Sunday, December 26, 2010

sibuk yang tak mengabaikan perut cantik

Assalamualaikum!

pagi yang ceria!  hari ni catat sejarah yuyu, apabila yuyu dapat workout dengan 12 buah lagu! wah wah wah! selalu nya, satu hari paling banyak tiga buah lagu saje. dah rasa perut akan cantik. cecehh.paling kurang pun, satu hari satu lagu. bagi yuyu, setiap hari, mesti-buat adalah workout, supaya mendapat hasil perut idaman wanita. tak buncit tak macam kantung kanggaroo.

alhamdulillah. yuyu praktiskan cara ni dari tingkatan lima lagi. bermaksud, dah nak masuk lima tahun. woaaa. tapi baru baru ni, yuyu try buat eksperimen, apabila sebulan tak workout. yes. perut dah kembali ke bentuk fitrah semulajadi. buncit. tak flat. dan ada seseorang yang dah tegur.
cantik nyaaa awan tu!

oh tak best. sebab tu la sekarang kalau boleh, yuyu nak workout, sekerap mungkin. bagi yuyu, perut sangat penting. bukan untuk kepuasan mata orang lain. tapi mata yuyu sendiri. bila tengok perot kantung kanggaroo, yuyu rasa macam yuyu sangat zalim pada perut sendiri. oh tidak perut. ku takkan biarkan kau begitu rupa.

antara lagu yang menjadi pilihan diri adalah lagu lagu rancak pabila di disco (olskul bebenau). dan sebab dari workout lah, yang membuatkan yuyu suka sangat menari. tolong senarai kan apa jenis tarian yang korang suka? tango? belly dance? semua yuyu suka. mungkin suka menari dan pandai menari adalah dua perkara berbeza -_-

selain workout dengan lagu yang bising gile, yuyu sangat suka sit-up. tapi perlu korang tahu, yang sit-up tak la berapa di galakkan, kerana, akan memberi kesan kepada rahim kita. jadi, bagi yuyu, cukup la, buat sit-up ringan, dua hari sekali. yang tak perlukan peluh peluh. cukup la sit-up sambil tiup tiup kuku, belagak.

amalan pemakanan sihat juga sangat penting. korang pon dah tau kan, yang minum makan minum makan minum makan minum pulak makan atau kata simple nye, makan bersulam minum, adalah perkara keji untuk perut. kerana buncit akan berlaku. sila jauhkan amalan ini, untuk kecantikan perut bersama. :')

kadang kadang, bila makan, rasa jugak nak minum, ish. tak tahan. lambat lagi nasi nak habis. ok. tak tipu. yuyu minum juga sikit. sikit saja. tapi tak buat kerap. kerana dah perut bagi warning hello yuyu, ko nak biar aku buruk ke?

ada banyak lagi cara yang di praktiskan, supaya perut menjadi bentuk ideal. antara yang lain. menjauhkan diri dari makan bercampur jenis. kalau korang makan makanan laut, jangan la pulak budiman untuk makan jenis jenis daging . satu jenis saje untuk sekali makan. paham? tak paham tanye. ini terbukti keberkesanannye . dan ia merupakan sunnah Rasullullah.

atau yuyu dah try makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang. yuyu dah cuba untuk tiga bulan. serius, sangat berkesan untuk perut juga kesihatan kita tapi, tak boleh arr lawan nafsu. makanan sedap, sape la tak nak lahap sampai terlentang kan. tipu ar. kalau boleh simpan dalam lama lama dalam mulut, yuyu makan banyak banyak, simpan dalam mulut, esok telan, lusa telan, tulat telan. teruk.

dah. semoga korang yang sayang perut, turut sama sama turun padang praktikkan macam yuyu. tengok la selepas beberapa lame. korang akan wow, perut aku hebat! apa apa lagi tips yang boleh di kongsi? kongsi la. yuyu sangat suka:)


terima kasih keran sudi membaca :)







25 comments:

  1. semua orang suka cantik dari atas sampai bawah.Tapi bab badan ni lelaki ada citara tersendiri bila melihat si dia...ramping...berisi..terlebih berisi..yg penting kalau dah suka..."di mulut naga lagi ku rebut..

    ReplyDelete
  2. emm bagus maintain perut cantik..i sukaa..

    ReplyDelete
  3. hehe perut pmpn mmg susah nak jaga. makan sket je da bole nmpk effect dia. oke gud luck k !! :D dapatkan perut yg cantik

    ReplyDelete
  4. definitely kamu kena jadi sangat tekad dan berazam.. i 3,4 hari jek, pastu terus malas balik.. huhuu..

    ReplyDelete
  5. abadi : uishhhhhh.. tak nak la naga sangatttt.. huhu

    ReplyDelete
  6. dia : huhu.. tapi sekarang tengah tak berapa ok.. tinggal sebulan kann :(

    ReplyDelete
  7. mardiah : heheh.. terima kasihh.. mardiah cantik tertarik maridah memang debommm :D

    ReplyDelete
  8. mybloggie : hehehe.. kena la jaga selalu.. jaga perut, nanti tua uduh ^^

    ReplyDelete
  9. pinky : heheh... apa yang kita nak, mesti la buat betul2 kann :D

    ReplyDelete
  10. yang ni tak boleh...nape la letak pic gambar tu ek?? tukar la..menyiksa pandangan pendekar je..iman ni dah la nipis...huhuhu..

    ReplyDelete
  11. as salam..
    en? entri yang macam ni pun ada?
    adoi..betul2 perlbagai :D

    banyakkan mengamalkan minum air kosong. kena ingat juga.semakin banayk kita makan, semakin banyak tenaga yang diperlukan untuk menghadam makanan dalam perut.

    :)

    ReplyDelete
  12. yuyu ! kita suka gak work out, sit up pun suka, tapi har2 buat tape ke ?

    pastu suka joget2 juga ! haha lagi2 poco poco ! best kott !

    Pastu hari tuh, tiba2 workout, cycling guna kaki, amek kau, smampai skang ni kaki sakett . haha

    ReplyDelete
  13. NASIB BAIK PERUT YAN DAH CANTIK.HIKHIK :D

    ReplyDelete
  14. ERGH.PERUT SAYA KEMBALI BONCIT.MCM MANA NI T_T

    ReplyDelete
  15. HARI NI MAKAN BERGANDA GANDA.HABISLAH DOUBLE BONCIT T_T

    ReplyDelete
  16. hmm,wanita asia memang buncit sket kott.

    ReplyDelete
  17. sy pon suke mnari especially nga lagu girls generation :)

    ReplyDelete
  18. benci entry nie,,,,sebab perut saya buncit:(

    ReplyDelete
  19. erm....workout tuu blh specific kn lg tak mcm mna???contoh mcm sit up ke....apa ka....huhu

    ReplyDelete

sape komen, dapat kisses ♥ ^^