Thursday, July 29, 2010

PONTENG KELAS SATU HARI

dengan ini, saya ASMIDAYU ZULAIKHA BTE ESWAN, Pelajar Bachelor of islamic Finance majoring Banking mengishtiharkan bahawa :

SAYA TIDAK AKAN MENGHADIRKAN DIRI SAYA KE KELAS PADA BESOK HARI DENGAN ALASAN "saje la"


selepas dua minggu yuyu mengorbankan jiwa dan raga yuyu untuk exam, presentation, & asignment, kini tiba lah hari untuk yuyu celebrate kemerdekaan diri sendiri ni.. (kalau bukan sebab ni pon, yuyu memang tak nak g kelas, malas) lolxD

sangat nikmat bila hidup tanpa seksaan dunia tu. cuba la bayangkan dengan gambaran jelas macam kita tengok LCD 80inci kan, Toshiba plak tue.. cuba bayang ya :

-satu minggu yang lalu
isnin : exam aqidah
selasa : exam computer
rabu : exam banking system
khamis : presentation arabic
jumaat : asignment accounting

sabtu : gedik gedik dengan laki masa depan
ahad : picnic di salah sebuah taman di Putrajaya (bersama laki masa depan)

isnin : aqidah
selasa : presentation english
rabu : presentation banking, submit asignment, presentation Legal Maxims

hmm.. tak dapat lagi ya gambaran nya?? yuyu tolong, cuba bayangkan ni :
"sorang pakcik tua menaiki basikal tua berwarna biru muda (macam kaler awan la), laju laju ala drift la kate nye~ ke pekan untuk siapkan baiki atap rumah orang selepas di upah, sambil cari kedai untuk beli susu cucu nya yang tak minum minum susu , cari jugak bekalan ikan sebab hati dah malam kan, sambil cari hammer nya yang tercicir tepi jalan, duit untuk beli susu pulak tak cukup, masa untuk beli ikan pon dah nak habis"



wahhhh.. dapat tak gambaran nye?? atau nak lagi?? dahhh.. melebih ni..

yipiiiiii^^ happy nya bila hidup dengan semua di atas ni kan?? kan?? kan?? (sape yang setuju dengan semua ni, hentuk kepala kat dinding bilik opah korang ya, korang mungkin ade masalah hidup yang kritikal)

bila dah dapat gambaran yang jelas dan jitu tentang seksaan yang yuyu rasa tu, patot kan yuyu ponteng kelas besok?
yaa.. terima kasih kawan kawan, yuyu tahu, kawan kawan simpati.. ok ok ok.. tak pa, yuyu ponteng la.. jangan risau ok?? hahah..

bila semua ni jadi, baru la yuyu terasa "kan bagus kalau kita diciptakan tangan sebanyak sotong kurita, otak sebanyak sebanyak otak udang(ye ke), tenaga macam baru lepas minum kacip patimah anak harun sebelah umah pian, mata gagah perkasa tanpa rasa mengantok". hahah.. bersyukur lah yuyu masih lagi hidup..

bahagia bukan?? esok tak nak pegi kelas, & yuyu nak bangun lambat sangat. mungkin pukul 2 petang adalah waktu yang paling sesuai yuyu bangun.. o... awal sangat?? ok ok la.. pukul 3?? haha.. dah dah.. yuyu bangun pukul 6.30 pagi la (duduk sopan santun, cuba jadi muslimah sejati)



jadi sekarang, keputusan yuyu muktamat. yuyu tak pergi kelas untuk satu hari esok.. terima kasih kawan kawan kerana bagi sokongan.. yuyu akan dalam bilik je besok sambil gedik gedik kaki dengar lagu..
SHARE:

3 comments

  1. wah..untunglaaaa..nak jadik mcm yuyu la lau stresss nanti

    ReplyDelete
  2. ganjaran untuk diri sendiri kan?...

    ReplyDelete
  3. highly tight schedule la dear!
    ok! izinkan cuti..
    nak cuti lagi sekarang pun bole..;)

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

Blogger Template Created by pipdig