HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Friday, January 21, 2011

Matang.

Assalamualaikum ^^
p/s : lukisan huduh tak bermaksud tuan pun huduh


matang? yuyu sendiri tak tahu macam mana rupa nya matang tu. masa zaman pergi sekolah dengan bawa buku teks Sejarah dulu, bagi yuyu matang tu adalah manusia manusia yang senyum sinis macam nak tak nak senyum, kalau berjalan, tersepit sepit control, bab otak pulak, mesti orang yang matang ni pikir kawen -.-'

makin besar, makin yuyu konpius dengan maksud matang yang sebenar nya. tapi sekarang, sikit sikit yuyu faham dengan "matang" tu sendiri nya.

makin di telan arus usia, yuyu dengan sendiri nya sikit sikit dah rasa perubahan terhadap jasmani dan rohani yuyu.  kehkehkeh . terperasan pulak .walaupun sebelum ni, yuyu rasa yuyu macam tak akan matang buat selama lama nya dengan memegang prinsip "be yourself"


apa yang yuyu perasan dengan diri yuyu sendiri, kalau dulu, yuyu banyak sangat nak fikir bab nak berseronok. apa apa yang yuyu buat, mesti lah akan mendapat habuan enjoy. yakni dengan kepala otak hanya tuju nak fikir bab kapel, nak shopping la. semua yang memberi enjoy untuk masa yang singkat.

kalau study pun, biar cukup cukup makan pun dah cukup buat yuyu senyum telinga ke telinga. kalau la pass grade adalah F, maka yuyu akan gagah pulun biar dapat F pun dah cukup. hmm.. sangat teruk.

tapi tu semua tu. dan sekarang, sikit sikit yuyu dapat rasa yang yuyu makin bertukar sifat. secara semulajadi nya tanpa di paksa. dan sekarang yuyu mula rasa macam "apesal la aku macam tu dulu, haish" mengeluh sorang sorang.

nak jadi matang, tak kira umur sebenar nya. ada yang umur 12 tahun , dah matang. tahu nak urus diri sendiri, dah pandai fikir bab hala tuju hidup. dan tahu macam mana nak jaga keluarga. dah tahu juga apa tu yang buruk dan baik untuk diri sendiri.
p/s : lukisan huduh tak bermaksud tuan pun huduh

ada juga yang macam yuyu. dah umur 22 tahun, baru sedar yang sepatutnya yuyu tak buat itu ini, baru juga sedar yang banyak perkara yang tak berguna telah yuyu buat tanpa berfikir. baru sekarang rasa macam nak mula kan hidup baru dengan cara baru.

tapi, ada juga yang dah hampir jadi nenek orang pun, masih macam budak budak cara mereka. dah kawin pun, masih tak pandai nak urus diri sendiri.

walaupun macam tu, tak boleh nak cakap apa juga, sebab musabab, matang ni bukan di kira dari satu sudut saja. ada banyak yang perlu di perhatikan. secara fikizal nampak matang, tapi, kalau suruh urus diri sendiri, gagal la pulak. hmm.

ada juga orang yang nampak perangai macam budak budak. terkinja sana sini, asik dengan bling bling pink la, nak pelop teddy bear 17 jam 6 minit 89 saat  tapi, hebakk kemain bab bab nak urus masa, urus hidup, keluarga juga duit.

kira nya, susah nak tahu matang tu apa sebenar nya.

kalau sekarang, mungkin yuyu dapat rasa perubahan sifat luaran yuyu mula berubah. bila nak terkinja kinja, rasa macam malu pula, bila suka berangan benda bukan bukan, cepat cepat rasa macam malu dengan diri sendiri. dan la memang pemalu -..-'

tapi mungkin mula nak matang dari sifat macam tu la. pemikiran, entah la yuyu pun tak tahu lagi. InsyaAllah, kalau kita nak, kita akan dapat. yuyu teringin matang dalam macam macam perkara, InysaAllah, yuyu akan matang macam apa yang yuyu nak.

matang tu akan datang sendiri. kan kan?


p/s : korang matang tak?

terima kasih sudi bace ^^

50 comments:

  1. Biar matang,

    Tapi muka sentiasa muda..

    ;)

    ReplyDelete
  2. hehe~ setiap orang akan merasai perkara tu.. ;)

    ReplyDelete
  3. matang ttp matang muka ttp muda.. oyeah!!

    ReplyDelete
  4. yuyu dah 22 ?

    bile nak kawen ? hehehe

    ReplyDelete
  5. Matang tu sangat subjektif... :)

    ReplyDelete
  6. sya belom matang even dh 23..haha rs diri cam knk2 ribena ag

    ReplyDelete
  7. perangai gua tak matang lagi...=)


    tapi fikiran gua jauh lebih matang...=)




    *belum sampai lg nyah

    ReplyDelete
  8. dulu mase mule2 kapel, bf slalu ckp owg ni tak matang, die tuh yg tlbey matang sbenarnyer, hehe!

    but now alhamdulillah, die ckp da matang CKET, cisss!

    ReplyDelete
  9. ade yg umur 40 pun tak 'matang' lagi..perangai ntah ape-ape ntah...

    ReplyDelete
  10. ummm kyra matang ke x ag..??
    payah nk taw..mgkin yer mungkin depends on d situation i say hehe

    ReplyDelete
  11. tul tu Yuyu kematangan tu akan sikit-sikit dalam diri kita tanpa kita sedar, faktor umur dan juga perubahan taraf hidup dari bujang hingga berumah tangga yang akan mengajar kita untuk memikirkan hal dunia sebenar juga realiti kehidupan dan bukan dunia khayalan.

    ReplyDelete
  12. mcm hackers..muka macam 17thn tapi usia dah tua..hahah

    ReplyDelete
  13. matang tu ape yuyu? permatang pauh ke?

    ReplyDelete
  14. i'm 22 n i'm a little bit matured.
    boleh x cmtue yuyu? hikhik. :D

    ReplyDelete
  15. my pn tatao my ni dah matang ke belum hoho

    ReplyDelete
  16. btl2..matang ni tak de had umur macam dh ckup gg bongsu, terus xleh tinggi dah..

    matang is come naturally :)

    n aida rasa aida dr segi perangai belum matang lagi, tp kalau fkr2 n khdupan ni, isyaallah dah matang :)

    ReplyDelete
  17. matang ni kite boleh tengok dari cara pertuturan dan tingkah laku..tp ada jugak yg terkinja2 tapi bila bercakap dia matang..hehehe susah nak cakap...

    ReplyDelete
  18. Matang adalah perkataan yg subjektif..Ada org matang dari segi pemikiran.ada orang matang dari segi penulisan.ada orang matang dari segi cara bekerja dan pergaulan..Bagi Jay matang itu bnyk perkara...hehehe

    ReplyDelete
  19. yana blom matang even dh umor 20..uhuk3..kak Yuyu jgn lupe singgah belog Yana :)

    ReplyDelete
  20. nak otak jer matang...muka nak muda...boleh?

    ReplyDelete
  21. Betul la Yuyu..Kita tak akan sedar bila kita start matang. Sedar2 dah matang dah..kan kan,,

    ReplyDelete
  22. orang kata usia mematangkan kita.tapi cik gege tak setuju. bagi cik gege pengalaman hiduplah yang akan mematangkan kita.. =)

    ReplyDelete
  23. kite dah 20 tapi rasa diri tak matang sangat.
    masih banyak mengharap parents.
    heheehe ^^

    ReplyDelete
  24. hehe..susah nak tentukan kematangan..hehe tapi pemikiran haruslah matang..rupa comel xpa...hikhik

    ReplyDelete
  25. matang? sesetengah org menilai kematangan tu melalui luaran kita. sama ada melalui cara percakapan, perlakuan, tindak tanduk, kepimpinan,ataupun cara kita mengurus kehidupan seharian nie. yuyu, sebenarnya agak susha nak definisi makna matang sebenarnya. tp bg inna, peredaran masa akan membawa kita ke satu arah perubahan dlm diri kita utk kita bertindak lebih dewasa lg dan bukannya seperti budak2 lg. :)

    ReplyDelete
  26. matang ni adalah apabila kita btol2 dpt menilai yg baik dan yg buruk dan lebih bertanggungjawab dalam semua keputusan yg kita buat

    ReplyDelete
  27. matag..berfikir lebih bagusla gamaknya..

    pendekar berkuda penipu duit org..

    http://qasehraihan.blogspot.com/2011/06/entry-panas-hati-pendekar-berkuda.html

    ReplyDelete
  28. matang di ukur pelbagai perspektif... orang je akan nampak kematangan kita...
    betul x Cik yuyu?

    ReplyDelete
  29. matang tu bukan bila dah baligh
    matang tu ada akan dgn sendirinya
    matang bukan diukur dari raut wajah
    matang bukan dinilai dari usia
    tapi matang untuk terserlah dgn cara sesorang itu berfikir dan bertindak..
    setiap ujian dan dugaan hidup juga persekitaran mematangkan kita..

    ReplyDelete
  30. hai yuyu, salam perkenalan..:)
    yuyu ni comel la..
    susah kan nak discrbe matang tu cam mane kan, saya sndri pun tak tau saye ni dah matang ke belum..hehe

    ReplyDelete
  31. so,sekarang ni yuyu rasa yuyu dah matang ke blom?

    ReplyDelete
  32. matang tue bg putry sangat subjektif . kita tak sedar bile kematangan tue ada dalam diri kita . .kadang2 , walaupun umur dah melonjak tetapi , bagi sesetengah orang , masih lagi tak nampak kematangan tuhh . :)

    ReplyDelete
  33. matang bole dinilai dr pelbagai sudut.cm akak, dh 24 tp ramai org kta muka akk x matang ag.mcm budak2.perangai pon mcm budak2.penulisan blog ag la mcm bdk2.hik3...tp ramai yg kta, dlm bab mberikan pndpat,pmikiran akk dh matang....
    ;)

    ReplyDelete
  34. kalo tak nak matang boleh x? hehe

    ReplyDelete
  35. emmm kdng2 matang , kadang x .. aci dak?? heheheh

    ReplyDelete
  36. matang? haha. saya umur 16 tapi orang slalu igt baru 12.. kadang2 best bila org kata kita muda ni.. but, kdg2 meluat jugak.. dok perli2.. haih... xpe yang penting akal & fikiran kita kena matang ! err.... oh ya, saya first time singgah sini , and, comell nya blog niiiiiiii~~

    ReplyDelete
  37. kak yuyu dah matang,muka je comei cenggitu. omei letteeww

    ReplyDelete
  38. setiap orang akan rasa . bila dah matang ni and teringat kisah zaman terkinja-kinja dulu , kelakar kan =)

    ReplyDelete
  39. matang tu hadir bila dah ada jerawat kat muka, hehe

    ReplyDelete
  40. cik yuyu blogger cun..hehe

    http://indahsepi.blogspot.com/2011/06/blogger-cun.html

    ReplyDelete
  41. matang susah nk di ukur kn..hur,,..kdg2 kite dah ase kite mtang tp org lain kata tak..mmg seram ahahaha

    ReplyDelete
  42. http://nurfuzie.blogspot.com/2011/05/chaiyok-cik-en-pencarian-cik-en-dan.html
    JOM JOIN CONTEST CIK EN

    ReplyDelete
  43. sy muke tlebih matang agaknye,kakaka.bila jalan mesti orang tanya kerja kat mana.oh man,sy baru 16 tahun..kene pakai tips kecantikan kak yuyu ni :D

    ReplyDelete
  44. eh samela kite klas cancel..yang tak bes,,arini ade stu klas je..wlupon bgon lmbt..g la jugak klas dgan bdan kerbau..upenye.....T___T

    ReplyDelete
  45. sedare mare sy slu ckp sy xmcm 22 sbb pangai bebudak agy, cett~

    ReplyDelete
  46. perangai je matang, tapi muka tak pun? ee jeles jeles.

    ReplyDelete
  47. yup,setuju!!

    saya perangai cam budak2, tapi matang :P

    ReplyDelete
  48. macam onie lak, ramai yang ingat onie ni anak bongsu,okay fine,yang tak tahan dorang ingat onie ni lepasan spm, maybe muka je macam bebudak tapi pemikiran jauh lebih matang .. matang la sangat onie ni,kekeke :P

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)