelete
  25. terima kasih yuyu mngingatkan sesame manusia, semua orang ade kekurangan,sya pun ade kekurngan saya, masing2 ade kekurngan masing2.. doakn semoga budak trsebut berubah.. dan mereka kat luar sane pn berubah, tak buat entry macam tu lg kan..:) bagus cara yuyu menegor..:)

    ReplyDelete
  26. betul tu yuyu.. patotnya perkara camni tak patot dibesarkan. demi menjaga hati byk pihak. mungkin betul budak tu slh. tp sapelah kita untuk menghukum orang kan..

    hurm.. harap2 cepatlah perkara ni selesai. doakan yg terbaik untuk semua. :)

    ReplyDelete
  27. orang melayu jakun macam tu la,benda kecik nak besar-besarkan.
    Macam orang asli baru keluar dari hutan.
    Pertama kali jumpa menara KLCC,
    Pertama kali jumpa blog,
    Pertama kali tulis entry.

    gua gelar mereka jakun

    kan yuyu kan?

    ReplyDelete
  28. farah sokong yuyu..semua blogger buat isu pasal budak tu....aihs bosan laaa

    ReplyDelete
  29. btul tu kak, bila kak yuyu nak singgah blog sushi nih? :)

    ReplyDelete
  30. hye akkq!! hehe. .

    agak larr kesian kt budak tuh. .
    sekarang nie pasal prasaan orang lain pun da x ambil peduli. . tu yang susah tuh. .
    kalu boleh jangan lah cmtu takut hari lain diri sendiri pulak kene. .
    who knows right. . ?

    ReplyDelete
  31. ade betul nye jugak apa yg yuyu cakap. tapi yang membuatkan orang mara tuh cara penulisan dia tuh yang seolah-olah bangga diri bila dia dh tadak dara. cuba pikir kalau kaum lain yang baca.tak malu ka kita sebgai umat ISLAM? even kaum Cina pon tadak buat perangai cam nie. diorang pon tau malu jugak. tapi kenpa dia sebagai Islam tak malu?? malah berbangga plak bila bnda nie kecoh.lain la kalau dia cakap " iyee aku mengaku aku dh terlanjur dan tak dak dara tapi aku dh insaf atas apa yg berlaku and bukan kehendak aku. aku hanya manusia biasa" see...! kalau dia ckp cam nie mungkin perkara macam nie tak kan berlaku....bg saya blogger yg wat entry pasal nie or org yang komen secara melampau tuh tak salah. -sekian- (sy tak wat entry psal nie pon) :)

    ReplyDelete
  32. WAHHHH....lancang yuyu keluarkan pendapatnyaa...saya sokong statement nih!!!

    habis org nak hentam dia, dah jadi wwt da kat twitter..ermm

    ReplyDelete
  33. peh, statement tak puas hati kak yuyu!
    betul tu kak, kite kene lah tegur dgn cara berhemah. tak yah la nk memaki ke ape.
    macam2 lah sekarang ni..

    ReplyDelete
  34. siapalah kita nak mengkafirkan orang...kita pun manusia biasa jugak......

    ReplyDelete
  35. hurm , setujuu dgn pendapat kak yuyu . bukan dia seorg yg non virgin . org laen , tak pulak dihentam . disebbkn dia mengaku . semua nak kecam , sepatutnye kita bimbing dia kembali ke jln yg benar , if kita terus mengeji dia , maybe dia kn bertindak dgn lebih tdk rasional . tq

    ReplyDelete
  36. hmm.. mende ni pon saya baru tahu sebab saya terbaca entry kat blog kawan..

    lepas terbaca satu entry ada pulak lagi banyak entry lain berkenaan dengan kes budak ni..

    tapi saya hanya mampu komen....doa je la semoga budak tu di beri hidayah...begitu juga kita semua.. :)

    ReplyDelete
  37. Setuju sangat dengan Kak Yuyu.

    Emm semalam saye ade tulis gak pasal kes ni. pendapat saye sama dengan kak yuyu, tapi mungkin cara penyampaian saya lain. dan mungkin jugak salah. ape2 pun, menghukum dia sampai camni bukan jalan yang terbaik.

    ReplyDelete
  38. errr.. setuju dengn entry yuyu ni.. tak perlu kot nak maki hamun masa kita nak bagi nasihat...

    ReplyDelete
  39. betul2..gee baru baca post tu arini..huhu ntahla..gee xtaw nak komen cmne la cik yuyu..xpela kita doakan semoga adik tu bertaubat...gee rasa dia x matang lg..

    ReplyDelete
  40. orang sekrang dah macam tuhan.baru jek buat entry pasal tu.malaysian kan sangat sensitip pasal hal-hal ni.duk mengata orang macam diri tu bagus sangat.siap ada yang pertikaikan iman die lagi.iman sendiri macamna?haih.


    http://bonbonboncet.blogspot.com/2011/06/orang-sekarang-dah-macam-tuhan.html

    ReplyDelete
  41. betul la yuyu...tak perlu la sampai nak sebarkan aib org lain.kte hya mmpu berdoa spya budak tu cpt2 btaubat...

    ReplyDelete
  42. good entry yuyu.. =)

    masa first time sy baca blog die tu, sy x terlintas pon nak maki. yg sy rse cume sedih. sedih diatas tindakan dia tu. tapi yg lagi menyedihkan sy ialah tukang-tukang komen yg menjatuhkan hukum sesuka hati. tak termasuk dengan penghinaan lagi.

    malah, ade tukang komen yng pakai tudung tu. tapi bahsa kemain kesat dan mencarut bagai.

    ReplyDelete
  43. Kesian la budak tu..Huhu...Tgur la dgn cara berhemah..X baik memalukan die..

    ReplyDelete
  44. stuju dgn endapat yuyu
    ptot kite doakan dye
    lg ye maki lagi org tu hangen
    dye bdk2 ape dye taw :)

    ReplyDelete
  45. betol tuh..

    enough is enough lar kan!huhuhu

    http://bambam-story.blogspot.com/2011/06/blogger-tiada-dara-vs-blogger.html

    ReplyDelete
  46. betul tu yuyu. nak menegur dengan cara yang berhikmah.

    pastu, lau nak buat entri pasal tu boleh, sekadar pengajaran.

    bukan penuh makian dan cacian.

    lau macam at my blog, i'm just writing what i feel about her, and just being wise in advicing.

    pasal caci maki, dan cara yang jahil, ianya norma masyarakat melayu.

    ReplyDelete
  47. owh. bru tau pasal ni,, kesian budak tu.. hurm..

    ReplyDelete
  48. sokong Yuyu!! kenape nak hentam budak tu secara hebakk. siap maki hamun lagi kat blog dia..bagi la dorongan ke, bimbingan ke, kelas tusyen ke... kan kan...

    (^_^')

    ReplyDelete
  49. betul. tak elok kalau kita maki budak tuh. kesian kat dia. underage lagi. tapi kan, kalau sampai parents dia tahu aku rasa lagi bagus. jgn dibiarkan terlalu sosial sgt budak2 sekarang ni. nanti menjadi2. cukuplah kita bagi nasihat dan selitkan sikit hukumnya. tapi memang malu gilalah bila budak tuh wat pengakuan tu. apa boleh buat, budak kan. sesedap rasa beliau je. mungkin Allah jadikan benda ni sebab nak suruh dia bertaubat. manalah tahu kalau itu hikmahnya

    ReplyDelete
  50. supporttt yuyu... yg ckp muka huduh tu, ish3 xbaek tau ckp ciptaan allah huduh...

    ReplyDelete
  51. dalam islam ada keadaan yang diharuskan mengumpat...tak silap saya kalau seseorang itu tidak malu dengan maksiat yang dilakukan kita boleh memberitahu orang lain di sebabkan sudah hilang aib si perlaku maksiat itu. saya juga tidak bersetuju orang mengunakan kata2 kesat untuk menegur budak ni. tapi kalau perkara ini di diamkan mesti perempuan lain yang sebaya dengan budak ni akan menganggap tiada dara itu normal. orang dah tak kisah

    ReplyDelete
  52. pada pandangan sayala.. memang xpayah pun dibesar2kan, either betul atau x cite tu.. ntah2 sekadar di buat2.. kalau tgk blog budak tu every 19th or 20th plusplus mesti bertukar bf and bf kt sidebar tu pun bukan betul bf pun sebab siap boleh declare ikut suka sendiri,jumpe kejap terus kapel,boleh buat drama swasta excident teruk and latest post dye pun siap bertekak mcm kawan.
    memang dye sgt inginkan centre of attraction in either way femes macam orang2 kat luar negara yg takda hal pasal benda2 camni.
    yes, hal dye world wide topic kat tweeter and bile semua orang like page dye banyak2 makinla dye suke and itu xkan bantu dye pun.. dye akan rasa lebih bangga.. Allah je yg tahu kenapa dye declare macam tu and kenapa dye buat semua tu (samada ye atau x). sama-sama doakan :) ini pandangan saya je

    ReplyDelete
  53. kesian budak tu.
    doakan je la allah bg hidayah tuk dia.

    ReplyDelete
  54. setuju ngan kak yuyu sesangat ! tak patut la orang wat macam tu walaupon budak tu memang salah kan...

    auni pun bukan nak bela budak tu tapi ade cara yang lebik baik nak tegur sekalipon.kita ni bukannya Tuhan nak jatuhkan hukum pada orang lain.sepatutnye kita sama2 doakan dia...

    Semoga Allah mengampuni semua dosa dosa kita sama ada sedar atau pon tidak. wallahualam.

    ReplyDelete
  55. saya setuju sangat dengan sisss. kdg2 mentaliti masyarakat kita nie memang pelik. perkara yang dah sedia buruk lagi nak heboh2kan pastu at the end bukannya dapat selesaikan masalah lagi tambah azab adalah. tadi kikio pegi kat page like budak tu. macam2 komen lahh bole baca kat situu. yang banyak bukan bagi nasihat tapi nak mengutuk lagi adalah. yang mencarut pun tak kurang jugak. hadui. kalau nak tengok yang bagi nasihat bape kerat je lah kan. geleng2 kepala jelah baca. =.=

    ReplyDelete
  56. betol yuyu . stuju sangat . actually irg yg mulakan benda ni lagi salah . sebab dah sebarkan aib dia . memang la dia tulis kat blog dia but in other way spatutnya tegor anta comment je la . tak payah nak sebar2 kat orang lain . huhu . dr org tak tau, jadi semua tau . nanti kena kat btg hidung sendiri mcm mana?

    ReplyDelete
  57. ni la perangai org kte zaman sekarang..susah sgt nk fkr ke arah negatif

    ReplyDelete
  58. betul dis 201.. IR tau cerita ni sejak bulan 1 lgi.. tpi tak kecoh pon.. spe ntah yg kecoh ni.. adehh, benda buruk nk hebohkan sgt.. benda baik x nk pulak heboh.. heboh jgk, tpi x byk.. byk heboh yg x baek

    ReplyDelete
  59. dia baru 14 thun je kot.belum dapat bezakan dengan matang lagi yang mana betul yang mana tak..yang menegur pun berpada-pada lah.kita sesama islam kot.kalau kutuk gila2 pon bukan boleh kembalikan dara budak tu balik.mana taw silap aribulan kene kat muka orang yang kutuk tu balik.we didnt knoe.kalau nak tgur mmg dia xkan makan saman.just doakan supaya girl tu di lindungi Allah dan dapat hidayah...amin~ :)

    ReplyDelete
  60. Dayana pn ada buat entry mcm kak yuyu awl pagi td, sbb tk ptotla bsr2 kn hal.. Lgpun, kte ptot nasihat and bukan maki hamun kn.. Klu xd entry nk tulis pn xpyhla nk maki2 dia, nsht baik2 suda.

    ReplyDelete
  61. 100% setuju ngan yuyu ! I post entry pasal nih !

    ReplyDelete
  62. pendapat akak lah kan...
    biarlah dia nak tulis macam tu dalam blog dia, itu hak dia! kalau kita tak suka dengan cara dia hebah2 kan pasal kes dia dah takde dara tu kita jangan baca apa yang dia tulis tu! biarkan je... lebih elok kalau kita sekadar luahkan rasa tidak puas hati atau bagi nasihat pada di kat blog dia je daripada kita sebar2kan pasal cerita tu!

    ReplyDelete
  63. akak akak , kite sokong akak ! haih ,dyowg pun tak patot kod memalukan budak nie sane sini . haih ,

    ReplyDelete
  64. salam.. hyep ;) totally agree with sys yuyu.. siyes hina perbuatan orang yang mengaibkan org laen.. bdk uh punye psal loe an , life die.. kte ade bhagian msng2 yg Allah da ttp kn.. jgn mengaibkn org laen , krn Allah swt akn buka aib kte.. bkn korg tntukan syurga or neraka budak uh.. ape loe sala if tgur baek2.. nsht kn die.. so, moral of the stry.. berhenti la menghukum org laen.. ukur diri msng2 dulu sblum sibuk ukur dosa phala org laen.. peace no war ;)huuuhuh

    ReplyDelete
  65. Yang menyebarkan berita ni memang tak patut, sebab telah membuka aib orang, (walaupun gadis tersebut telah membuka aibnya sendiri, in the first place).

    Rasa-rasanya semua pun tahu Allah tidak suka kita membuka aib orang, nti hari akhirat, akan dibuka aib kita pula.

    Well, I'm one of the person who commented on that girl's entries. Saya sekadar mengingatkan dia yang "Life is not just about guys, and she should focus on her study"

    Sokong Yuyu!! Saya pon tak suka dengan mereka yang comment guna bahasa yang terlalu kasar dan kesat. Because that ain't the best way to give advice ;)

    Luckily, dia dah delete post tu. And disable comments. Harap2 kita semua dapat berubah jadi lebih baik. Aminn :)

    ReplyDelete
  66. http://sepedsepedsayang.blogspot.com/2011/06/datin-milano.html

    ReplyDelete
  67. kesian budak tu, aibnya dibuka seluasnya. kalau dia tak maafkan sesiapa yang aibkan dia, menjawablah.

    ReplyDelete
  68. Maji_Rashid : tu la... teruk sangat dia kena. takut future lagi teruk :'(

    ReplyDelete
  69. ::♥☺Eira Faziera☺♥:: : tegur dia secara tegas, dan diam.. jangan buka mulut pasal ni sampai semua tahu~

    ReplyDelete
  70. c-tea: tu la pasal.. dorang komen, tak fikir... hmm~

    ReplyDelete
  71. yqnq ellyana : tu la pasal.... teruk sangat dah kalau panggil orang kapir. adeh~

    ReplyDelete
  72. EYFAalias: tu la pasal.. mmg dah tahu dia terok.. tapi takkan la nak bagi dia lagi teruk~ adehh~

    ReplyDelete
  73. darxniq : demmmmm! tersilap la! ingatkan ni belog! tertunjuk diari pulak!

    ReplyDelete
  74. nurdani: tu la pasal.. panggil macam macam.. siap maki~ hmm!

    ReplyDelete
  75. yobiezkit" grrrr! yuyu rela di sumbat dengan meatball!

    ReplyDelete
  76. Dududu : yuyu sokong kata awak... simpai bukan bermaksud sokong :)

    ReplyDelete
  77. tegur degan cara berhemah lebih baik...betul tak? mana tau jika kita salah tegur budak tu akn lebih teruk perangainya...

    ReplyDelete
  78. @Sembang Kemas nape nak kutuk orang asli pulak dalam hal ni?

    semua orang ade sifat jakun kot..tak perlu nak mention org asli..(-_-")



    yuyu:: kaksha setuju dengan yuyu..bukan bermaksud bersetuju dgn tindakan budak tu..kaksha pun kecam die secara diam..tak serang die..tapi kalau nak betulkan budak tu bukan dengan cara maki2 kot..

    ntah la..pendek kata, itulah mentaliti manusia yang pendek akal..

    ReplyDelete
  79. heyy, I personally agree with you, Yuyu :)
    Actually, hal ni sangat memalukan. Bila dah tersebar luas macam ni, its not only menimbulkan kesan buruk kat that girl but family dia lagi tertekan and malu kan..

    ReplyDelete
  80. cik yuyu,
    msred malas mahu piki pasal adik tu...muga dia cepat sedar kesilapan dia dan balik ke jalan yang betul..

    ReplyDelete
  81. pasai tu selalu kite ni dah menjadi salah seorg yg terpalit dosa..dah jadi dosa berantai...dok sebarkan aib orang...selalu akak tulis kat fb..kalau nak buat private msg beramai2 blok or sekat menda2 yg memalukan ni...tapi bebudak sekarang bangga nak aibkan org..pantang salah sikit dah keluarlah fan page dan lain2 ..sedih sungguh lah

    ReplyDelete
  82. :) .... bdk2 kan... xdpt pk baik buruk sesuatu... doakan je la yg terbaek utk dia.

    ReplyDelete
  83. betul tuu...kesian ja kt budak tuu...sapalah kita sbg manusia nk judge dia..kita xda hak lgsung! biarlah tu antra dia ngn Tuhan shj...jgnlah kita lak dok p nasi tmbah maki hamun bagai...aishhh! kata matang...tu kn budak2...mmgla dia budak2 kanyaq lagi..kn yuyu kn...

    pa pon...suma ni one of our lesson..jgn nk hentam org ikut dan ja...kita ada otak..klu kita dok kutuk dia gk mmg ngn2 kita skali xda otak...

    byk jmpak entry psl ni...boleh nk wt...tp jgnla backlink dia or mentioned nma dia ke kn...yg tau tuu diam2 suda...


    k yuyu...have a nice day~


    p/s: erk...ter'emo lak...smbil senyum...haih! =)

    ReplyDelete
  84. setuju ngn kak yuyu. em, smoge Allah bukak hati dat gurl utk bertaubat, n smoge mereka yg jdik seperti 'nyamuk n lalat yg sebarkan penyakit' pon bertaubat n insap dari judge people. we are natink to judge, ingt tuu. tata, sume! :)

    ReplyDelete
  85. Miss SyiraF : akak yang dah 22 ni pun banyak perlukan tunjuk ajar tahu~

    ReplyDelete
  86. * Zaleta * : kita perlu menegur, bukan memalukan ~

    ReplyDelete
  87. Rozuan Ismail: dorang lebih suka cedok entry... padahal kalau tipu, semua la tipu~ adehh~

    ReplyDelete
  88. iLa suHaiLa: masing masing nak puas hati masing masing~ hmm~ teruk la kalau macam ni

    ReplyDelete
  89. ✿ boonga_kecik ✿ : itu kerja yang MAHA KUASA. Dia saja yang berhak menghukum~

    ReplyDelete
  90. sokong yuyu!! bukan nak sebelahkan budak tu tp geram dengan sikap sesetengah org ni.. slh org bkn main lg.. slh sndiri? hermm... para komentar kt belog budak tu sgt lah tak matang.. bkn gtu nk tgur budak...

    ReplyDelete
  91. @♥CIK SHA♥

    ohoi!!!!!

    itu perumpamaan cik sha oi.adakah menyentuh sensitiviti orang asli?
    kenapa anda butthurt?adik beradik anda kah?

    sigh*
    =.='

    ReplyDelete
  92. @Sembang Kemastak perlu kot buat perumpamaan macam tu..saye tak butthurt..tapi saye tak suke orang memandang orang asli ni begitu..

    yes..saye ada darah keturunan orang asli yang mengalir dalam diri..sila hormat keturunan orang lain..bukan orang melayu je hidup kat Malaysia ni..

    ReplyDelete
  93. Sern: dorang tak kena lagi kat batang hedong sendiri lagi :)

    ReplyDelete
  94. w.pyQa : kalau kita benci budak tu pun, kita kena pikir juga hati mak bapak dia.. :) hmm~

    ReplyDelete
  95. meaw : benda dah memang besar, bila dah besarkan macam ni, makin super besar la.. hmm~ macam mana la future dia nanti~

    ReplyDelete
  96. totally agree ! kesian bdk tu sbenanye org2 duk hentam die siap up entry lg. tegur dengan berhemah sudah n doa supaye bdk tu berubah . that's it

    ReplyDelete
  97. pheww.nasib bek xbuat entry sal budak tu.haha

    ReplyDelete
  98. yuyu.... ain tersangat laaa setuju dengan yuyu.. siyesli kalau iye pown budak tue bt pengakuan.. yang kita nie sebok2 nak hebohkan kat owg pehal? kan ? kata tak nak aibkan orang.. tapi dya tgh bercerita tue tak sedar yang dia sedang aibkan orang.. entah laaa. dunia dunia... :(

    ReplyDelete
  99. betul tuh kakayuyu.

    Erhh, dowg nih kutuk punya laa gilaa bafakkk.
    kdg2 kesian kat budak tuh, tp budak tuh . fikir2kann laa

    ReplyDelete
  100. TAJUK ENTRY PASAL VIRGIN TU MACAM SCARY JE T_T

    ReplyDelete
  101. KIHKIH.SUKA TENGOK KAK YUYU KELUARKAN PENDAPAT MCM NI.STYLEEE DOEHHH.:D

    ReplyDelete
  102. TAK BAIKKAN CAKAP ORANG KAPIR.KANKAN ? :D

    ReplyDelete
  103. yuyu, janganla tulis entry pepanjang -__-"

    ReplyDelete
  104. KAK YUYU,YAN BARU TAU PASAL KES BLOGGER NI.KESIAN KAN

    ReplyDelete
  105. Sabda Rasulullah s.a.w... Barang siapa mencela saudaranya dengan suatu dosa yang telah ditaubati ,maka orang itu {pencelanya}tidak akan mati sehingga orang itu melakukan seperti apa yang pernah dilakukan oleh orang yang dicela...

    orang yg kita rasa hina, mgkin akan lebih mulia dr kita di masa akan dtg, orang yg kita rasa mulia, mungkin akan jd hina...xde sape tau apa akan jd in the future.. baik kita jaga iman kita dari jaga tepi kain orang....

    ReplyDelete
  106. Patutlah Izyan Masri TOP COMMENTOR kat blog YUYU , rupanya satu entri YUYU, dia post comment lebih daripada satu ! hehe :)

    singgah2 la Blog Zakwan yee

    ReplyDelete
  107. sokong apa yg yuyu ckp....kadang berdiam tue lebih baik dari kita menghina org x tentu hala....

    ReplyDelete
  108. hmmm,setuju sgt ngn yuyu...
    kalau tegur baik tu oke kot...tp nie......

    ReplyDelete
  109. tego secara berhemah................

    ReplyDelete
  110. salah tetap salah.....tp x elok disebarkan,selain malu.... ramai yg mengikut pulak nanti....dh jd x malu....

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)