HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Tuesday, August 3, 2010

Kisah Kawan Saya Kahwin Dengan Dendam 2

ini sambungan entry baru baru ni pasal kawan yuyu A (perempuan/isteri)& B(laki jahat/suami). baru tak sampai 2minit 31saat 12detik yuyu call A.. tapi tak dapat cakap lama rupa nya, dia baru lepas kemas bilik kat hotel. owhh.. kerja sebagai "house-keeping" di Hotel Lagoon Langkawi. tapi macam mana baby dia yang baru je lepas pantang tu?
macam ni la kot A kalau penat keje (A bertudung)

lepas lebih kurang dua tiga minit, A call yuyu. A dalam toilet. menangis lagi. (biasa la, yuyu pon menangis la, walaupon, tak tau sebab, dramatic sungguh). A pon cerita la, betapa tragis nye hidup dia, ala ala cerita sedih melayu.

sekarang dia tengah kerja. baby dia? A letak jup di rumah jiran rumah sewa dia. kononnye hujung bulan dia bayar. hmm.. boleh ke? susu pulak?? T_T ni yang tak suka ni. bila yuyu tanya pasal susu, dia kata, dia kasi baby tu minum susu pekat. HUH? gila ke?? kesian nya.. T_T yuyu pon, bagi cadangan, suruh dia perah(macam lembu la pulak) susu dia, & simpan dalam botol. susu tu tahan. (ehemmm.. cam pengalaman).  A akan praktik kan cara yuyu tu. (yuyu baca dalam majalah KELUARGA la!) kesian baby tu, tak dapat apa yang sepatut nya baby perlu dapat.

yuyu tanya pulak pasal nafkah yang perlu B bayar bulan bulan. A cakap, tak tahu lagi. Rabu ni (esok), dia perlu merajin kan diri dia g kat mahkamah. owhhhh~semoga ada jalan yang lebih mudah untuk A survive kan :)

kesian A, baru lepas pantang, kerja pulak yang terok, kemas room kat hotel, bukan nya senang, katil kan berat, nak vacum lagi, nak tue lagi, nak nie lagi. kesian nya dia. baby tu pulak macam mana?  kita beruntung sangat, bila kita susah, kita tak sesusah A. :) walaopun kita tak beruntung, kita lebih beruntung dari baby A tu. :)

 ....to be continued..

1 comment:

terima kasih sudi komen :)