HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Monday, October 25, 2010

Pelajaran Cantik

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih... kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati... !
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la... .
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btl mamat tu... .
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:... patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus... penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela ni.
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya ni..

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh... .
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu... .

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa pakai seksi
lelaki akan cakap: lawa la dia ni
kalau perempuan tak lawa pakai seksi
lelaki akan cakap: tak sedar diri ni minah ni

macam macam la yang tak kena kan. cyang boleh buat yuyu nak post benda alah ni, sebab nye, masa yuyu nak ke kelas tadi, ada sekumpulan perempuan kusyuk sungguh gelak. ada yang lawa, ada juga yang sedang sedang. di tepi pintu masuk ada laki. dua orang. ingat kan perempuan je suka "buat ketupat" ni. tapi, laki lagi dasat!

Laki A: budak baju kuning(lawa) tu satu kelas ngan ko?
Laki B: budak kelas arabic aku.
Laki A: cun.
Laki B:dia kawan dengan yang cun cun je.
Laki A: yang baju merah tu macam muka atok aku je.
Laki B: dia memang bajet. Ingat dia lawa kot.
Laki A: tu la. yang lain cun, dia je.

amboi amboi. mulut macam awak tu hensem sangat la kan. ish. kalau awak tu macam muka Jay Sean tak apa la jugak kan. entah entah budak baju kuning tu yang nak kawan dengan budak baju merah, mana la kita tahu kan.

kalau dalam situasi macam ni, entah dah berapa juta orang kata kat yuyu. oh.. tak boleh jadi!

tapi jangan risau ya wahai kaum sejenis yuyu yang semuanya jelita di sana. jangn risau, biar apa pun orang kata, tak ada sorang di antara kita pon yang tak lawa. semua lawa lawa belaka (cepat belanje yuyu mekdi!).

mungkin bagi sorang daripada hamba Allah akan cakap kita hodoh, hakikat nya, kita cantik di mata hamba Al;lah yang lain. macam pepatah omputih kate, "beauty is in the eye of the beholder"

dan cantik ni, sebenarnya sangat subjektif. jangan gundah gulana sampai terpelangkup sorang sorang kat celah dapur selalu sebab sejak azali muka tak macam yuyu Taylor Swift mahupun umpama wajah anggun Siti NurHaliza atau Nora Danish yang ayu ayu gitu.

kerana kita alone, ada kecantikan yang tersendiri. mana tahu, yuyu terserempak dengan Salena Gomez, dia akan hentak kaki kuat kuat sambil meraung keganasan sebab terpegun dengan yuyu kan. (ececechhh.. termasuk bakul angkat sendiri pula).

kjuga di tujukan untuk kassim, murad juga leman, jangan sedih kalau anda tak setampan Aaron Aziz ya.

untuk mengelak kan yuyu membebel berjela jela, lebih baik yuyu stop sampai sini saja.


cik babi ni tak kisah pon jadi udoh.

6 comments:

  1. btol3...setuju ngn yuyu.....=)
    ciptaan Allah semua cntik2
    spe yg ckp x cntik 2 smelah mnghina cptaan-NYA
    =)
    daaa....

    ReplyDelete
  2. entry terbaik!
    :) suka entry ni.

    ReplyDelete
  3. lumrah manusia nk yg lawa je..da yg tak lawa ni..huhu..mjur yuyu lawaa...

    ReplyDelete
  4. yuyu memang cantek la..comel lagi..
    semoga aron aziz terpeguntgok yuyu!
    hahaha

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)