Monday, August 30, 2010

HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA! TUA SUDAH AWAK!


Lagu Kebanggaan rakyat Malaysia. Dah 53 umur Malaysia kan.. Pakcik Malaysia ^^ sama umur dengan makcik sebelah rumah yuyu. Sebagai rakyat Malaysia, yuyu rasa bangga jadi rakyat nya. (ni bukan di bayar). kita dah bebas dari penjajah kan. bukan ka tu satu yang patut di banggakan?
 
hey cik salji! kami tak perlu awak la!! kami dah ada peti sejuk LG yang besar!! blwekkkk!!

Biar la kat sini tak da salji macam yuyu selalu tengok kat cerita cerita omputih tapi yuyu bersyukur kita ada peti sejuk, masok dalam tu, dan buat buat macam kat korea.^^. biarlah kita takda Disneyland yang yuyu suka sangat dari yuyu kecik, tapi bersyukur ada Genting. Biar lah tak ada laki laki ciptaan tuhan bermata biru yang mengiurkan, yuyu dah bersyukur ada internet di Malaysia, boleh aja guna contact lense, online shopping aja. biar lah takda ikan salmon di macam di negara luar sana, tapi syukur bila Malaysia ada supermarket yang besar besar yang menempatkan ikan salmon dalam tin. dan macam macam lagi la.

nenek yuyu antara yang hidup di zaman sebelum merdeka. waahh.. panjang umur dia kan. dia ada cerita macam mana hidup dia pada zaman dulu. susah sangat. nak angkat kepala pun susah. macam macam lagi yang kita boleh dengar direct dari atok nenek kita ke, dari cekgu sekolah ke, tak pon dari televisyen.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! (semangat giler yuyu)
tapi tahun ni sambutan nya mungkin berbeza. sebab kita sambut merdeka pada bulan Ramadhan. Kerajaan juga tak benarkan buat sambutan bunga api untuk tahun ni. supaya menjaga kehormatan bulan Ramadhan (hahah.. bahagia diri ku! kalau ada, yuyu antara insan malang yang tak sambut, EXAM kan)

tapi semua tu tak menjadi masalah, kita masih lagi boleh tengok segelintir dari kita yang akan buat countdown bersama kawan kawan di dataran merdeka (kat dalam rumah tak pon kat mana mana yang dorang nak), sambil mat mat rempit akan merempit sambil kibar jalur gemilang (patriotik juga dorang ni), ada jugak SMS hari merdeka dari kawan kawan. dan macam macam lagi.

tapi harap maaf, kuih merdeka atau baju merdeka tak kan ada macam raya. mungkin tahun ni, lagu merdeka dari Allahyarham Sudirman ada di mainkan dalam nisbah 1:4 jika dibandingkan dengan lagu raya. Syok raya lebih! ^^

macam macam cara orang boleh sambut Merdeka selain dengan sambutan bunga api. contohnya, baru baru ni, fakulti di kampus yuyu menganjurkan Merdeka Race. Di Tv pulak, kita boleh tengok kan, macam macam pertandingan yang di anjurkan. dari teka silang kata, ke teka tak silang kata. (tak tau nak taip apa), mebawa ke pertandingan mewarna untuk kanak kanak jugak atok kanak kanak, dan macam macam lagi.

saya bangga giler jadi anak Malaysia!! ^^
yuyu ada kawan, yang tak mengaku rakyat Malaysia, mentang mentang la dia punya mak orang Australia. dan dari lahir sampai umur dia 7tahun, dia di besarkan di Australia.  bila tanya orang mana, dia akan jawab orang Australia. kalau apa apa sikit, dia takkan puji Malaysia. pernah kitorang ajak dia makan Roti Telur kat mamak, dia jawab, "weh, aku bukan Malaysian la" cehh.. kat IC ko tu menatang hape!! megah nya dia. podahhh cett~ dan ada juga rakyat Singapura, yang mengutuk Malaysia di belog belog mereka, dan orang orang sebegitu teruk telah pon mendapat makian dari yuyu. (wahh,, i <3 Malaysia la)
pak cik yuyu rindu gila roti canai bila dia menetap di UK. (padan muka)
sebagai anak Malaysia ya Tuan tuan! kita patut berbangga dengan negara kita, kita patut megah berada di bumi Malaysia! (wah, siap bernada debat pulak). walaupon kita berada di negara omputih ataupun orang itam. biar kita di negara bersalji atau berkemarau. ye tak?  sebab Malaysia lebih syok dari negara lain. ada Roti telur, Roti Canai, Durian, Pisang, ade baju kurung, ada Cik tipah, ada baju melayu, ada banyak kaum, ada langkawi, ada yuyu (yuyu je kat malaysia, ade tak yuyu yang kat Paris? oh tidak, yuyu sentiasa letak hati di Malaysia). ya kawan kawan! tak lupa juga! Malaysia ada Char Koey Teow! yuyu tak pernah jemu makan makanan terhebat dunia ni!
dari kiri: leha, bini murugam, tipah anak saud, ah moi, dan lima

dan maksud Merdeka, kita sendiri yang tentukan. dari maksud yang di berikan oleh kita, akan menggambarkan diri kita sendiri. bagi yuyu, merdeka ni luas,merdeka bermaksud bebas. bebas dari apa apa yang kita nak. kalau kita nak merdeka tu bebas dari hutang PTPTN, ni ermaksud kita nak bebas dari PTPTN, dan kalau kita merdeka dari sudut belajar, maksud, kita bebas nak pergi kelas pakai jeans atau ikut suka mak bapak kita nak buat assignment atau tak, dan ikut suka mak bapak lecturer nak bagi berapa pun markah kat kita ^^ (dengan merdeka ya tuan puan pesyarah)

dengan sini, yuyu nak buat satu penutup entry ni, di mana, penutup nya adalah
 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN ATAU SELAMAT ULANG TAHUN MALAYSIA YANG KE 53.
SHARE:

4 comments

terima kasih sudi komen :)

Blogger Template Created by pipdig