HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Mengempiskan Perut Semua

Selamat Berpuasa kawan kawan ^^

ahlan wa sahlan wa marhaban li shahri ramadhan ^^

Hoorayyyyyyy! tibalah masa nya yang di tunggu tunggu.. bulan mengikat perut! wah. mesti ada yang beli stock-makan-sorok-sorok ni kan (di tuju khas untuk abang ku, marcus). rasa macam baru semalam je dapat duit raya dari mak. dah nak puasa lagi. cepat nya masa berjogging kan.

semalam, lepas kelas ict pukul enam, yuyu, nang & mira pergi beli barang dapur. apa yang yuyu nak beli, tersasar jauh. nak beli barang dapur, tapi beli barang untuk perut. makan makan makan. habis duit dengan membela lemak. semoga yuyu lebih gemuk dari biasa.

yuyu tengok orang kat sini, dah tak sabar sabar nak tarawih. yuyu? ^^ ( perbincangan topik ini, tertutup). yuyu tak sabar sangat nak bersahur. mengikut perangcangan awal yang dibuat sendiri, pukul 4.30 pagi, yuyu akan bangun untuk memasak nasi goreng. tapi, semua nya tak menjadi. yuyu bangun lambat sangat. tak sempat. aduh. boleh ke tahan ni? atau yuyu kena ikut cakap mak yuyu, masa yuyu berumur enam dulu,siapa tak sahur, tak boleh puasa. yeahhh..boleh lagi ke guna teori tu untuk sekarang?? ^^

berbuka? nak berbuka dengan apa ya hari ni? nak pergi bazar, yuyu rasa macam nak pergi kembara ke kutub utara pula. bukan main jauh tempat nya. tak pe la, yuyu masak je la kan.

entry kali ni, di taip dengan jari jemari yang agak lemah. malas nya nak menaip. terbayang dengan wajah char koey teow yang jelas, air suam yang panas panas. sedap nya.

2 comments:

  1. tak lama dah kita nak berpuasa nie.. ;)

    ReplyDelete
  2. slmt berpuasa yuyu.. (entri thn lps) cepat btl masa 2 bejogging kn..kn.. ^____________^

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)