HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Saturday, January 15, 2011

hari ini hari sibuk yuyu

Assalamualaikum korang yang sweet juga kacak bergaya! :)

perasan la tu.. hikhik. tak best nye sekarang! baru nak rasa perasan umpama jilat jilat ais krim magnum dengan belog yuyu ni. nak update belog je, terus teringat assignment yang rapi tersusun dekat rak buku.

hari ni pulak, ada karnival sukan untuk subjek Basic Foundation Sport. apa ni yuyu! kata ambik Islamic Banking! kenapa ada sport segala? sebab wajib kat kampus ni. ikut je laaa..

karnival tu bermula dari awal awal pukul 7.30 pagi buta. 7.29 minit 59 saat, yuyu dah terpacak tunggu kat tempat pendaftaran. semangat ni nak main boling padang!

tu je la yang mampu main pun. muheheh. bola tampar? kang bersepai tangan yuyu ni. bola jaring? malas la. semua orang tinggi je. hikhik! boling padang saje la yang yuyu mampu.

bab sukan ni, memang paling lemah la. orang main semua, siap berborak dengan rakan taulan yang bergembira dengan sukan yang di sediakan, yuyu asyik baca novel sambil dengar lagu. lagi best.

waktu main, selamat la cuaca tak panas langsung. suka sangat. terima kasih kepada awan awan yang melitupi bumi kampus yuyu. tak la sunburn kan. heheh. sebelum join, dah lumur tebal tebal sunblock. tak hengat!
sempat la amik gambar awan yang budiman ni. :)

ini lah yuyu masa join karnival ni. wahh. bagus kan, T-shirt Muslimah gitu! okay fine, gelak la puas puas. kang pakai vogue vogue masa main boling padang kang. baru korang tahu. macam biasa, masa tangkap gambar mesti la bajet comel. nak bajet comel mesti la buat "peace" macam ni.
waktu belajar, yuyu simple saja. dalam kampus sangat sederhana, nak keluar, kena la pakai cun cun kan :)
masuk je waktu rehat, rasa syukur sangat. boleh la tangkap gambar berjuta lemon pulak. lepas tu, delete gambar yang setengah juta lemon tadi yang lebih kurang sama rupa nya. edit edit, macam biasa, upload masuk belog. hikhik :')

sekarang waktu tidur, ini lah kerja yuyu. selagi ada kamera, nak tidur pun yuyu tangkap gambar lagi. nak makan pun jugak. rasanya, setiap kali nak buat sesuatu, mesti ada satu jenis gambar kot. haishh.
yuyu memang suka bajet comel pon. sila keluarkan bijik mata korang kalau tak suka . huhu
heheh. dah upload gambar, sekarang waktu tidur pulak. sebelum tidur, untuk dapat kan tidur nyenyak umpama bayi comel, mesti la makan sampai telentang kan. terima kasih biskut Munchies dan Cadbury Almond. perut dah tegang, masa untuk tidur. wuaaaaaa.


terima kasih sudi tatap muka yuyu. muhahaha ^^

15 comments:

  1. gambar bawah paling cute.. heheh

    ReplyDelete
  2. walaikumussalam! hehe perasan jgk. :P

    xprnh men boling padang.xde can.tp prnh men bola tampar.bola jaring pn, prnh. :D

    ReplyDelete
  3. banner nya lucu..mau exchange link???

    ReplyDelete
  4. yuyu memang comel...so, boleh bajet comel...dimaafkan...haha =D

    ReplyDelete
  5. fakarepain : hikhik.. muka dengan serkup kepala entah ape2 :)

    ReplyDelete
  6. zaki : hahah.. tak leh belah laki men netball ^^

    ReplyDelete
  7. tido pun masih chantek ;)
    apa kes nie ?
    i loikeeeeeee

    ReplyDelete
  8. salam yuyu....wah posing jer die yer...:)

    ReplyDelete
  9. hahahaa...terserlah ke-comel-an yuyu ^^

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)