HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Saturday, January 1, 2011

Azam Tahun Baru 2011

Assalamualaikum korang :)

bertemu kembali di ruangan gelap gelita untuk entry lapuk-wey-ko-tolong-takyah-publish-post-ni-la-wey. iaitu entry pasal azam tahun baru, yang setiap tahun akan ada entry yang beriban orang publish entry yang sama atau pun yang lebih kurang :)

kalau blogger lain dah post entry pasal tahun baru dari semalam atau pun tepat gile gile tak lebih sesaat pun pada pukul 12 tahun baru, yuyu pulak post mase dah nak keesokan hari tahu baru pulak.

ni semua tergendala sebentar di sebab kan yuyu balik rumah atok yuyu. hmm. sedeih nya saya.. balik rumah atok disamping meninggalkan laptop sendirian di kamar beradu. wahh!

setiap tahun, yuyu ada azam. semua azam bajet gempak gilllller! (nada cam awie dalam zombie kampung pisang). masuk je tahun baru,yuyu tulis besau besau kat kertas kajang pastu lekat selotep rapat rapat kat dinding tepi katil, dan di tulis azam yang bla bla blaa blaa..

bila orang masuk orang mesti cakap "woaaaa, azam dia, mesti dia ni hebat!" terkesima orang bace. tapi, perlu lah tahu, yuyu rajin tulis pasal azam, nak buat nye, macam rajin, tapi tak berapa rajin. tak nak la common sangat kan, bila sebut malas. biar arr cakap ayat putar belit sikit.

bila fikir punya fikir, fikir lagi, dan terus fikir, azam tahun baru ni, yuyu nak sangat :

  • terus bertudung, dan nak cuba menutup aurat juga urat urat seksi meksi pepsi teksi. hehe. kalau boleh, nak la selepas ni, tutup pulak kaki, juga lengan kan. heheh. slow slow la. cewahhh. cam bagus la pulak. dan lepas ni kalau boleh, kalau nak beli baju, nak beli baju yang untuk pakai dengan tudung, yang tak boleh pakai dengan tudung beli senyap senyap cuba tahan jangan beli T_T
  • yuyu nak bangun awal seawal mungkin. selalu bangun 6.45am, lepas mandi, tidur 2 saat, lepas tu, celik mata, dan tidur 2 jam. muhahah. so lepas ni, kalau boleh, nak bangun pukul 6, mandi awal awal, bagus untuk kesihatan, lepas tu, sedia makan untuk suami dan anak anak. tuihhhh! kawin pun belom. ok, bangun untuk study. (gempak la azam ni!)
  • ok, lagi satu, bia la cukup 3 kan. 2 macam sikit sangat. tahun ni yuyu nak jadi baik. hmm. tak gempak sangat. ok, make it more gempak! bermula tahun baru ni, yuyu nak jadi anak yang baik lagi solehah, menghomati orang tua, berbudi pekerti, mesra, ramah sopan santu juga manis ayu gitu,. woaaa! gempak gillller!

heheh.. siap dan entry lapuk pasal azam yuyu. sekarang, yuyu nak blogjogging pulak. nak tengok azam orang lain. yang gempak, boleh tiru masuk dalam belog yuyu. huhuhu. teruk.


terima kasih & selamat tahun baru :)

8 comments:

  1. harap2 azam yuyu tu disertakan dengan amal yg istiqamah ye..jgn cakap saja..huhu..good luck for 2011!!

    ReplyDelete
  2. bhahaha.. entah la.. harap la... sebab azam tahun yang lepas lepas lepas pon banyak tak selesai lagi ^^

    ReplyDelete
  3. hehe..banyaknya azam tahun baru yuyu ek..takpe..go ahead..move forward..hehe.. lala

    ReplyDelete
  4. 2011 tahun cemerlang yuyu dlm dunia bloging..kan..kan.. :)

    luv u yuyu!! :D

    ReplyDelete
  5. ohh,yuyu dulu pon freehair jugak ye? ada tips tak? sbb kita nie haa liat liat lagi ahh.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)