HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Sunday, May 1, 2011

Cita Cita Yuyu Mendapat Tentangan Hebakk dari Keluarga.

Assalamualaikum ^^

selamat hari pekerja kepada semua semua makhluk yang bekerja. selamat hari bekerja juga untuk diri sendiri yang bekerja sebagai:
  • pengumpul mimpi mimpi indah yang berjaya
  • pengumpul lemak hingga tepu yang selalu gagal
  • peminta duit dari emak bapak
  • penulis belog kupukupukecik yang entah pape
  • penghantar sms paling hebakk di abad ini
tengok 5 kerja tu. hebakk hebakk. sempena Hari Pekerja ni, mari yuyu cerita serba sedikit pasal "kerja"

masa sekolah rendah dulu dulu, kalau tanya bab cita cita, yuyu rasa, semua mempunyai cita cita kudus kemain. sebagai seorang kanak kanak hingusan yang mudah terpengaruh dengan rakan rakan, dulu, cita cita yuyu adalah "pensyarah". sebab musabab tengok kawan kawan tulis Pensyarah kat ruangan cita cita di buku biodata. haish.

padahal yuyu tak tahu menatang apa la pensyarah tu. sungguh sengal masa tu. tapi yang pasti, di buku nota mana mana, kalau ada cita cita, pasti yuyu akan tulis " Pensyarah" sebagai cita cita. ia tak sengal sebenar nya. ia choomel -..-'

lepas tu meningkat umur. masuk tingkatan 1. dah tahu mana halal haram. atau lebih simple lagi, dah sedikit matang la. kalau bab cita cita, yuyu nak jadi saintis. puihhh! tak sedar diri, balik rumah asyik buka Hitz.Tv je, macam mana nak jadi saintis. tapi yuyu minat sangat.

emak selalu beli buku buku sains dari Reader Digest untuk yuyu. sanggup emak habiskan beratus ratus demi minat yuyu. setiap kali hari Rabu hujung bulan, Utusan akan keluarkan EstiDotMy. pehh. memang tak pernah terlepas la. yuyu kumpul buku tu sampai bertimbun timbun di rumah.

bukan setakat kumpul, yuyu siap hafal lagi semua nya. sape saintis yang cipta itu ini, suka sungguh la yuyu dengan benda sains ni. 

tapi makin hari makin yuyu sedar, "Saintis", ko ingat senang ke? yuyu pun beralih arah. yuyu mula tanam di benak kepala hotak nak jadi doktor. orang kata, nak jadi doktor, kena pandai nak mampos. di sekolah, seboleh boleh nya yuyu skor bab bab akademik. pehh..semangat kan?

tambahan pula yuyu ada sakit, yuyu selalu ke Hospital Pakar di Alor Setar untuk berjumpa dengan macam macam doktor. bila doktor doktor pakar tanya yuyu apa cita cita yuyu, pasti yuyu cakap nak jadi "doktor". sungguh tak ketahuan hala pakar pakar kat sana sokong yuyu. 

kat sekolah, English, Sains, dan Maths, yuyu pulun nak mati. selalu nak highest mark saje kat sekolah. dari tingkatan 3 lagi yuyu dah belajar sendiri Fizik, Kimia dan Biologi. kalau cuti sekolah, yuyu akan balik ke Johor dan Terengganu, duduk rumah mak cik yuyu. beliau cikgu Fizik. sorang lagi cikgu Kimia. maka, yuyu belajar sendiri Biologi.

bila dapat keputusan PMR, Alhamdulillah. memang rasa cerah bijik mata. dapat sekolah sains di Kedah. tapi hampehhh! atok tak kasi yuyu terus kan dalam bidang sains. memang sedih sangat sangat. penat nya yuyu pulun nak jadi doktor, tapi dapat tentangan hebakk dari atok. 

yuyu ikut cakap atok sebab musabab atok lah yang besarkan yuyu. malas nak lawan. yuyu terus kan belajar di sekolah lama. tapi yuyu masih belajar sorang sorang Fizik Kimia dan Biologi. yuyu amik tusyen untuk ketiga tiga subjek tu walaupun tak amik subjek di SPM. yuyu belajar Matematik Tambahan di tusyen juga. yuyu beranikan tambah untuk SPM. kamikazi kan. nak mampos. tapi yuyu nekad. Alhamdulillah. walaupun tak A atau B ^^

dah cita cita nak jadi Doktor dah terkubur dengan hebakk nya, tapi yuyu percaya, ada hikmah di sebalik semua tu. dah yuyu redha sambil nangis tak bercakap dengan atok selama hampir sebulan dan yuyu langsung tak ada minat belajar. sampai teruk macam tu la kesan nya.


yuyu beralih nak jadi Kaunselor. pehh. tak boleh belah. sebab musabab yuyu sedar yang yuyu adalah pendengar yang baik. cis. mati mati nak jadi kaunselor. tak pun psycologist. yuyu minat sangat.

yuyu cuba belajar betol betol. tapi entah la. bila masuk di CFSIIUM, yuyu mula rasa yang semua tu macam susah je nak dapat peluang dan macam tak berapa bagus sangat. lama juga la yuyu minat dengan nak jadi kaunselor atau psycologist ni. boleh psyko orang. yuyu suka dengar masalah orang dan bantu selesai kan walaupun yuyu pun entah pape je.

bila dah lama sikit, yuyu mula suka sangat sangat nak jadi Ahli Perbankan Islam. pehh. niat kudus ni! harap harap Allah makbul kan lah ye. yuyu terus tukar course yang yuyu belajar, kepada Islamic Finance majoring in Banking. 

sampai la sekarang, yuyu teringin sangat nak jadi ahli perbankan Islam yang berjaya. berjaya? untuk nampak lebih kudus. kalau cita cita lain pun, mesti la nak juga taip  berjaya kan. saintis yang berjaya. tak nak la tulis saintis yang boleh la juga berjaya nya.

tapi yuyu tahu, bukan senang nak dapat semua tu kalau tak berusaha. bagi yuyu, yuyu nak kerja dengan apa yang yuyu minat. sebab musabab, kalau kerja dengan rasa minat, IsnsyaAllah, kita takkan jemu dan tertekan dengan kerja tersebut. tapi nak dapat kerja yang kita minat, bukan senang. cabaran.

lagi 2 tahun, yuyu akan habis belajar, konon nya, nak terus amik Master. tapi tak tahu lagi. kalau boleh, dah tua tua ni, tak nak la dah bertukar cita cita kan. harap harap, Ahli Perbankan Islam tu, adalah cita cita terakhir yuyu dalam hidup ni. pehh. nampak sangat suci di situ.

yuyu tanya adik yuyu, apa dorang nak jadi besar nanti. adik laki yuyu teringin nak jadi "polis" ye.. macam cita cita selalu budak budak laki kat sekolah yuyu dulu -..-'

tanya pulak adik perempuan, nak jadi apa. "tak mao jadi apa la! nak duduk dengan mak!" hmm.. lagi hampeh. hmm. terpengaruh dengan emak yang menjadi suri rumah yang berjaya agak nya. -..-'

ehh.. entry dah habis! jomm Vote yuyu untuk DiGi WWWOW Awards pulak! kelik di SINI untuk Vote ya korang! 
                                                      
p/s: nak cuti berbelog la hari ni ^^ amik MC jap lagi.

terima kasih sudi bace ^^

105 comments:

  1. sabar2 , meh tgk design blog kite ,:)

    ReplyDelete
  2. SalaM YuYu...

    WaH!~ BaNYaK ToL CiTa2 YuYu... iNSYaAALAH, oNe DaY YuYu aKan JaDi aHLi PeRBaNKaN iSLaM... (^_____^)V

    ReplyDelete
  3. banyaknye cita2..comel betul kak yuyu ni..;) hope dpt capai cita2 tuu..:) all the best,<3

    ReplyDelete
  4. x per, banyak citer2, karang senang nak pilih..hehe.. selamat berjaya yer..

    ReplyDelete
  5. Haha..
    Berbagai-bagai laa.. Hebat hebat..
    Belajar sendiri tuu.. Cek yang belajar kat sekolah pon penin ta ketahuan hala.. Haha..

    ReplyDelete
  6. superb an : tenkiu sayangg sudo jmeput :)

    ReplyDelete
  7. akak penah g johor an,jom ah buat gathering kat johor pulak ...

    ReplyDelete
  8. wah dah degree dah! blaja leklok! hehe

    ReplyDelete
  9. syieda nak jadi doct..tp last2 amik analisis lak..adoii...

    sob2..

    ReplyDelete
  10. alaaaa. rugi nye dear... :) kalau tak gelaran doktor yuyu dah kan.. tapi tak pe.... rezeki kat mana2 je.. yang penting kita usaha. semoga yuyu jadi seorang Ahli Perbankkan Islam yang berjaya.. amin... :)

    ReplyDelete
  11. fahmimustakim: hahahah.. sebelum nak tua macam sekarang.. macam macam la :p

    ReplyDelete
  12. kmi byk cita cita..

    tpi nnty bsar tak tau nk jadi ap..=D

    ReplyDelete
  13. kelakar dialog gambar karton tu...kiuuuut...hehehhee;)

    ReplyDelete
  14. salam. i've been guessing that u r studying in uia. bila yuyu ckp belajar kt cfsiium.. mmg sangkaan yg tepat.hehee.

    nwy. nice entry ^^

    ReplyDelete
  15. sy doa lebih sikit jd gabenor bank negara...hahaha.. :)

    p/s : trauma bila teringat pasal CFSIIUM.. =.='

    ReplyDelete
  16. macam mana la rupa yuyu agaknye kalau jadi saintis, hihi

    nasib baik lah tak jadi saintis tu, kalau tak semua benda yg yuyu buat nak ada kupu2, ;)

    ReplyDelete
  17. salam.

    wah..kagum.. sangat rajin.

    ReplyDelete
  18. banyak betul cita2 yuyu

    ni link dia

    http://kringg.blogspot.com/2011/04/cara-tukar-yahoo-mail-ke-gmail-untuk.html

    ReplyDelete
  19. ada hikmah disebalik itu yuyu..keep it up..mcm cbk kecik2 nak jadi askar...dah besar ni laen lak jadinyerr..baru jer mnggu ni habis 3 tahun diploma engineering..dah nk smbng degree..kita belajar kerana Allah..harap2 cita2 yuyu nk jdi perbankan akan tercapai..usaha kunci kejayaan,jgn cepat mengalah.btw fizik,biology n kimia cbk dpt ckup2 mkn jer time spm..haha..gud luck to u...stdy hard n smart ,not only stdy smat or hard but we must combine dua2 tuh...step up..selamat berjaya..:)

    ReplyDelete
  20. haha...dulu pon saya nak jadi lecture p skang tamo da..sebab rasa cam bosan je kena baca sement student...kalu baca novel besh gak..erk...=p

    pastu yang kaunselor n pscyhologist tu pun nak gak...tapi tataw la camana....

    haish kekeliruan identiti betul =p

    last... salam perkenalan buat yuyu =D

    ReplyDelete
  21. goodluck jadi Ahli Perbankan Islam yang berjaya ye yuyu ! ^^

    Eh , adek laki yuyu nak jadi polis ? Wahh. Bakal jadi polis yang menjaga kulit. Kihkih^^

    ReplyDelete
  22. Datin Anabieyla Idriss : macehhhh! doa kan yuyu banyak banyak ye :P

    ReplyDelete
  23. ahahahaha. kak yuyu nak tau tak setiap entry kak yuyu mesti buat orang tergelak. gilalah kak yuyu nie. best wo blog akak. tak rugi saya follow :D btw ehem banyak cite cite akakk. semngat. ahaha. jom singgah blog saya kalau senang :D

    ReplyDelete
  24. setiap impian bermula dengan angan2 dan angan yang disertakan dengan usaha dan dor serta tawakal akan jadi kenyataan...gud luck yuyu

    ap pndapat yuyu??
    Melayu Lambat & Tak Tepati Janji

    ReplyDelete
  25. setiap impian bermula dengan angan2 dan angan yang disertakan dengan usaha dan dor serta tawakal akan jadi kenyataan...gud luck yuyu

    ap pndapat yuyu??
    Melayu Lambat & Tak Tepati Janji

    ReplyDelete
  26. hello there yuyu =)
    you funny lah! hehe

    i silent reader tau.. hehe.. now dah ade personal blog jugak, baru lagi dipasaran xD

    ReplyDelete
  27. saba yuyu.. insyallah niat suci tu tecapai ^^

    ReplyDelete
  28. Nanti Yuyu boleh la buka bank sendiri..hehe..semoga semua urusan Yuyu dipermudahkan.. Amin.

    ReplyDelete
  29. hahaha..best lak baca. Cita-cita tu macam angan-anagan masa kecik kan.. belum tentu akan jadi. Tapi cita-cita plg glemer ialah pensyarah,doktor,polis,akauntan..
    hehehe.. :)

    Jom baca ni: Penjimatan yang banyak dengan PETRONAS RON 95 EXTRA..
    Jom baca ni: First time ke Office Nuffnang..

    ReplyDelete
  30. kak yuyu..jadi akak
    uia gombak lahh skrg ni..
    jumpe bolehh??ti jawab ehhh...
    selamat hari pekerja gakk..
    yg x keje tu..selamat tidoq..ngahaa

    ReplyDelete
  31. 哇哈哈哈!InsyaAllah 卡卡郁郁 打喷嚏擦拍次他次他卡卡郁郁 (:

    ReplyDelete
  32. haha cita-cita memang slalu bertukar time kecik.. yang biasa -> pensyarah, doktor, yang tak bley blah cita-cita kita dulu -> pramugari.. ekeke

    skarang tak dah,,hihi

    ReplyDelete
  33. wuwuwu T_T

    nak jadi arkitek..tpi xleh
    last2 jadik masscomer haha

    azwashamsuddin kecewa

    ReplyDelete
  34. so tunggu la beberapa tahun lagi dan lihat jadi apakah kamu.. hehe

    ReplyDelete
  35. kehkehkeh.budak kecik mmg selalu bertukar cite2.. hope cita2 yuyu tercapai nnt.
    cite2 adik perempuan yuyu terbaiklah nak duk rumah je dgn emak. :D

    ReplyDelete
  36. semoga berjaya dalam hidup ya Yuyu

    ReplyDelete
  37. Uiyoo.banyak gilerious cita-cita. LOL. Tapi budak-budak zaman dulu suka sangat bubuh cita-cita nak jadi doktor.Kenape entah. Bergaya agaknya pakai baju bedah cm doktor?

    ReplyDelete
  38. sama cam junior sekolah akak dulu..de sorang ni dia cita2 cam yuyu tu, skang amek finance kat UMT..:)

    ReplyDelete
  39. CFS IIUM??
    SERIUS???



    da kat gombak da. nak abes da pon XD

    ReplyDelete
  40. hahah lawak la adk perempuan yuyu

    ReplyDelete
  41. nak keje ngn duit~sbb suka duit..tapi da tersasar jalan..terpksa teruskan jugak..T_T

    ReplyDelete
  42. Hafiy Johari: hahahah.. tp tak amik SPM pun semua tu~

    ReplyDelete
  43. baru tau yuyu dak islamic finance gak..
    sama la tapi saya tiggal 2 minggu jak lagi nak abis study..
    good luck yuyu.. nice cita2..
    cita-cita kita lebih kurang cuma saya nak jadi ahli kewangan islam!!

    ReplyDelete
  44. xperla yuyu..kadang2 apa yg kita nak tu x semua kita boleh dpt..myb tuhan da sediakan sesuatu untuk yuyu (=

    ReplyDelete
  45. owh... same wif me la perbankan islam. Cida dah grad dh tahun lepas. Dulu cita-cita nk jd architecture alih2 bila smbg belajar course lain pulak yg dpt. lps grad i x kerja dgn bank pun coz rasa x minat pulak nk kerja kat bank. Haha.. skang ni jd exec jer kt comp engineering. Bkn senang nk capai tempat sekarang ni. Hope yuyu capai la cita2 yuyu. Tak lama lagi dah nk habis kan. Jaga pointer biar cantek. Hehe..

    ReplyDelete
  46. OUH.BARU LAH YAN TAU KOS KAK YUYU DENGAN U KAK YUYU BELAJAR.KIRANYA KOS KITA BELAJAR TADA LAH JAUH SNAGAT BIDANGNYA EYH.GOODLUCK KAK YUYU ! :D

    RANDOM GIVEAWAY.GRANDPRIZE RM100,COKLAT BROWNIES,CONTACT LENS,REVIEW BLOG :D

    ReplyDelete
  47. KAK YUYU ! KAK YUYU CAMPUS GOMBAK KE PJ SEKARANG ? :D

    ReplyDelete
  48. selamat hari pekerja cik yuyu;)

    ReplyDelete
  49. pompoan skrng x pyh blaja tinggi2 laa..keje suri rumah jage laki je oke..
    sian kaum adam x dpt masuk Uni :"(

    ReplyDelete
  50. serba boleh.macam2 cita2 ada. patut fleksibel.hehe :P

    ReplyDelete
  51. teringin nk jd ahli psikologi tp minat math =='

    ReplyDelete
  52. wahhhhhh...cita2 yuyu sume hebakkkkk...yg terbaru ni pun hebatlah yuyu..dla doakan yuyu berjaye menjadi jayen..eh, berjaya di dunia dan di akhirat..Amin...

    nak borak katne yunk, yuyu xde kotak jerit dla nak jerit2..hehe

    ReplyDelete
  53. pergh..panjang betul ceritanye..ika pon tuka2 gak mase sekolah rendah dulu2..skrg ni pon masih tukar2..cuma bidang je sama..haha..

    ReplyDelete
  54. KAMI tak pernah ada cita-cita. KAMI suka apa yang KAMI ada sekarang, heeee. :)

    ReplyDelete
  55. wah banyaknya cita-cita yuyu..
    bagusnye yuyu belajar sendiri fizik,kimia dan biologi sendiri..
    kat sekolah pun dah xahu ape-ape..

    singgah blog saya kolu senang..
    wealltogether04.blogspot.com

    ReplyDelete
  56. memang bez...tp yuyu mmg sgt baek n sweet....korban cita2 sbb ikot ckp fmily...hmm

    ReplyDelete
  57. bila baca kak yuyu kata susah nak jadi psycologist terus rasa rendah diri nak teruskan cita-cita tuh :(

    ReplyDelete
  58. yuyu, saya student bimbingn n kaunseling kt upm, cita2 lama yuyu kan..haha.. sgt seronok blja kaunseling n insyallh lg 3thn,jd kaunselor :)

    ReplyDelete
  59. Jadi saintis la susah drpd nak jadi doc?

    Huhu.

    Sayang betul. Tapi x pa, ceq bljq ghajin2, bidang apa pun boleh berjaya...

    Ada kwn akak biotech, pas grad tanya nk keja apa,
    dia jawab...

    SURI RUMAH -_-

    ReplyDelete
  60. Jadi saintis la susah drpd nak jadi doc?

    Huhu.

    Sayang betul. Tapi x pa, ceq bljq ghajin2, bidang apa pun boleh berjaya...

    Ada kwn akak biotech, pas grad tanya nk keja apa,
    dia jawab...

    SURI RUMAH -_-

    ReplyDelete
  61. Jadi saintis la susah drpd nak jadi doc?

    Huhu.

    Sayang betul. Tapi x pa, ceq bljq ghajin2, bidang apa pun boleh berjaya...

    Ada kwn akak biotech, pas grad tanya nk keja apa,
    dia jawab...

    SURI RUMAH -_-

    ReplyDelete
  62. best2 entry cita2 ni..
    meh join contest blog ida sempena hari ibu:

    http://norlida89.blogspot.com/2011/05/contes-i-love-my-mom.html

    ReplyDelete
  63. yg part nk jd kaunselor tu...kte counselor-to-be lagi setahun stengah~! pure counsellor..bkn under psych, HS..hehe..kdg2 kita beralih minat bkn satu kesalahan...mungkin ada yg tak matching dgn persnality kta...anyway, gd luck!

    ReplyDelete
  64. banyaknya cita2 yuyu..semoga nanti yuyu dapat keje yang baik.

    ReplyDelete
  65. banyaknya cita2 yuyu..semoga nanti yuyu dapat keje yang baik.

    ReplyDelete
  66. Kak yuyu,nk tnye ni.kalau sudi bntula . Kalau x,xpe. Huhu cmna eh flow utk jd ahli perbankan islam ni ? Lau cnth dpt asasi kn,dy akn msok asasi sc eh ? Lg stu,lau kuar akn keje kt mana2 bank pn bole la kn? Bkn stkt pd bank islam je? Kna ad bsic akaun tk?

    ReplyDelete
  67. banyaknye cita-cita yuyu...
    tp klu tnye bdak llki, mesti jwb polis, x polis, askar...2 jelah..
    tp yg paling cool jwpn bdak perempuan,"tak nak jdi ap2. nak dduk dgn mak". ahaha

    ReplyDelete
  68. Farah Azurah: hahahah.. dah pernah buat kat johor la sayangg <3

    ReplyDelete
  69. Ayeem Jemain: macehhhhh! nak Hameen Iam!

    ReplyDelete
  70. syieda : alaa! baru nak suruh check tekak ni!!! :(

    ReplyDelete
  71. syieda : alaa! baru nak suruh check tekak ni!!! :(

    ReplyDelete
  72. Love hurt aeNnn: aminnn! doa patploh kali tauuuu ^^

    ReplyDelete
  73. Pijahh' de-Arr : hahahah.. nanti dah besar, kita tahu la nak keje ape kan <3

    ReplyDelete
  74. azhani : hahahah.. tu dulu la sayangg.. sekarang dah amik kos lain kat tempat lain ^^

    ReplyDelete
  75. Salim Harmanain : tau tak peee! wuuuu! tak nak balik ke sana dah :(

    ReplyDelete
  76. Salim Harmanain : tau tak peee! wuuuu! tak nak balik ke sana dah :(

    ReplyDelete
  77. kAmi dAn mEreKa: hahahah.. ngadee 6^^ budak budakk..biasa la :p

    ReplyDelete
  78. .........cP~ : tapi tu semua dulu... -..-'

    ReplyDelete
  79. cBk: heheh.. macehhhh.. ala... mungkin tuhan tahu yuyu tak mampu kot T_T

    ReplyDelete
  80. nini : heheh.. yuyu sebab tahu tahu menatang ape tu ^^ heheh

    ReplyDelete
  81. eqyn asyiqin : heheh.. macehh sayanggg.. adik yuyu mengada :/

    ReplyDelete
  82. bella_bumbum:macehhh sayanggg ^^ heheh.. selalu la bace ye sayangg ^^

    ReplyDelete
  83. Chegu Zubir: aminnn! macehhh! oda yuyu selalu laa <3

    ReplyDelete
  84. hani syamsul : hahah.. tak de la sayanggg.. tak boleh sebab, akak ni jenis tak reti sangat... akak tak sangat pandai bab tu.. :)

    ReplyDelete
  85. hani syamsul : hahah.. tak de la sayanggg.. tak boleh sebab, akak ni jenis tak reti sangat... akak tak sangat pandai bab tu.. :)

    ReplyDelete
  86. Miss Ann ~♥: heheh.. yuyu teringin sangat.. tapi tu la.. mungkin tak sesuai dengan yuyu :) doa taoo ^^

    ReplyDelete
  87. jalan jalan cari yuyu..haha. :p

    ReplyDelete
  88. eyjalukman: akak masa asasi akak amik Islamic Revealed Knowledge.. jauh beza. masa degree baru amik Islamic Banking :)

    ReplyDelete
  89. wardahputeh: yuyu takut la.. tak tahu mcm man masa depan nanti :(

    ReplyDelete
  90. @y u y u Z u l a i k h a point yang 'time kecik ikut member tulis kat buku biodata' tu teringat dulu2 budak2 pompuan slalu pas buku biodata,pastu dalam tu siap hias riben, bkaler2 bagai tulis biodata masing2 satu kelas time tu..hehe

    Entri Terkini: GA Header & Template Blogspot!

    ReplyDelete
  91. ekekeke...nostalgia yg sungguh indah..memorable kan kan kan
    so, sekarang dah ada matlamat nak jadi ape eh?
    akak dedulu cita2 nak jadi doktor..cehhh doktor islam katanya:)

    ReplyDelete
  92. Assalamualaikum

    banyaknya cita-cita akak

    ReplyDelete
  93. LAST2 KAK YUYU KEJE BANK NANTI YE.MESTI RAMAI SERBU BANK KAK YUYU KEJE NANTI :D

    ReplyDelete
  94. RANDOM GIVEAWAYS DAN RM100 MASIH DIJALANKAN

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)