Friday, October 22, 2010

RINGKASAN SELAMA SEBULAN DI LANGKAWI

"sorong papan tarik papan,
buah keranji di dalam perahu
suruh makan adik makan,
suruh mengaji adik tak tahu."

ha. amik awak. yuyu bagi pantun lagi sebagai pendahuluan. biar pantun takda kena mengena dengan entry yang bakal di karutkan, tapi awak tak lupa apa tu pantun (wahh.. semangat bahasa melayu la! hidup yuyu)

kali ni, tak ada banyak yang mahu yuyu bebel kan, cuma, nak upload pic sahaja.. banyakkkkkk.. apa kata, awak buat buat tidur tak pun main lompat lompat dulu dengan adik sementara menunggu gambar gambar yuyu ni habis di loading. ^^

mempersempahkan!!! gambar gambar yuyu di Langkawi!!!

9/9/10
bermula dengan saat saat yuyu sampai di Langkawi. adik yuyu lah orang yang yuyu cari. dengan harapan, dia tahu yang yuyu rindu menyakat beliau. oh adik ku, aku sunyi tanpa muh!
 13/9/10
melawat bekas tempat kerja. rasa macam nak kerja balik aja kat sana. best wooooo.. senang je kerja nya. datang kerja, tidur, layan costumer, tidur balik dan balik. ^^
port tidur bila takde costumer ^^
 19/9/10
kedatangan Luke Michael Byrne dari Australia. datang meramaikan majlis tahlil.
"sokseksoksek".
ehh.. dengar macam ada bunyi bunyi gosip je ni? amboi. mengata orang. ni kawan biasa la. tak lebih dari tu. yuyu dah ada laki masa depan lah awak!



 20/9/10
beliau berangkat balik Australia. sobsob.. terasa lekang hati kuh!
monster ^^

23/09/10
rindu filet-o-fish. bergegas ke mekdi dengan segera! terima kasih kak liza. kau buat impian jadi kenyataan. (ececeehhhhhh). kembang kuncup kak liza kang.

28/9/10
melawat Telaga Tujuh dengan tak sengaja. best wooooo.. try la ke Langkawi & tengok kecantikan air terjun tersebut. pasti korang tergoda!

gong gong gong!! aku datang mencari rezki!
 bila dah penat tengok air, sekarang nak main buih pulak. tengah syok main buih, ada pulak kanak kanak riang memunculkan diri. ish. baru nak layan!
nak men buih pon ada orang kacau :(
 5/10/10
siang hari tu, yuyu rasa mata yuyu anugerah tuhan dah sikit kabur. tengok muka justin timberlake pon dah macam muka laki masa depan (ni kerja angau ni!!). jadi yuyu ambil keputusan untuk check mata. tengok la result nya. oh tak ku sangka! ini pasti bahana sengkang mata depan laptop 24/7.

 7/10/10
makan-best-best time! ni yang paling best antara ter-best best! waaa. yuyu memang tak makan sayur, sebab bagi yuyu, sayur pahit, tapi yang ni, yuyu makan! memang kat restoran tu masak power la!
terbaik dari ladang!!!

nak puji gak? ok la.. ok.. terbaik dari ladang jugak!!!


 9/10/10
menghadirkan diri ke majlis akad nikah Barzila di Masjid Nyiur Chabang. sangat terharu. kawan yang selalu main masak masak dahulu kala sudah jadi isteri orang. yuyu bila pula?

bila la bakal dahku menjadi seperti muh!



 10/10/10
hari ini untuk menghilangkan rasa pilu di hati akibat frust Dr. Muszaphar kahwin bukan dengan yuyu, jadi yuyu tekad untuk mengubat luka dalam hati di telaga tujuh sekali lagi. tapi kali ni, yuyu mandi. memang best ar wa cakap lu! dah la air sejuk gile! memang terbaik la senang cakap!

 ni permandangan dari atas, telaga tujuh yang bawah macam gambar yang yuyu snap sebelum ni. :) ala, yang yuyu pakai tudung tu la. check check balik. lawa kan? haa.. tau pun.

 14/10/10
melihat gelagat tok yah layan fesbuk. ingatkan kita kita aja yang layan. dia pun nakkkkkkk. hehe..


 15/10/10
berjalan jalan di pasar malam. tiba tiba jumpa makluk comel ni! grrrr! comel gila la fish cake ni! mungkin korang dah selalu jumpa, tapi bagi yuyu, ni la pertama dalam hidup! sampai masuk blog la. satu cocok $1. yuyu beli $5. tak bagi sapa pun makan! yuyu lahap sorang sorang.
jangan lari!!! yuyu dah tangkap kamu wahai si comel!
 16/10/10
merajinkan masa jalan jalan dengan family ke Cable Car. campur tolak bahagi darap yang kali ni, dah lapan kali yuyu pergi sana, tapi tak pernah jemu pun lagi walaupun mende alah tu dekat sangat dengan rumah.best sangat. rasa macam nak pergi lagi. walaupun adik yuyu nangis esak esak sebab gayat. yela, Cable Car Langkawi kan yang tertinggi. :)


ibu ku ibu mu jua ^^

19/10/10
sehari sebelum bertolak ke kampus. beli coklat banyak banyak. habis duit dengan menatang ni je. (eh, tayah buat buat baik mintak coklat kat yuyu ok!) 
cekelat pebret yuyu ^^
20/10/10
dalam perjalan balik ke kampus di KL. sempat lagi tengok layang layang unik ni! jadi jakun. yela, yuyu selalu main yang segi empat sama tu saja. mana pernah main yang lawa lawa macam ni. macam nak ja buat buat kenal abang yang main layang layang ni (hai abang, kita pernah share duit beli layang layang ni kan ^^)

ehh ehhh.. malas pulak dia nak bangun ni! aippp! babap kunk!!

kau kembang jua ^^
 masa tengah tengok layang layang tu, yuyu jumpa lgi si comel ni! waaaaaa. memang macam nak beli banyak sangat! sebab murah. sosej besar gedabak, baru $1 secocok.
si comel!! kau berada di mana mana saja! ^^ ku suka kamu si comel!!

wahhh.. selesai jugak upload. amik korang! sebulan tak update belog yuyu ni, sekali update, gambar belambak lambak. itu sahaja la yang yuyu rasa rajin nak upload, kalau nak ikut hati, nak saja yuyu upload lagi juta juta lemon gambar yang yuyu snap. tapi malas tunggu & masa sangat tak sesuai.

baiklah, kita tutup entry kita kali ni, dengan pantun juga :

                                                   "pecah kaca, pecah gelas
sudah baca harap balas."
SHARE:

12 comments

  1. best2.... nanti i nak g langkawi jgk... hehehehe... homestay kat umah yuyu je kan? hikhik

    ReplyDelete
  2. hahah.. jemput jempu la ke rumah yuyu... cas biasa saja.. kawan kawan kan.. tidur setengah hari $300, makan minum, cincai la $100. mandi $100, rehat pulak $70.. :)

    ReplyDelete
  3. hehe..yup..telaga tujuh mmg best!!
    tp aritu kan sha g, siap sesat naik tgi gile kt tpt org nk jungle tracking kot..patut la x jumpe2 air terjun..jap g da trun bawah baru ade..hahaha

    dan apekah makhluk cmel tu? fish cake ke? siyes x pnh nmpak..haha

    ReplyDelete
  4. hahaha.. padan muka! tu la.. len kali, g sane, gtao la yuyu ^^ ececehhh...
    yuupppp^^ comel kannn... ntah mane la datng nye.. yuyu jumpe kat pasar malam.. comell wooooo..

    ReplyDelete
  5. sky agito :
    nice la blog yuyu ;D
    yuyu ada rumah kt langkawi kea ?

    ReplyDelete
  6. Hmm..sapa lah yer photographer tu??..ada talent tuu!!

    ReplyDelete
  7. grr, lapoo ler bce entry ni , bak cekelat sikit !

    ReplyDelete
  8. dari dulu sampai skng. tak ubah je muka tu. maintain comel! :) dah habis godek2 SEMUA entry yuyu. nak buat ent rypasal yuyu la. coming soon! hehehehe :p

    ReplyDelete
  9. aishhh coklat tu memikat hati sungguh

    ReplyDelete
  10. wahahaha..seronoknyer yuyu..
    dalam masa seminggu pergi berjimbun..
    jumpa luke lg..amboih! buah ati dari australia...
    jelez!jelez!

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

Blogger Template Created by pipdig