HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Friday, September 3, 2010

PANAS BARAN

memandang kan yuyu dalam situasi tidak sabar balik Langkawi tahap kritikal, maka dengan ini, entry belog yang akan di post oleh yuyu untuk kali juga akan agak ketot sahaja.

entry kali ini bukan untuk mengumpat sesiapa, bukan juga nak promote kuih raya yang ada di jual di bawah blok hostel yuyu. tidak kawan kawan. entry kali ni yuyu nak mengumpat pasal diri sendiri.

mengumpat pasal diri Asmidayu Zulaikha Bt Eswan. dalam satu hari ini, yuyu agak panas baran dan agak tak betul. kenapa? kenapa? dah tak sabar balik kampung mungkin. mungkin tak sabar menge-pau duit raya dari sanak saudara. minta maaf ya pak long mak long dan seterusnya. menge-pau duit raya merupakan rutin tahunan yuyu sejak dari kecik lagi. oleh itu, tradisi tersebut mesti di terus kan walaupun yuyu hampir masuk 22 tahun.

cerita yang tak sedap di dengar pasal yuyu hari ini adalah begini :
1.pagi pagi yuyu bangun tidur, yuyu kemas bilik yang semak akibat berkemas untuk di simpan di setor. yuyu nampak cawan kesayangan yuyu masih lagi belum di simpan. comel saja beliau di atas katil yuyu. sungguh! yuyu dan laki masa depan beli di Alamanda. yuyu ambil beliau untuk di simpan, dah nak simpan, licin pulak, jatuh. ambil lagi sekali, jatuh lagi, licin di sebabkan tangan yuyu berbedak. kerana panas baran yuyu yang melampau lampau, yuyu dengan suka rela nya ambil cawan tersebut campak keluar tingkap. pecah. lumat macam serunding daging. bila dah nampak pecah, yuyu rasa kasian pulak. sayang nya. "kau comel, sebab salah aku, aku pecah kan kau". yuyu turun dari hostel, tengok jasad jasad beliau yang dah hancur. :( kesian nya. yuyu simpan beliau dalam tin biskut. hmm. kerana panas baran yuyu, yuyu hilang cawan kesayangan yuyu.
itu cerita satu. yang berlaku sekitar awal pagi. bodoh? jangan salahkan yuyu. yuyu hanya mewarisi sifat semulajadi mak yang panas baran ^^ (minta maaf mak, raya nanti kakak minta maaf lagi)

selain dari cerita pagi tersebut, ini lagi satu, cerita yang yuyu sendiri tak faham dengan diri sendiri. dah tiga beg besar yuyu simpan dalam setor.
2.untuk beg ke empat, yuyu bawa beg yang besar tersebut umpama semut comel membawa seketul kuih samperit. sangat kelakar pabila yuyu tengok diri sendiri di cermin pintu kecemasan. "kau kelakar yuyu, tapi comel" (sapa je lagi nak puji kan). bila dah sampai setor ada pulak makhluk tuhan yang menempatkan barang barang beliau berjiran dengan barang yuyu. memang tak cukup la untuk yuyu nak simpan barang yuyu! dengan agak tidak cerdik nya, yuyu naik atas bilik, dan merajinkan menulis sesuatu di kertas A4. ya kawan kawan, agak puas hati. dan yuyu balik bilik dengan senyum dari telinga ke telinga. begini lah yang yuyu tulis: "BEG KAU HODOH, TEROK PULAK" . dan yuyu sepak sepak beg beliau. puas hati
oh yuyu sangat tak faham dengan diri sendiri. kenapa la yuyu memiliki sifat sebegini. dan lagi satu cerita selepas cerita 2 tadi.
3. yuyu seterika baju kurung. untuk ke department. check out hostel. baju dah hampir selesai seterika. tapi ada sikit yang 861862791787181 kali yuyu seterika pon masih degil. tak cantik juga jadi nya. kerana panas baran yuyu, yuyu kenyuk kenyuk kan baju kurung tadi. padahal sikit je yang teruk nya, dah kena seterika lagi sekali.  susah betul akhir nya yuyu ke department tersebut dengan baju kenyuk kenyuk tadi.
apa la dengan yuyu ni kan. bila nak hilang sifat panas baran yuyu ni. tu baru sikit. yang lagi teruk yuyu simpan dalam balang kuih raya saja. :)

11 comments:

  1. yuyu nk balik ngn kamoo...
    leh x???

    ReplyDelete
  2. jom jom. malam ni di kampus yuyu. pukul 10 malam. beramai ramai dengan pelajar utara yang lain ^^ jomm

    ReplyDelete
  3. acik kate; sengal tol tok mummy ni..

    ReplyDelete
  4. syakir : huhuhu.. somewhere around Malaysia ^^

    acik : huhuhu bio laaa ^^

    ReplyDelete
  5. yuyu,,, namau la marah2 slalu kang cepat tua tau

    ReplyDelete
  6. hahaha..hot temper punye budak..
    xpe2..boleh kontra ngn i..
    i kan cool..hahaha

    ReplyDelete
  7. hahaa..panas baran jugak ea yuyu comey ni..hehe~

    saja nak belek2 entry lama yuyu...^__^v

    ReplyDelete
  8. amboi...yuyu..kena kawal sikit diri..
    sekarang panas baran lagi tak?

    ReplyDelete
  9. ooohh...mmg yuyu btl2 pemarah nie..huhu

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)