Sunday, December 5, 2010

saya ni bukan perempuan ke? :'(

 Assalamualaikum cik mat ayob & cik leha bunga melor!



pendahuluan pon dah nampak muka cik melah ni kan T_T

malas nya nak menaip entry baru ni. ni semua angkara asignment yang belambak. tak best ar! nak tidur lebih susah, nak golek golek lebih pon susah ape lagi nak fesbuk fesbuk lebih kan.

post kali ni, tak banyak idea sangat. sebab otak dah letak sepenuhnya kat projek tempoh hari. jadi idea yang tinggal kat jasmani yuyu ni cuma seciput. atau lebih tepat lagi sebanyak sepertiga peratus. korang rasa yuyu ni perempuan ke tak?

yuyu pon konpius ni. semalam kawan yuyu talipon yuyu. kawan lama masa kenal kat bukit bintang dulu. memang rancak wehh. macam dah tak main talipon talipon seabad. biasa la pompuan, bila jumpe gang, mesti ar aktif gila en. banyak nya, dia la yang bercerita, biasa lah dia yang call. yuyu ni tunggu turn je nak buka cerita T_T tak best betol la.

maka, nak jadi cerita, dia bercerita pasal birthday dia 3hari lepas. (sumpah hakuh tak hengat langsung) cerita pasal bopren dia kasi hadiah kat dia.dialognya lebih kurang macam ni la:

yuyu: wahhh.. langsung tak ingat besday u. hmm. sori, i ni tua sikit (harap dia tak kisah la)
nini:takpe, sebab birtday i kali ni, happy sangat! bf i buat i happy taw! (ape yang happy nya? )
yuyu: cerita la! cerita la! (siyes nada yuyu mase ni gedik gile ohh!)
nini: bf i kasi i teddy bear besar gileee!!!!! chocolate 1 bakul. besttttt!
yuyu: huh? best? ape yang best syg?
nini: dapat semua tu la. pompuan mana la yang tak suka semua tu kan. pompuan nak jadi jantan kot. hahahaha!
yuyu: hahahahah! ye la.. best nyeeee!!
hahahha ( buat buat gelak). sebetulnya, yuyu terus tengok kat jasmani dan rohani yuyu. betul ke yuyu ni perempuan? ish.. betul la. siyes tak tipu! sebab nya, yuyu memang sorang perempuan yang sejak azali tak suka hadiah cekelat juga teddy bear. apa lagi kalau teddy bear besar kan. satu lagi tambahan ialah bunga.mari korang kenal pasti sebab musabab kenapa dengan penyakit yuyu ni:

cekelat:
hmm. sedap la pulak T_T
memandang kan yuyu sejak lahir lagi berada di Pulau Syurga Cekelat, maka, bagi yuyu, "ko takyah la susah payah kuar keringat ko nak beli hakuh cekelat, hakuh dah puas makan kat Langkawi dari kecik lagi". macam tu la ayat yang terselindung di sebalik yuyu. cakap je la cekelat apa yang korang pernah makan, mesti yuyu dah pernah makan juga. kalau yuyu tak pernah makan pun, korang anggap la yuyu pernah makan juga! mesti! wajib! maka dengan seterusnya, kalau cekelat merupakan idea korang untuk bagi kat yuyu, sila cancel laju laju, tukarkan ia kepada MILO kotak! bestt! minum 8882368638384 kotak pun tak jemu ^__^


Teddy bear:
nih kalau tengok hakuh malam malam ni, boleh histeria hakuh ni!
ni lagi la tak nak! yuyu suka teddy bear, tapi untuk memiliki juga mempunyai memang "mintak simpang tiga kampung dusun". yuyu takut gila. kecik kecik dulu, arwah abah yuyu pernah belikan yuyu teddy bear & barbie doll. tapi bila ingat pesan tokwan "main la anak patung, nanti dia minta nyawa kakak baru tao" (tokwan cuba jaohkan yuyu dari semua tu, malaikat tak masuk rumah owh kalau ada semua tuh!). jadi, bila abah beli je, malam yuyu termimpi yang patung patung tu jadi besar lalu minta ihsan nyawa yuyu! gila scary!. sampai sekarang yuyu tak ada semua mende alah tu.

kat sekolah masa lucky draw pon, yuyu pernah dapat Pooh (masa tuh femes ar Pooh ni). kawan kawan siap nak tukar lagi dengan yuyu. jeles akan ke-lucky-an yuyu. balik je, yuyu bawa hati yang hampa. bagi Pooh tu kat adik. main la. tapi jangan bawa masuk bilik yuyu! tendang Pooh tu kannnggg!

Bunga:

dari bagi bunga, leih baik bagi taman bunga! ^^ (demand sikit)
 yuyu suka bunga! suka sangat! semua bunga yuyu suka. tolak tepi bunga tayar juga bunga bank. tapi yuyu tak suka orang bagi bunga kat yuyu. dah rasa macam cerita orang dulu dulu. apa apa sikit, bagi bunga. pastu tulis kat kad kecik molek. ceh. tak suka betul! masa yuyu couple dengan sorang ni dulu, dia dah tiga kali belikan yuyu bunga. macam macam jenis. balik hostel, yuyu fikir balik, "lebih baik ko belikan aku filet-o-fish". nescaya aku makan dengan kenyang T_T

terpikir pulak satu. asal konvo je, ada bunga, asal ada bunga je konvo. mak bapak tok nenek bagi bunga. bopren pon bagi bunga. macam mana yuyu konvo nanti. benda tu macam benda wajib kan. harap harap masa konvo yuyu nanti, mak cik pak cik jual bunga dah tukar citarasa. dari jual bunga kepada cekodok bunga ke, tak pon air teh bunga juga tak ketinggalan cekedis bunga. untuk mengisi perut cap tak kenal kenyang.

jadi, bila di fikir balik apa yang nini cakap tuh, yuyu terus buat buat bodoh. yuyu ni pompuan ke laki laki? tapi betul la, bagi yuyu macam semua perempuan suka tiga mende alah tu. ish. abnormal ke? tak pon yuyu ni sepatutnya laki. sobb T_T sadis ar!

kalau yuyu tak suka tiga ni, korang apa pula? kongsi kongsi!


terima kasih sudi membaca! :)
SHARE:

3 comments

  1. cmne kalo perfume ? gajet ? mesti suka kn kn kn ?

    ReplyDelete
  2. huhuhu.. senang cite, tak yah bagi pape ^^

    ReplyDelete
  3. efa pun suke tedy bear...byk je kt umah nie..tp bile baca pesan tokwan yuyu tu, cm seram pulak..hukhukhuk =_=

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

Blogger Template Created by pipdig