HOME                 ABOUT ME             CONTACT               COLLABORATION                DARAYU

Thursday, August 26, 2010

APAKAH JENIS FOBIA ANDA?

tahukah anda, setiap manusia mempunyai jenis jenis fobia masing-masing (dah boleh buat isi dalam buku text )

apa yang yuyu takut ya? yuyu ada banyak yang yuyu takut. sangat banyak. tapi antara nya adalah :

MEMPERSEMBAHKAN CERITA FOBIA YUYU!!

"ni merupakan cerita semalam. cerita yang menampakkan kejiranan kerajinan yuyu tahap dewa. ok. mari yuyu cerita ya. tumpukan perhatian.

semalam, yuyu terpaksa jumpa kawan yuyu. bilik nya di tingkat 10. yuyu? tingkat 2. boleh bayang kan beza nya? yuyu malas sangat nak pergi. sebab dia block lain, tingkat pon berbeza. tapi, di sebabkan terpaksa, yuyu pon pergi la dengan senang hati. sampai je kat blok dia, nak naik tingkat 10. wohahahahaha..

tidakkah kamu tahu, lift itu sepeti kubur?
hampir tua yuyu tunggu tepi lift. mengerah otak. fikir. perlu ke guna lift, atau lebih baik guna tangga? dengan rajin nya, yuyu pon pilih tangga. bayang kan, dari tingkat 1 sampai tingkat 10 yuyu guna tangga. rasa macam roh yuyu ada kat tingkat 1 lagi. jasad je kat tingkat 10. betapa penat nya.

tapi, di sebab kan yuyu rasa lift umpama kubur. sempit lagi seram, tangga tangga tinggi juga menjadi pilihan. memang yuyu takut guna lift. selepas yuyu tengok orang mati dalam lift. lift tu rosak. di hospital langkawi. serammm sangat. sejak hari tu, yuyu memang tak guna. unless beramai ramai, itu pon, dalam hati yuyu, yuyu berjampi serapah. mata pejam, tak pon menumpukan biji mata di atas lift. dengan harapan, yuyu cepat sampai.

biar penat, tapi yuyu menjaohkan diri dari mati dalam lift tersebut. kawan yuyu pon sampai tergelak gelak bila dapat tahu yuyu guna tangga. hahahahah kelakar nya. (tak tau aku maki maki kau sebelum sampai bilik kau!)"

sekian sahaja cerita yuyu.

dari tu, yuyu mula fikir, macam mana kalau yuyu kerja nanti? memang papan la badan yuyu nanti. tak banyak orang tahu yuyu takut lift. bagi yuyu, benda ni memalu kan. termasuk la laki masa depan yuyu. (simpan cerita ni dalam balang almond london).

ada kawan yuyu takut dengan bunyi gong/ gendang. pernah hari tu, pergi masjid, bila sampai waktu magrib, gendang mula bunyi. kawan yuyu tu menangis. hahahahaha. gendang pon takut! pooodahhhhhh~ (begitu lah juga aksi beliau bila dapat tahu yuyu takut lift.)

jadi, pagi pagi hening yang suram ni, yuyu mula rajinkan jari jemari googled pasal PHOBIA. jumpa la satu website pasal phobia. macam macam ada! try buka link tersebut. check! check!

dalam masalah yuyu ni, yuyu di katogori dalam Claustrophobia. di mana yuyu takut dengan tempat tempat sempit atau tertutup. (shhh~ mari simpan rahsia ni bersama sama).

Chrometophobia or Chrematophobia- Fear of money. hahah.. dah tergelak yuyu tengok istilah ni. ada ke orang macam ni? kalau yuyu? nochrometophobia la?? takut pada takda duit. ^^ macam macam term dorang ni.

clown is a monster
Coulrophobia- Fear of clowns. ni pon yuyu juga. bagi yuyu, clown atau badut ni merupakan jelmaan monster. wahhhh~ memang yuyu takut. pernah pergi mid valley. clown tu sangat tertarik dengan yuyu, asal nampak yuyu dia mula nak dekat. memang nangis la yuyu. tolong la pupus kan badut!

tu saja yang yuyu nak kongsi untuk entry kali ni. mari kembali kepada kerja masing masing.

6 comments:

  1. hampeh..penakot..
    ikn yu yuyu takot x?haha

    ReplyDelete
  2. hikhikhik..... mesti comel muke yuyu takot ;p

    ReplyDelete
  3. turn ain pulak :

    POODAHHH~ takut lift..hahaha

    SORI TERGELAK ;)

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)