HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Friday, October 22, 2010

TANGISAN KERINDUAN

tak boleh belah. tajuk dah macam tajuk lagu zaman WINGS & EKAMATRA pulak. dah sampai kampus ni bukan benda utama kemas bilik, tapi keluar dengan laki masa depan dan update belog. bilik bersepah macam setor rumah mak cik melah, bukan satu masalah kepala otak. janji rindu ku pada mu wahai laki masa depan, terubat dan belog di post kan dengan entry yang segar dari kebun kebun bunga.
relax arr weyyy.. jup g kemas, cantik la. macam di kayangan.
entry kali ni bukan nak cerita pasal bilik yang indah. bukan juga nak tayang kat korang pasal kebahgian diri ketika berada di kampus. tidak kawan kawan. tapi nak meluahkan rasa rindu yang amat sangat pada kaum famili di langkawi. baru saja satu hari tinggal kampung, dah macam nak lari senyap balik sana. teringat macam macam.

pertama sekali, malah pertama empat kali dan enam ratus tujuh puluh tiga kali (yuyu tau, korang tak paham ape mende yuyu merepek ni) pada bonda kecintaan dahku ini. semalam masa dalam perjalanan, mak talipon, rindu kate nyeee. siap demam lagi. hmm. kesian mak. mak selalu sediakan makanan terhebat di dunia. buat yuyu kenyang tak kenal lapar.

bonda dari syurga.

walau sampai menangis pun, ia tidak akan merubah apa apa (mood sedih). raya haji nanti baru dapat jumpa kaum kerabat yuyu. ini lah nasib bila belajar jauh jauh. bila duduk sorang sorang, yuyu teringat atok. yuyu ni cucu beliau yang sangat bising. yuyu suka sakat atok, minta duit (pebret), cari makanan kat rumah atok & atok pulak dah tau sangat dengan cucu beliau yang baik ni.


teringat adik laki yuyu , akmal. walau pun beliau sudah 15tahun, tapi, yuyu masih layan beliau seperti 5 tahun. cubit pipi, kacau masa tidur, bila nak makan, yuyu suka makan lauk yang beliau makan. ohh.. rindu nya.

hani pulak adik perempuan yuyu. pon sama. yuyu layan macam budak budak. memang yuyu sangat kuat menyakat. tapi hani lagi teruk. yuyu suka buat beliau menangis. rasa kepuasan yang tahap dewa ^^.

adik ku ^^ yang baju kaler hitam la!

tiada adik, tiada ke-best-an hidup.
semalam masa nak register, yuyu nampak banyak pelajar datang bersama mak bapak dorang. rasa jeles nya. ye la. abah yuyu dah lama meninggal. rindu sangat. dah la rindu mak, dah nampak macam tu, lagi la rindu. nasib lah laki masa depan yuyu bawa yuyu jalan jalan. ^^ (gatai)
sedekah kan Al-Fatihah kepada abah dahku :'(
haa. part ni yang tak sabar nak cerita ni. selama yuyu di Langkawi, yuyu bersama si temok temok yang comel! memang best la. dapat cubit pipi, makan nestum bersama sama juga masa tidur yang di kelilingi babies ^^

ni afiq daniel. beliau sangat comel. rindu sangat nak tengok mata beliau yang bulat terjojol macam bola deodorant. comel tau!
eleh.. senyum sebab nak masuk belog la tu!

pembunuh ikan bilis!! gile gangster!

comel kan makluk ni!
ni pulak daniel. melayu la! tapi comel sangat. geram bila beliau yang kecik panggil yuyu "kakak". rindu main tembak tembak dengan beliau. owhh daniel.. tunggu lah daku ke pangkuan muh!
yuyu pulak yang senyum lebih.

heheh... budak ni pebret yuyu! sebab yuyu suka baby rambut kerinting. melayu ni!!! besar nanti hensem dari laki masa depan yuyu ^^
rindu pulak kat farhan. baby ni suka sangat senyum. yuyu cakap dengan mak dia gelak, yuyu tengah marah, dia gelak, yuyu make up, dia gelak. comel sungguh budak ni!

kau gelak, aku gelak, kau senyum aku senyum. kau nanges aku bagi kat mak balik ^^

di tenga tengah ber seronok dapat result bagus dan boleh online fesbuk selalu, rasa rindu pada langkawi tak pudar pudar lagi (ayat tak beragak). sebelum tidur, yuyu talipon mak, cakap cakap dengan mak sambil nangis. makan coklat terhebat di dunia pun nangis juga, sebab bila di langkawi, yuyu suka makan coklat tersebut dengan mak. hmm. tak suka nya perasan perasaan ni. sobsob.

2 comments:

terima kasih sudi komen :)