Wednesday, December 22, 2010

10 jenis orang yang menyenangkan hati

Assalamualaikum!

berbekalkan idea yang seciput, tapi hati meronta ronta nak post entry baru. ish. dok tak diam betul hati ni. rehat la jap sehari dua. baru semalam post entry baru kan. tapi takpe, nak penuhkan impian hati, yuyu cari idea. apa yang nak di kongsi kan. kan. kan. kan.

kali ni, nak kongsi, jenis jenis manusia di mukabumi ni, yang di sukai manusia.

1- Orang yang murah senyuman
sejuk hati mak mengandung kalau tengok anak pinak budiman senyuman. tak payah nak senyum selalu, cukup la kalau senyum bila nampak orang. bukan masuk buku 555 pon kalau senyum. tengah urat urat tensi kita tegang keluar, dek kena marah dengan bos ke, hutang tak habis bayar ke, asignment berjuta juta lemon ke, tapi bila tengok orang senyum kat kita, otometik, reda sikit kan serabut kepala hotak. setuju?

2- Orang yang pandai tak kedekut ilmu
syok sungguh nak rapat dengan orang macam ni. dah la bijak bestari, tak kedekut pulak nak kongsi ilmu yang ada. bila dia dapat sikit ilmu, dia kongsi ramai ramai. dia tahu sikit tips, dia share beriban dengan orang. contoh nya blogger, bila dah dia tahu orang memerlukan apa apa tips, dia offer nak tolong. ish bagus! ni tak, ada orang yang pandai, sangat pandai, tapi bila kita tanya sikit je, dia sorok ilmu rapat rapat. kalau ilmu dia tu berisipadu, memang sah dia simen rapat rapat dalam dinding rumah. tak bagus betul.

3-Orang yang baik
sape la yang tak suka kan rapat dengan orang baik. semua nya yang dia buat, kita rasa senang saja. tak main cocok cocok belakang kita, tak suka tanduk tanduk kan kita, tak jadi hakim takbertauliah terhadap diri kita. sejuk perut ginjal hati paru paru kita bila rapat dengan orang macam ni. ni tak, baru ada sorang dua puji dia baik, mula la nak jadi hakim tak bertauliah. nak cakap kita teruk la, kita itu la, ini la. tak pun, depan nampak baik, belakang, main tikam tikam belakang pulak -_- benci. bila kita rapat dengan orang baik ni, dia akan buat kita sangat selamat untuk rapat dengan dia. best.

4-orang yang suka belanja.
heheh.. yuyu suka orang macam ni. :D kalau boleh, nak offer kan diri kawan dengan orang macam ni. ye la, sape tak suka benda free kan. kalau masuk supermarket, ada ubat gigi darlie percuma BMW, dengan colgate tak ada percuma apa apa, mesti kita amik darlie percuma BMW kan. heheh. tipu la tak nak. munafik kalau kate tak nak.0.o orang macam ni, memang di kelilingi ramai "kawan". awal bulan dah tentu ada duit, tapi dia offer nak belanja, tengah bulan, duit dan poket umpama isi dan kuku, tapi dia still offer nak belanja, best! ujung bulan, duit dan poket umpama melukut di tepi gantang, still, mehh arr aku banje ko, aku bek hati. tapi kalau dah baik macam ni, ragu ragu la pulak

5-orang yang tak sombong, bongkak, riak, takabbur!
ni sifat semula jadi yuyu ni! betul! lehh caye ke. best betul bila dapat kenal orang yang sedemikian. takda la kita rasa rimas sangat kan dengan orang macam ni. orang melambung lambung puji dia pon, dia cooooool saje. orang bagi anugerah kebesaran duli yang amat mulia sultan selangor pon, dia, lek lu cok kok luuu saje. tak ada la nak jalan dada 400 inci kedepan bila kena puji. tak la pulak, nak buat baik depan orang saje kan.
-----------------------------------------------------------------------

mungkin tu apa yang korang suka, bagi yuyu pulak, yuyu suka bila :

6- bila kakak maxis(sebab yuyu guna broadband maxis) pemurah:
"bill broadband adik, tak payah bayar ye bulan ni, bulan depan, bulan lagi satu depan, buln satu satu lagi depan, juga bulan satu satu satu lagi depan. pakai la dengan free ye. lepas tu, nah singgit dua puluh sen. buat beli gule gule." siyes, kakak tu akan di sayangi yuyu serta merta.

7- kawan yang ambil berat:
sedang yuyu bawa benda berat seperti tiga belas ketul buku yang gedabak besar, serta pelbagai lagi beg yang berat berat ke kelas pada tengah hari yang terik lagi panas, tiba tiba, muncul makhluk yang di cari cari bersuara: "tak payah la nak bawa semua benda alah tu, meh saya bawa semua, saye memang suke amik berat. yang ringan tak suke. yang ringan awak je bawa" yuyu akan balas : "macehh :D"

8- lecturer yang budiman markah
kita semua tercari cari seorang pendidik yang budiman markah. kalau dapat lecturer kedekut taik idung agak masin, sanggup wehh extend tahun depan subjek tu, amik tahun depan demi lecturer tersayang tu. lagi lagi la lecturer yang : "ok, baiklah murid murid, mulai sekarang, awak semua tak yah datang kelas ye, pergi la buat amal kebajikan. nanti dua hari sebelom final, datang bilik saye, copy semua soklan final, ye" yuyu akan jawab" ishh, baik sungguh cekgu ni, budimannnn"
9-majikan yang murah rezeki (harap mak yuyu tak bace)
kalau keje esok esok, kita doa la supaya dapat bos yang bertangan selalu memberi. setiap bulan ada dau kali bonus, elaun pulak tu ada. siap tambah, elaun tidur, elaun jalan, elaun anak laki bini, elaun dapur rumah, elaun minyak kete di lipat gande kan. ish.. murahh rezeki bos kita kan.

10- jiran tetangga yang jaoh sekali nak mengumpat.
paling tak suka orang mengumpat. apa lagi kalau jiran jiran kita mengumpat. bila dah keje nanti, mesti kita ada rumah sendiri kan, tak pun, bila dah kawin nanti, kan senang hati kalau dapat jiran yang petang petang datang rumah "awak, jom la kita berbincang pasal cara cara nak masak tempoyak agak lebih enak lagi best-giler-babi-wa-cakap-lu," ni tak, asal datang rumah je "awak, tak dengar cite ke yang jirang kesayangan awak tu kena tangkap dengan JAIS?" cesss.. jaga tepi kain orang je.

sekian, tu saja 10 jenis orang yang menyenangkan hati kita. kalau fikir fikir balik, apa saje lah yang ada kat yuyu yang boleh senang kan hati orang. kadang kadang, kita dah try buat yang terbaik, tapi orang, samaada salah anggap ataupun, tak perasan apa yang kita buat tu. sigh!

p/s: apa apa lagi yang senangkan hati korang?


terima kasih kerana sudi luangkan masa bace entry yuyu kali ni ya :)
SHARE:

20 comments

  1. makcik cleaner yg x rembat kasut student..no 11.

    hahak

    ReplyDelete
  2. ika pun x suke jiran tertangga mengumpat. lebih2 lagi wat fitnah. melampau tul. mak ika pun x bergaul ngan jiran kecuali jiran sebelah ngan belakang uma dan beberapa jiran yg x suke mengata hal owg.. lg pun mak ika busy wat keje NGO dia tu. membantu ibu tunggal. suri rumah yg xde keje cari keje. tu la keje dowg.

    ReplyDelete
  3. haha...dawooz nak jadik semua tu kecuali kakak maxis tu ..ahaha

    ReplyDelete
  4. hmm, ape lg jnis org yg mnyenangkan hati kita? bila org tu tanye, "ape yg tak menyenangkan hati awak skrg? bia sy tlg."

    oh, mcm2 yg sy tak senang.esaimen, duit elaun,bla bla bla.ambik kesempatan. :D

    p/s: nak tergelak baca part lek lu cok kok lu.ntah knape.haha. :D

    ReplyDelete
  5. nub :yess!! di persetujui! saket hati toll! yuyu punye selendang kena curi :( $8 je pon.. beli arr sendiri.. :(

    ReplyDelete
  6. yess! mak yuyu ponn.. asek kena je.. mak yuyu dok umah, dorang datang umah.. ishh.. tak suka... :(

    ReplyDelete
  7. dawooz : ye laaa.. dawooz kedekut ^^ hahah...

    ReplyDelete
  8. zaki : hahahah.. tu yang best! "saye takde duit extra la.. tolong bagi"

    hahah.. ape yang terok nye ngan ayat tu??

    ReplyDelete
  9. yg mengenyangkan hati??haha...xnak akak maxis..akak celcomla

    ReplyDelete
  10. hahahah... ok ok... tukar balik, kakak celcom ^^

    ReplyDelete
  11. x teruk pn cok kok tu.unique, sbb biase dgr sap kok luu je. ;)

    ReplyDelete
  12. zaki : heheheh.. lain ek?? lepas ni tak yah gune sap kok lu, gune cok kok lu ^^

    ReplyDelete
  13. cik cira : heheh.. amal kan semua tu.. disayangi orang :)

    ReplyDelete
  14. alamak tak tersenarai lah...hehehe

    ReplyDelete
  15. pia : hehhehe.. bagusss... tenang hati ni ^^

    ReplyDelete
  16. mmg best kalau dpt membe yg suka blanja! hahaha..

    ReplyDelete
  17. hahaha..yuyu memang suke demand lebih2 kan!

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

Blogger Template Created by pipdig